.15.

1.6K 76 2
                                    

"Blueberry pie and Iced tea, please" kata Farah yang memesan makanannya.

Dia lantas mengambil tempat di penjuru kedai berdekatan dengan cermin kedai tersebut. Hazim diletakkan di kerusi bayi di sebelahnya.

"Mesti Hazim lapar. Mari kita makan" kata Farah pada Hazim yang menyuapkan makanan ringkas bayi pada Hazim.

Beberapa minit, makanannya sudah sampai dan dia menikmati makanannya dengan tenang bersama Hazim.

"Wow, tak sangka aku. Sekarang, kau dah ada anak. Anak kutip ke anak luar nikah" kata Fatiha yang tiba di situ.

"Kau nak apa lagi dari aku? Kau tak puas lagi ke dengan kematian Syafiq" kata Farah yang melindungi muka Hazim dari pandangan Fatiha. Dia takut yang Fatiha akan apa apakan Hazim disebabkan muka Hazim mirip dengan Syafiq

"Sepatutnya kau yang mati bukan Syafiq. Ni anak siapa pulak yang kau lahirkan" kata Fatiha yang cuba naikkan kemarahan Farah

"Ni anak aku. Siapa ayah dia, kau tak perlu tahu pun. Yang penting, dia bukan anak kutip ataupun anak luar nikah" kata Farah dengan tegas

"Takutnya. Dah la dengan lakonan kau tu. Aku nak ingatkan kau lagi sekali, jangan kacau line aku. Jauhkan diri kau dari Nick atau anak haram ni jadi mangsa seterusnya" bisik Fatiha

Farah lantas melempang Fatiha dengan kuat. Fatiha memegang pipinya yang sakit dan bibirnya yang pecah kembali.

"Sorry tuk tu. Jangan bagi nasihat dekat aku kalau diri kau tak sempurna lagi. Aku pulak nak ingatkan kau balik, jangan kacau hidup aku atau boyfriend kesayangan kau jadi mangsa aku" kata Farah

Fatiha lantas pergi dari situ apabila orang dalam kedai itu memandang mereka berdua dengan pelik.

Yela, berbunyi tamparan Farah habis satu kedai dengar.Farah lantas memeluk Hazim dengan erat.

"Mama takkan biarkan kamu pergi dari mama. Mama akan jaga kamu macam mana papa kamu jaga mama" kata Farah

"Ma-ma"

Farah memandang Hazim yang tersengih tu. Farah tak sangka yang dia sudah boleh bercakap. Mungkin selama ni dia banyak babbling tapi pertama kali dia dengar Hazim memanggilnya mama.

"Lap air mata kau" kata seseorang yang menghulurkan sapu tangannya

Farah memandang orang itu sambil mengelap air matanya.

"Kau rupanya, Nick" kata Farah dengan dingin

"Kenapa ni? Sorry kalau aku masuk campur dalam hidup kau" kata Nick

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Farah yang sibuk menyuap Hazim

"Aku ternampak kau gaduh dengan Fatihah tadi so aku datang tuk teman kau. Risau kalau geng dia yang lain datang pulak lepas ni" kata Nick yang risaukan Farah

"Oh, tu je?" kata Farah yang dingin dengan Nick

"Adik kau ke? Comelnya" kata Nick yang mengangkat Hazim dari kerusi bayi. Farah pulak tak sempat nak halang.

"Bagi balik anak aku tu" kata Farah yang ambil balik Hazim dari pegangan Nick

"Anak kau?" tanya Nick yang pelik.

"Haah, dia anak aku" terang Farah yang meletakkan semula Hazim di kerusi bayi.

Nick memandang Farah yang sibuk menyuap Hazim makan. Dia rasa sakit hati mendengar perkara itu.

'Anak? Maksudnya, Farah dah kahwin la ni. Kenapa aku rasa sakit pulak' fikir Nick yang terus memandang Farah tersenyum bila dengan Hazim

'Manisnya senyuman dia. Kenapa selama ni dia tak pernah senyum macam ni? Kenapa dia dingin je bila dengan yang lain?'

