Abaikan typo
Happy reading and have a nice day yeoreobun! <3
•••
Sunghoon merenung jam tangan berbahan silver miliknya. Sudah pukul 7 malam. Menanti dengan penuh sabar di depan gerbang balai berlepas sejak 30 minit lalu.
Dia bukan tidak mahu berlama-lama di situ namun pandangan para gadis yang berjalan melewati nya sering kali mengganggunya. Ada di antara mereka yang tersipu malu saat tidak sengaja bersengkang mata dengannya. Dan ada juga yang genit mengedip mata.
Ergh, menggelikan.
Oh tolong lah, Park Sunghoon belum berniat mahu mencari seseorang yang berhak duduk di hati nya. Dia masih mahu fokus dengan kehidupan universiti nya.
Sunghoon tersenyum lega tatkala telinga menangkap panggilan untuk penerbangan kedua akhir di malam itu. Akhirnya, pasangan yang ia nantikan sudah tiba di tanah air.
Sunghoon tersenyum lebar, melangkah ke arah sosok ibu yang sudah lama menetap di tempat orang atas hal pekerjaan si ayah tiri. Memeluk figura wanita yang akan menginjak angka 50 tahun.
"Selamat pulang eomma"
Tuan Son hanya menjadi pemerhati. Memegang beg pakaian sambil melirik jam tangannya lalu mengerling ke seluruh pelusuk. Mencari kelibat seseorang.
"Sunghoon, mana adik kamu?"
Park Sunghoon menoleh. Menatap ayah tirinya tanpa suara untuk beberapa detik. Jujur saja, dia tidak tahu harus membalas apa. Adiknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan tentu saja ergh...tinggal bersama suami orang.
"Haeun—"
"Appa!"
Sunghoon langsung menoleh. Betapa terkejutnya dia tatkala melihat Haeun yang berlari anak ke arah Tuan Son. Dia fikir, gadis itu tidak ingat jika orang tua mereka akan pulang hari ini memandangkan dia sibuk dengan Jay.
Anda fikir Sunghoon tidak tahu?
Tentu saja dia tahu, namun sengaja berpura-pura bodoh dan tidak tahu apa-apa.
Sunghoon hanya menatap datar ke arah Haeun yang memeluk ayahnya erat sambil menunjukkan senyum bahagia seakan dia memberitahu betapa menyenangkannya merampas hak orang lain.
"Appa mari kita pulang. Saya ada banyak cerita nak kongsi!", Haeun bernada gembira. Sambil menarik manja lengan ayahnya.
Tuan Son hanya mengangguk bersama senyuman. Menarik beg pakaian lalu berjalan bersama Haeun, meninggalkan Sunghoon dan ibunya.
Sunghoon tidak mempermasalahkan hal itu namun Haeun yang memandangnya dengan jelingan membuatnya sedikit merasa terhina.
Ada apa dengan Son Haeun?
Ergh, dasar gila.
Sunghoon tersentak tatkala bahunya dipeluk lembut. Menoleh ke sisi dan mendapatkan sang ibu yang tersenyum kecil.
"Sudahlah, biarkan saja Haeun tu"
Sunghoon hanya mengangguk lalu perlahan menarik senyum kecil. Menggelayut tangan di lengan wanita paruh baya itu untuk dibawa ke arah kereta.
•••
Sunghoon, bersandar di muka pintu. Menatap kosong tanpa sebarang perasaan ke arah Haeun yang sedang meniarap di atas katil sambil bernyanyi kecil dan membaca majalah hiburan.
"Senang kan jadi kau? Dah rampas suami orang, dapat pula senyum bahagia"
Haeun langsung berhenti menyanyi. Menutup helaian majalah nya lalu menoleh ke arah pintu. Menatap Sunghoon yang sedang menghadiahkan senyum manis.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...