Ting....
Farah melihat teleponnya yng menandakan pesanan masuk.
-601xxxxxxxx
-Jangan ingat yang aku akan lepaskan kau macam mana kau buat dekat aku dulu.
"Sapa pulak yang mesej aku ni? Nak rehat pun tak tenangla" kata Farah.
Dia lantas meletakkan telefonnya di sebelah laptop kerjanya dan intercom PA nya untuk memanggil Hantu masuk ke pejabatnya. Tak lama kemudian Hantu masuk ke dalam pejabatnya dengan muka pelik.
"Ada apa kau panggil aku ni?" tanya Abid yang duduk di depan Farah.
Farah lantas memberikan telefonnya kepada Abid untuk baca mesej yang baru dia terima tadi.
"Kau nak aku cari sapa yang hantar kau mesej ni?" tanya Abid.
"Haah, aku nak kau cari sapa yang hantar mesej ni and selidik bagi latar belakang The Diva serta atuk diorang yang tak guna tu." kata Farah yang memandang skrin laptopnya.
"Kenapa nak siasat The Diva? Bukan kes tu dah selesai ke?" tanya Abid yang pelik.
"Buat je. Aku tak sedap hati tentang mesej ni. Aku rasa ada sesuatu or someone sorokkan rahsia dari aku" kata Farah.
"Kau memang macam tu. Semua benda nak bagitahu kau, susahla" kata Abid
"Eh kau. Kau nak buat ke tak? Kalau taknak, baik takyah buat bising dekat sini. Aku pun boleh cari sendiri tahu tak" kata Farah yang mula moody itu.
"Alah kau ni, usik sikit pun nak angin satu badan. Apa la nasib Nick terpaksa layan kau tiap tiap hari ini kan lagi time pregnant ni" kata Abid.
"Amboi, mengumpat pun depan aku. Kau, kalau aku potong gaji kau tak pepasal bulan depan makan pasir je, kau tahu tak" ugut fRarah.
"Yela, tuan puteri. Nanti aku carikan sapa yang hantar mesej ni and latar belakang The Diva sekeluarga. Ni, jangan banyak sangat buat kerja kang terberanak dekat sini, aku jugak yang susah" kata Abid yang lantas pergi dari situ dengan segera memandangkan Farah sudah baling bekas pen yang berada di sebelahnya ke arah Abid.
"Ada je nak cari pasal dengan aku." kata Farah yang lantas menyiapkan tugasannya di laptop.
Tak lama kemudian, pintu pejabatnya diketuk sebelum dibuka. Farah memandang ke arah Nick yang masuk ke dalam dengan muka tersengihnye itu.
"Kenapa bersepah ni?" tanya Nick yang perasan bekas pen yang dicampak Farah.
"Abid cari pasal tadi" kata Farah dengan selamba. Dia masih menumpukan perhatian dekat tugasannya. Nick yang melihat Farah yang khusyuk itu lantas mengemas bekas pen dan pen yang berselerak itu sebelum menuju ke meja pejabat Farah.
"Dah dah la tu buat kerjanya. Tak sayang ke dekat baby? Dia tak makan lagi sejak pagi tadi" kata Nick yang menarik kerusi Farah agar menghadapnya. Farah hanya tersenyum sengeh apabila kantoi yang dia tidak sarapan pagi tadi.
"Lain kali makan dulu, kesian dekat baby ni yang mama dia tak makan lagi." kata Nick yang mengusap perlahan baby bump yang semakin besar itu.
Sudah 3 bulan sejak Farah kembali ke Blue Roses mansion dan dia boleh bila bila je akan bersalin memandangkan usia kandungan dia sudah hampir 9 bulan.
"Sorry la, bukan selalu pun. Lagipun kerja ni makin lama makin berlambak nak kena siapkan. Kang kalau tangguh lagi nanti makin banyak" kata Farah yang menunjuk ke arah fail yang berada di tepi meja kerjanya.
"Baru dua fail dah cakap banyak, ingat aku ni takde kerja nak buat dekat syarikat sana? Kerja aku lagi banyak dari ni tau" kata Nick yang menyuapkan Farah makan.
