"Selamat datang Tuan Dark Knight dan Puan Blue Roses" sambut penyambut pelanggan sebaik saja menyedari kehadiran mereka bersepuluh di situ.
Dark Knight dan Blue Roses memberi senyuman kepadanya sebaik saja mereka bertembung. Mereka menaiki lift bersama menuju ke tingkat 17, pejabat Dark Knight.
"Korang memang betul betul takde kerja kan lepas meeting ni?" tanya Nick yang memecahkan kesunyian dalam lift.
"Takde rasanya. Sebab kerja aku dengan Nureen dah nak habis. Yang bertiga tu tak tahu la macam mana" kata Athirah yang memandang Ayuni, Ieqa dan Farah yang bermain game dalam telefon mereka.
"Haih, tak matang lagi bebudak ni" kata Mieza yang merampas telefon Ieqa diikuti dengan Aryan dan Nick.
"Eh, apa ni rampas rampas. Ingat dekat sekolah lagi ke nak rampas" marah Farah bila mereka bertiga hampir menang.
"Haah. Ni, korang punya kerja yang tinggal tu urgent sangat ke sampai nak balik office lepas meeting ni?" tanya Aryan yang menyengkeh kepala Farah.
"Aku punya tak penting sangat, asal?" tanya Ayuni yang pelik.
"Lepas meeting ni, duduk je dekat office kitaorang. Tak payah nak balik semuladekat office korang" kata Mieza yang menyengkeh kepala Farah jugak.
"TAk, YANG KORANG NAK SENGKEH KEPALA AKU NI DAH KENAPA?" marah Farah apabila rambutnya sudah kusut akibat kena sengkeh.
"Alah, kusut sikit je. Bukan banyak sangat pun." kata Aryan yang mengusik Farah yang tengah bad mood.
"Kau sini. Meh aku rosakkan rambut kau" kata Farah yang menarik rambut Aryan dan mengenggam dengan kuat. Yang lain hanya melihat saja tidak berani untuk menolong Aryan yang tengah nazak termasukla Ayuni yang menyokong Farah.
"Sorry, sorry" kata Aryan yang memegang kepalanya yang terasa akan tercabut dari badannya.
"Apa sorry, sorry. Naik lori ikan pakcik kassim la" kata Farah yang mengusutkan rambut Aryan.
Ting....
Pintu lif terbuka sebaik saja sampai ke tingkat yang dituju. Beberapa pekerja yang menunggu lif melihat Farah yang memegang rambut salah satu bos mereka Aryan manakala yang lain melihat saja.
Farah memberi senyuman manis kepada perkerja di situ dan lantas keluar dari lift itu sambil memegang rambut Aryan diikuti dengan yang lain.
Mereka masuk ke ruang pejabat yang sibuk itu. Aryan terpaksa merendahkan badannya memandang dia tidak mahu kepalanya tercabut disebabkan Farah yang pendek darinya.
Pekerja di situ melihat bos mereka ditarik rambutnya oleh CEO Blue Roses dan tersenyum kecil sebelum menyambungkan kerja mereka.
Farah melepaskan rambut Aryan sebaik saja mereka tiba di hadapan pejabat Nick. PA Dark Knight yang baru tiba di situ selepas habis lunch, berjalan dengan lambat seperti siput, makeup yang sekali tampar jerebu terus satu office itu dan membuat bising selama mereka berjalan dengan gelakan gedik mereka dan bunyi high heel mereka.
PA Dark Knight melihat Farah dan Aryan lantas mendapatkan Dark Knight dan Blue Roses. "Hei, kau dah kenapa hah? Nak tarik rambut dia" marah PA Aryan.
Farah melihat riak muka Blue Roses meluat dan menyampah dengan keberadaan PA Dark Knight di situ.
"Kau pulak? Apa hak kau nak halang aku dari tarik rambut dia?" tanya Farah yang menyelak rambutnya ke belakang dan menyilangkan tangannya ke dada.
"Aku PA dia. Kau sapa pulak" kata kasar PA Aryan.
Farah tersenyum sinis dan memandang gadis itu dari bawah ke atas. Tak cukup dari tu, Farah mengelilingi gadis itu sambil memandang gadis itu dari bawah sampai atas sehingga dia puas.
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...