~93~

422 35 4
                                    

Still flashback

"Gais, aku ada hot news" kata seseorang yang menuju ke Amelia dan kawannya.

"Apa dia Sarah?" tanya Amelia yang pelik dengan kawannya yang datang dari mana pun dia tak tahu.

"Weee Amelia, kau kan ada crush dekat Aryan kan" kata Sarah itu dengan semput.

"Haah, kau dah kenapa?" tanya Amelia yang tidak tahu apa apa.

"Aryan pun ada crush dekat kau balik" kata Sarah sambil memegang erat tangan Amelia. Amelia terkejut mendengar perkara itu.

"Kau biar betik ke ni? Ke kau salah dengar ni nyah oiii" kata Amelia yang masih terkejut itu. Sapa je tak terkejut yang crush dia suka dia balik.

"Haah weee, aku tak salah dengar. Aku dengar sendiri yang Dark Knight cakap pasal kau and Aryan mengaku yang dia suka dekat kau. Mungkin dia nak confess dekat kau" kata Sarah yang seronok bila fikirkan pasal perkara itu.

"Takkan la. Mungkin dia suka dekat aku sebab dia just senang dengan aku je kot" kata Amelia yang cuba menyembunyikan perasaan gembiranya.

"Tak payah la nak acah gedik dengan aku. Aku tahu yang kau suka kan crush suka dekat kau balik. Tunggu apa lagi, gi la confess cepat" kata Sarah yang memberi cadangan.

"Aku takut la" kata Amelia yang berasa nervous.

"Nak tahu buat apa? Bayangkan kau dengan Aryan, the best couple in this school" kata Sarah yang sudah berangan bukan bukan.

"Tunggu la dulu macam mana" kata Amelia yang sudah berbunga bunga. Bukan dia tak tahu yang Aryan tu akan masuk ke perangkapnya yak lama lagi.

No one POV

Dark Knight baru keluar dari pejabat pengetua sambil membawa fail maklumat Blue Roses sorang satu.

"Aku tengok dekat maklumat si Athirah ni, nampak macam budak baik je" kata Qalif yang bangga.

"Nasib kau dapat jaga budak baik. Ni Nureen, ada tali pinggang taekwondo. Kang salah sikit, naya aku kena karate dengan dia" kata Aidil yang berasa seram sejuk.

"Kau dapat sapa Nick, Aryan, Mieza?" tanya Aidil.

"Ieqa, si budak kecik yang selalu tak dengar cakap" kata Mieza yang mengeluh berat. Apa nasib dia dapat Ieqa.

"Aku dapat Ayuni. Dalam ni cakap yang dia mulut puaka. Kalau cakap memang main sedap mulut buaya dia je" kata Aryan.

"Kau lak Nick?" tanya Qalif yang melihat Nick hanya mendiamkan diri. "Aku dapat leader diorang" kata Nick dengan perlahan.

"APAK AH. Leader dengan leader beb" kata Mieza yang tak sabar melihat drama melayu terjadi antara Dark Knight dan Blue Roses.

"Tapi bukan leader selalunye paling teruk ke antara mereka yang lain?" tanya Qalif yang berasa seram sejuk.

"Haah, Farah, nampak kecik tapi jangan berani cabar kesabaran dia" kata Nick. Mereka mendiamkan diri sehingga tiba di café.

Sebaik saja Aryan sudah mendapatkan kopinya, dia secara tidak sengaja melanggar seseorang di hadapannya.

Di situ terjadinya perang Blue Roses dan Dark Knight pertama sekali berlaku. Pertengkaran paling legend dalam sekolah kerana takde sapa berani lawan dengan Blue Roses seperti Dark Knight.

"Apak ah minah tadi. Fikir dia cantik sangat ke siak" kata Aryan yang membetulkan rambutnya. Marahnya masih tidak berkurangan sejak pertengkaran itu selesai.

"Tah, tapi kau rasa sapa lelaki tadi? Apa kaitan dia dengan minah berlima tu?" tanya Mieza yang hairan.

