ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN <3
•••
Heebin duduk di depan cermin meja solek. Dia sudah lengkap berpakaian pejabat. Skirt biru paras lutut dengan kemeja putih licin. Sekarang hanya tinggal make up.
Namun, bunyi derapan tapak kaki seseorang menghentikan Heebin. Penutup foundation nya dikatup rapat sebelum dia melangkah ke luar bilik.
Dan serentak itu, iris matanya bertemu dengan sepasang iris hitam kecoklatan milik si suami. Akhirnya, lelaki yang ia rindui sudah pulang ke rumah.
Jay berhenti melangkah dan berdiri semeter dari Heebin tanpa sebarang senyuman. Gadis itu langsung menghadiahkan senyum manis.
"Awak dah balik?", Heebin menyoal lembut.
Jay tidak menjawab malah hanya merenung wajah Heebin. Dia tidak tahu apa yang ada minda nya saat ini.
Bayangan Haeun dan Heebin bergabung menjadi satu. Lama dia menatap Heebin, sebelum ingatan nya kembali ke peristiwa beberapa hari lalu.
"K-kau menga-tak apa lah... saya datang nak kemas pakaian"
Jay langsung menapak, melintasi Heebin menuju ke bilik nya. Membiarkan gadis itu terpacak seperti tiang elektrik.
Terkilan? Tentu Heebin terkilan. Jay jelas sekali melayan nya mahu tak mahu.
"J-jay?", panggil Heebin.
Jay berhenti lalu berpaling ke belakang. Beberapa anak tangga lagi dia akan tiba di tingkat atas.
Wajah nya kekal dingin menatap si isteri. Dia sekadar berdiam, menanti Heebin berkata sesuatu.
"Saya tahu saya tampak macam perempuan tamak yang dungu tapi... saya akan pertahankan gelaran saya sebagai seorang isteri, saya dah fikir masak-masak... saya tak kisah awak nak curang dengan sesiapa pun, s-saya....", Heebin memejam erat matanya tatkala perasaan sebak mula menghurung hati.
"...saya akan izinkan awak bersama Haeun", Heebin tersenyum lemah. Dia sedaya upaya menyembunyikan kesakitan nya. Dia harus kuat, dia tahu itu.
Jay terkedu seketika. Dia sedikit terkejut dengan bicara Heebin. Namun dia lagi terkejut dengan kerelaan wanita yang bergelar isterinya itu.
Kenapa gadis itu begitu kuat padahal dia tahu Jay sudah berpaling?
Isteri mana yang akan bertahan jika suaminya bersama orang lain?
"Saya pergi kerja dulu...jaga diri Jay", Heebin tersenyum tawar sebelum kembali menapak masuk ke bilik tidurnya.
Dia tidak sanggup mahu berlama di situ. Hatinya mungkin akan benar-benar runtuh jika terus-menerus menatap Jay. Jujur, hatinya benar-benar remuk melihat Jay yang tampak tidak kisah.
Seberapa jauh sebenar nya sayang lelaki itu sudah menghilang?
"Nampaknya kita akan hilang papa sayang", Heebin mengusap lembut perut nya masih belum timbul bersama air mata yang mulai menitis.
•••
"Papa?", Tuan Park yang sedang berdiri di hadapan dinding kaca yang menampakkan kota Seoul itu berpaling sedikit.
Jay tergamam melihat ayah nya ada di pejabat kerana setahu dirinya, Tuan Park tidak mahu kembali ke syarikat setelah dia memberi jawatan presiden kepada anak lelakinya.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...