"Kita nak buat sekarang ni? Takkan nak duduk sini sampai dia datang tuk bunuh kita semua" kata Aryan dengan perlahan.
Dia tidak mahu menunggu orang datang menyelamatkannya selagi dia ada tenaga unutk melepaskan diri dari situ.
"Kau nak buat apa je? Takde benda dalam bilik ni melainkan kita berlima dengan habuk je, Aryan" kata Aidil yang cuba tenangkan keadaan
"Kita keluar dari sini. Kita try jugak lepaskan diri kita dari ikatan ni." kata Aryan yang merenggangkan ikatan di tangannya.
"Lepastu apa? Pecahkan tembok ni pakai otak kecik kau?" tanya Qalif
"Kita tunggu orang Syafiq masuk and time tu jugak kita pukul diorang and larikan diri kita dari sini" kata Aryan
"Ok" kata Dark Knight yang setuju dengan plan Aryan itu.
Mereka menunggu masa yang tepat untuk melakukan perkara itu. Beberapa jam mereka menunggu orang orang Syafiq masuk ke situ tapi tiada satu pun yang masuk. Mereka mula pudar harapan mereka kerana tiada peluang mereka untuk keluar dari situ.
Keesokannya, pintu bilik itu dibuka dan datang seorang gadis dan dua lelaki memberi mereka makanan.
"Makan ni, beruntung dekat kamu semua yang Syafiq tu nak beri kamu semua makan. Selama ni dia tak pernah bagi tahanan dia makan sampailah orang tu mati kelaparan. Sama juga dengan minum" kata gadis itu.
Dark Knight terkejut dengan perkara itu. Aryan sempat mengisyaratkan Dark Knight untuk bertindak. Dark Knight lantas melepaskan ikatan di tangan mereka dan kaki mereka. Aidil mengikat gadis itu dengan talinya manakala yang lain berlawan dengan dua lelaki yang datang bersama gadis itu.
Sebaik saja dua lelaki itu lemah, mereka berlima keluar dari bilik itu dan menuju ke laluan keluar namun mereka dihalang dengan pengawal di situ. Mereka tiada pilihan melainkan terpaksa berlawan dengan pengawal di situ untuk mereka keluar dari tempat itu.
Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Syafiq mengetahui perkara itu dan jumlah pengawal yang banyak menyebabkan mereka berlima tidak cukup tangan melawan pengawal yang ada di situ. Mereka cedera di tumbuk oleh pengawal yang ada di situ sampai ada yang lebam dan ada yang berdarah akibat terkena pisau semasa berlawan.
Mereka ditangkap dan diikat semula dengan rantai besi kali ini agar mereka tidak mampu membebaskan diri mereka. Dark Knight hanya mengikut saja kerana mereka tiada tenaga untuk membela diri mereka dan lemah akibat dipukul oleh pengawal Syafiq
"Aku beri korang peluang tapi korang buat macam ni dekat aku. Tak mengapa, korang nak aku layan korang macam mana aku layan yang lain kan." kata Syafiq sebelum mengunci bilik itu.
Dark Knight mula tidak sedarkan diri merkea sebaik saja Syafiq mengunci bilik itu.
Farah pov
"Thanks Alex" kata Farah dengan lembut sebaik saja Alex menghantarnya ke airport. Alex menemani Farah sehinggalah masa flight Farah akan berlepas.
"My pleasure, miss" kata Alex.
Dia membuat perkara itu kerana risau dengan Farah yang berseorangan di airport nanti.
Lagipun, dia sudah lama berkerja dengan Grandpa sejak Farah kecik lagi so dia amat rapat dengan Farah dan yang lain dan menganggap mereka sebagai anak dia juga
Farah melambai buat kali terakhir pada Alex sebelum dia masuk ke ruangan pelepasan. Dia mengorak langkah menuju memasuki kapal terbang yang akan menghantarnya pulang balik. Sepanjang perjalanan, Farah hanya melihat pemandangan luar, melihat awan yang terhias cantik.