Banyak persoalan di fikiran Nick yang tak mampu dia selesaikan. Sama seperti yang lain bagitahu dia, Farah seorang yang misteri tapi dia ada cari maklumat tentang Roses

Roses model terkenal di Portugis, Jerman, Korea, China dan Jepun. Mereka juga berasal dari negara tersebut dan mempunyai nama lain. Setiap mereka mempunyai anak mata yang berbeza dan merupakan identity mereka mengikut warna rose.

Pada mulanya dia pelik apabila ada yang bagitahunya untuk cari maklumat mereka menerusi warna anak mata mereka. Namun dia faham jugak akhirnya pesanan tersebut. Warna anak mata mereka merupakan warna rose yang mempunyai personality mereka.

Farah mempunyai anak mata merah so ramai orang gelarkan dia red rose. Dia sama seperti maksud red rose yang berani, respect, passion, beauty, love.

Ayuni mempunyai anak mata berwarna orange so dia merupakan orange rose. Dia mempunyai daya tarikan yang tersendiri, passion, desire, pride dan kreatif.

Anak mata Ieqa pula berwarna kuning. Joy, friendship, happiness and caring terdapat dalam dirinya. Yellow rose merupakan tanda mengalukan kepulangan seseorang dan permulaan baru.

Nureen yang mempunyai anak mata berwarna hitam tapi dia digelar white rose kerana dia yang innocence, loyalty, silence, secrecy, youthfulness and sympathy.

Athirah pula lain sedikit. Anak mata dia bukan warna basic tapi anak mata dia warna lavender kerana dia lavender rose. Lavender rose yang bermaksud sihir and cinta pandang pertama. Mungkin dia mengunakan tarikannya untuk membuatkan orang jatuh cinta pada Roses.

Nama kumpulan dia pun agak pelik juga, Blue Roses. Selama ni dia banyak mendengar Blackrose bukan Blue Roses pun. Blue Roses yang bermaksud the imposibble and the unattained. Mereka memang Blue Roses, susah dan mustahil untuk dicapai.

Hanya dia yang mengetahui Roses menyembunyikan identiti mereka Blue Roses mereka sebagai Roses.

Blue rose pov

"Tamatlah sudah cerita tadi. Terima kasih dan jumpa lagi" nyanyi Ieqa lagu Upin dan Ipin sebaik saja mereka keluar dari cinema. Yang lain hanya memandang tempat lain seakan tidak mengenali Ieqa atau mengaku Ieqa sebagai sepupunya.

"Let go" kata Ayuni yang teruja

"Nak pergi mana?" tanya Nureen yang sedang loading

"Gi neraka. Kitoarang akan kenalkan kau dengan kawan setan kau" kata Ieqa yang sudah ketawa.

"Thanks but no thanks" kata Nureen yang menolak ajakan Ieqa

"Jom pergi sebelum korang jadi gila dekat sini" kata Athirah.

"Hai korang"

Blue Roses lantas berhenti jalan apabila ada dinding sotong berdiri di depan mereka. Mereka memandang depannya.

"Korang ni pasal buat roadblock dekat sini" marah Ayuni

"Korang nak pergi mana lepas ni?" tanya Aidil dengan baik

"Suka hati kaki aku la nak pergi mana pun. Bukannya aku jalan guna kaki kau" kata Ieqa

"Jap. Mana Farah?" tanya Mieza yang baru perasan kekurangan sorang ahli Blue Roses

"Kau tanya aku ke? Sorry la tapi kitaorang tak nak jawab" kata Ieqa

"Mana Nick? Bukan sebelum ni ada dengan korang ke?" tanya Nureen yang perasan kehilangan Nick

"Jangan cakap yang diorang-"

"Diorang apa? Dating? Untuk pengetahuan korang, Farah tu anti lelaki" kata Ayuni yang lantas pergi dari situ

Blue Roses jugak mengikut gerak Ayuni dan diekori oleh Dark Knight. Mereka tiba di café biasa dan terpandang Farah dengan seorang lelaki.

"Tu bukan Farah ke?" tanya Nureen

"Tu bukan Nick ke?" tanya Qalif pula

"Jangan cakap yang diorang-"
















TO BE CONTINUE~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now