•CHAPTER 52•

206 43 21
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

Heebin melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Jay yang lagi sibuk mengeluarkan beg pakaian mereka dari dalam bonet kereta.

Bilik tidur dituju. Beg tangan dilempar ke atas meja solek sebelum tubuh dihempas ke atas katil setelah lelah hampir 6 jam perjalanan mereka dari Jeju ke Seoul.

Klerk

Heebin menoleh sekilas, melihat Jay yang melangkah masuk bersama bagasi. Dia mencebik lalu menukar posisi dengan membelakangi Jay yang mendekati almari pakaian.

Jay mengeluh kecil, sejak kejadian malam semalam Heebin merajuk akan dirinya. Pada masa yang bersamaan juga, dia berasa geram dengan Jungwon yang muncul mengejut. Sekurang-kurangnya lelaki itu patut memanggil namanya sebaik saja melangkah masuk.

Tubuh kecil itu didekati. Jay duduk benar-benar di samping Heebin yang sedikitpun tidak melirik ke arahnya.

"Sayang?", panggil Jay lembut. Namun tiada sebarang jawapan dari Heebin.

Jay sedikit mendekat, melihat raut sisi Heebin dan benar tekaan nya gadis itu belum tidur. Dalam diam Jay mengeluh. Sampai bila Heebin mahu bersikap begini?

Satu minit saja dia sudah tidak tahan diabaikan inikan pula sudah hampir satu hari. Bagaimana keadaannya jika sudah masuk berhari-hari?

"Sayang? Saya panggil awak kan? Kenapa tak nak jawab... tak baik tau abaikan suami", Jay mencucuk-cucuk lembut lengan Heebin.

Segera gadis itu bangkit dan duduk menghadap Jay. Heebin mencebik lalu tangan disilangkan ke dada. "Macam mana dengan saya? Awak pun abaikan apa yang saya nak"

"Kalau macam tu, kita sambung lah balik"

"Tak nak! Saya dah tiada perasaan lagi nak buat dengan awak... semalam habis rosak mood saya... awak tahu tak saya dah rancang perkara tu selama 4 hari? Tapi dengan mudahnya Jungwon rosakkan... lupakan saja pasal baby tahun baru", Heebin kembali berbaring dan membelakangi Jay.

Lelaki itu mencebik lagi.

"Awak tak boleh salahkan saya seorang tahu... semua nya berpunca sebab awak suruh saya telefon Jungwon dan ajak mereka sambut tahun baru bersama", Jay berpeluk tubuh.

Heebin yang mendengar dirinya dipersalahkan bingkas bangun dan kembali menghadap si suami. Jelas raut Heebin yang seolah-olah tidak percaya akan apa yang baru saja Jay katakan.

"Jadi, awak nak salahkan saya? Awak boleh saja tak telefon mereka kan? Kenapa jadi bendul dan ikut saja?", Heebin menjeling tajam.

Jay mendengus. "Dah awak suruh saya ikut lah... kalau saya tak ikut nanti takut awak cakap saya suami derhaka pula"

Heebin berdecit kuat. "Wah, baik nya suami saya ni", ujar nya dalam nada memerli.

Jay mengetap bibir. Memang nak kena ni!

"Awak jangan nak salah kan saya eh kalau tak—"

"Kalau tak apa? Awak nak—argh!", Heebin menjerit kecil di saat tubuh mungil nya ditolak kuat sehingga dia terbaring dan Jay berada di atas. Lelaki itu menghadiahkan senyum sinis.

"Kalau tak, Jay junior is coming soon", alis tebal itu dijingkit tinggi.

Heebin menolak dada bidang Jay sekuat hati namun sedikitpun lelaki itu tidak berganjak malah dia tertawa melihat Heebin yang sedaya upaya mahu meloloskan diri. Comel di matanya.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now