Sebaik saja kapal terbang mendarat, Farah mengambil masa bersendirian sebelum dia pulang ke Blue Roses Mansion. Dia tidak mahu Blue Roses menjemput dia pulang selepas apa yang berlaku tanpa dia ada di sisi Blue Roses.
Farah lantas menuju ke Subway untuk mengisi perut kosongnya. Dia meluangkan masa di Subway dengan memandang orang yang lalu lalang di kawasan airport itu. Pelbagai ragam orang dia perhatikan sama ada menangis kerana berpisah, gembira dapat berjumpa semula and ada yang hanya cuci mata melihat barang yang dijual bebas cukai.
Dia melihat jamnya yang meunjukkan pukul 4.30 petang lantas mengemas meja makannya itu sebelum keluar dari Subway dengan bagasinya. Dia keluar dari airport itu lantas disapa oleh orang yang dia tidak kenal
"Cik Farah, saya Ian, Tuan Abid suruh saya menjemput Cik Farah dekat sini" kata orang itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ian
"Kalau begitu jom" kata Farah dengan nada biasanya.
Ian lantas mengambil bagasi Farah dan meletakkan bagasi itu di bonet belakang kereta. Dia juga membuka pintu kereta untuk Farah. Farah yang tidak sedap hati lantas memakai mask sebelum masuk ke dalam.
Sebaik saja Farah masuk, Ian lantas menutup pintu dan menuju ke tempat pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta dan lantas memandu keluar dari kawasan Airport. Sepanjang perjalanan, tiada satu pun dari mereka berkata apa apa.
Secara tiba tiba, ada tangan dari belakang menutup mulut Farah dengan kain yang berisi chloroform.
Farah yang sudah mengetahui perkara itu menahan nafasnya dan memusingkan tangan yang menyentuh mukanya sehingga mengeluarkan bunyi 'krek'.
Belum sempat Farah berpusing melihat bahgian belakang, lehernya disuntik dengn sesuatu menyebabkan badannya tiba tiba melemah dan perlahan lahan tidak sedarkan diri.
"Kerja selesai"
Itu yang sempat Farah dengar sebelum dia tidak sedarkan diri. Ian memandang bahagian belakang melihat Farah yang tidak sedarkan diri dan dua orang bawahannya di seat paling belakang. Dia lantas memandu menuju ke markas Syafiq.
Tak lama kemudian, mereka berempat tiba di markas Syafiq. Syafiq yang mengetahui ketibaan Farah itu lantas pergi menjenguk Farah yang diletakkan di katil bujang dalam salah sebuah bilik di situ. Di bilik itu jugak ada CCTV yang diselitkan.
CCTV itu dapat dilihat di bilik utama dan juga bilik di mana Dark Knight dikurung. TV di bilik tersebut dihidupkan dan membuatkan Dark Knight terkejut melihat apa yang terpapar di TV itu.
Mereka melihat Farah yang tidak sedarkan diri bersama Syafiq yang berdiri di sebelah Farah, melihat Farah yang tidak sedarkan diri.
Syafiq mengusap kepala Farah dengan lembut sebelum dia melihat ke arah CCTV itu dan tersenyum sinis seakan menyindir Dark Knight.
Dark Knight pulak berasa risau dengan keadaan Farah yang tidak sedarkan diri itu.
Perasaan marah Nick membuak buak apabila melihat Syafiq yang menyentuh Farah sesuka hatinya. Dia tidak dapat membuat apa apa sekarang ni tapi dia sudah berniat untuk selamatkan Farah dari Syafiq.
Yang lain mengetahui perasaan marah Nick cuba menenangkan Nick yang sedang marah itu.
"Ni baru sikit dari aku. Aku akan buat lebih lagi and sanggup bunuh sesiapa saja tuk dapatkan Farah balik" kata Syafiq memandang ke arah CCTV itu yang disertakan sekali dengan perakam suara.
TO BE CONTINUE ~~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...