"Itu kan Tengku Firash. Salah satu alumni dekat sekolah ni and salah satu penama sekolah ni" kata Qalif yang kenal Firash.

"Seriusly? Kau rasa si Firash tu abang budak budak giler tu ke?" tanya Aidil yang terkejut dengan berita itu.

"Mungkin ye atau tak. Maybe salah seorang dari mereka berlima tu adik dia" kata Nick yang cuba mengagak.

Fail pelajar Blue Roses yang dipegang mereka masih dipegang erat. "Kau rasa mereka berlima tu ke Blue Roses yang Mama Lily katakan tu?" tanya Aidil yang membelek fail itu lagi sekali.

Dark Knight juga membelek fail itu lagi dan lagi bagi mencari kelemahan Blue Roses dan cara untuk mengubah Blue Roses atas permintaan Mama Lily.

"Sumpah, aku rasa macam diorang ni takde kelemahan pun" kata Qalif yang hampir menyerah.

"Mungkin kelemahan diorang bukan pada diri diorang" kata Nick yang membuat anggaran.

"Maksud kau?" tanya Aryan yang tidak faham apa yang dikatakan oleh Nick. "Ok, kau tahu yang Blue Roses jadi macam tu sebab diorang semua kehilangan sepupu rapat diorang."

"So maksud kau, kelemahan mereka ada dekat salah seorang dari mereka ke macam mana?" tanya Aidil yang memberi pendapat.

"Betul tu, Blue Roses kumpulan yang ramai orang takut dekat sini and antara mereka berlima, Farah seorang yang berikan aura seram sejuk dekat kita semua" kata Qalif yang membenarkan kata Aidil.

"Kau maksudkan yang Farah adalah kelemahan Blue Roses. So kalau kita nak lemahkan Blue Roses-"

"Kita kena lemahkan Farah" sambung Aryan. "Tapi dengan cara ni, Farah akan makin terseksa dan keadaan mental dia takkan semakin baik." kata Nick.

"Kalau macam tu, kita try ubah ahli mereka yang paling senang nak target" kata Qalif yang memberi cadangan.

"Sapa yang kau rasa senang nak target?" tanya Aryan yang bersemangat itu.

"Nureen dan Athirah. Mereka berdua ni macam backup plan bagi Ayuni dan Ieqa. Tapi kena hati hati, nampak je macam innocent. Silap langkah, mungkin mereka dapat tahu perkara ni" kata Qalif.

"Kalau macam tu, kau dan Aidil akan uruskan pasal Athirah dan Nureen. Mieza dan Aryan, korang berdua settlekan pasal Ayuni dan Ieqa. Tentang Farah, biar aku sendiri settlekan." kata Nick yang memberi arahannya.

Dark Knight mengangguk faham dengan arahan jelas dari Nick. Selama ni, Dark Knight tahu pasal Blue Rose dan berpura pura yang mereka tidak mengenali Blue Roses agar rancangan mereka berlima dan Mama Lily untuk mengubah Blue Roses berhasil.

Sejak dari itu, Dark Knight mula rapat dengan Blue Roses dan memegang ego mereka yang tinggi itu. Sekolah seakan tidak aman bila tiada pertengkaran Dark Knight dan Blue Roses di segala sudut sekolah itu.

"Ngok, kau tengok la diri kau tu. Sedar sikit yang kau pendek dari aku" kata Nick yang mengusik Farah. Dia melihat Farah yang cuba mencapai beberapa batang vape yang disorokkan di tempat tinggi.

"Encik Nick. Kalau kau tu perasan yang kau tinggi, then cuba la ambik vape tu. Jangan sampai aku report dekat Mama nanti" kata Farah yang menahan geram bila Nick gelarkan dia pendek.

"Berbesar hati, tuan puteri" usik Nick sambil berdiri di sebelah Farah dan dengan selamba dia mencapai vape tersebut dengan mudah.









TO BE CONTINUE~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now