Dia makin berhati hati dengan Farah memandangkan Farah sudah baik dari split dia tapi ada kemungkinan perkara itu akan muncul kembali.
"Yela, dia je banyak kerja. Kita ni nak buat kerja sikit pun dah kena marah" kata Farah yang acah merajuk
"Aish, dah lepas ni siap siap kita balik rumah. Farah kena banyak rehat bukannya buat kerja ni semua" kata Nick yang menyuapkan makanan yang tersisa. Farah lantas meminum air dan mengelap mulutnya sebaik saja selesai makan.
Meja kerjanya dikemas oleh Nick dengan rapi. Farah hanya menengok dari tepi memandangkan Nick sudah melarangnya tadi.
Sebaik saja meja kerjanya dikemas, Farah lantas dipapah Nick keluar dari pejabatnya. Dia sempat mengucap selamat tinggal pada PA nya sebelum masuk ke lift.
"Arghh" rintih Farah sebaik saja mereka tiba di basement. Nick memandang Farah yang memegang perutnya sebelum terlihat air ketumban Farah yang sudah pecah itu.
"Nick-"
Dengan segera Nick memapah Farah masuk ke kereta mereka dan pergi dari situ dengan segera. Farah cuba menahan sakit sepanjang perjalanan ke hospital and tak lupa Nick yang memberi semangat kepada Farah untuk terus kuat.
Sebaik saja sampai ke rumah sakit, Farah dihantar ke bilik persalinan manakalaNnick memarking kereta sebelum menuju ke bilik persalinan. Nurse di situ membenarkan Nick masuk ke dalam untuk menemani Farah yang bersalin itu.
"Tarik nafas, hembus" kata doktor itu.
Mereka tidak dapat membuat apa apa memandangkan bukaan Farah tidak sesuai untuk meneran. Farah memandang Nick dengan muka pucatnya itu. Nick memegang erat tangan Farah dan mengucup belakang tapak tangan Farah untuk memberikan Farah semangat.
Beberapa jam kemudian, Farah selamat bersalinkan baby girl. Nick tersenyum riang melihat Farah yang selamat bersalin dan baby mereka yang sihat dikeluarkan. Doktor meletakkan baby yang baru saja keluar itu di dada Farah untuk skin to skin moment antara ibu dan anak.
"Comelkan anak kita" kata Nick yang mengusap ubun ubun Farah.
Farah hanya mengangguk perlahan memandangkan dia tidak berdaya untuk bercakap. Baby itu diambil dan dibersihkan sebelum di letakkan di baby troli.
Nick yang baru saja keluar dari bilik persalinan didekati dengan Blue Roses yang baru saja tiba di situ. Nick dapat melihat muka Blue Roses yang cemas itu, risau akan sepupu mereka sendiri.
"Sebelum korang tanya aku apa apa, baik aku cakap dulu. Farah selamat bersalin baby girl. So tenang sikit eh" kata Nick yang seakan boleh agak apa yang akan ditanyakan oleh Blue Roses.
"Eleh, acah je kau. Ni, Farah ok je kan? Takde apa apa yang serius berlaku kan?" tanya Yuni. Nick hanya mengelengkan kepalanya saja.
"Tu la aku dah pesan banyak kali dah dekat dia, duduk rumah, rest semua. Ini tak, degil jugak pergi office tu. Bukan banyak pun kerja dia, just tanda sign agreement je, itupun kitaorang yang lain tolong backupkan tuk dia" kata Athirah yang sudah beraksi jadi nenek nenek.
"Kau pun tahu sendiri perangai Farah tu macam mana. Mana dia nak dengar cakap orang pun. Ni pun bersyukur la yang Nick ada dengan dia. Kalau tak, boleh beranak dia sesorang dekat office tu" kata Ieqa.
"Dah, jom lawat Farah. Aku tak puas hati nak bebel dekat dia ni" kata Yuni yang lantas menuju ke arah lift.
"Korang pergi la dulu, aku nak settlekan bahagian pendaftaran" kata Nick yang berpecah dari Blue Roses itu.
Blue Roses segera masuk ke dalam lift dan menuju ke tingkat yang khusus untuk mereka memandangkan hospital itu hospital persendirian milik mereka.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...