.34.

1.4K 67 0
                                    

"Untuk pengetahuan semua orang, kita sangat bertuah apabila mendapat sponsor dari jenama terkenal di seluruh dunia. Tanpa membuang masa, saya mempersilakan penaja utama kita, Encik Arshad Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata" kata pengacara

Pertandingan girl group and solo singer bukan pertandingan awam disebabkan mereka mendapat tajaan dari pelbagai jenama terkenal and pertandingan ini disiarkan di TV International Channel.

"Saya tidak mahu bercakap panjang pun sebenarnya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan finalis kita yang berani memasuki pertandingan ini. Itu saja dari saya" kata Encik Arshad. Ini yang dikatakan sepatah dua kata bukannya bebelan panjang dari pengetua setiap hari Isnin.

"Ni sepatah dua kata yang paling pendek aku pernah dengar" bisik Ayuni.

"Haah la. Sepanjang aku hidup ni bebelan paling pendek" sokong Ieqa pula. Dark Knight sudah tergelak mendengar perkara itu

"Dengan ini kita menjemput wakil peserta untuk pertandingan ini untuk berikan sepatah dua kata kepada pengajur kita, Tuan Park Kyo Seon."

Farah lantas naik ke pentas untk memberikan ucapannya. Semua yang berada di situ terkejut dengan kehadiran Farah di atas pentas.

"Hello and Good Evening. Saya ingin berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk memberikan ucapan. Hello again to you, Tuan Park Kyo Seon. Pertama sekali, terima kasih kepada tuan atas menganjurkan pertandingan seperti ini. Penganjuran seperti ini dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesi kokurikulum. Saya berbesar hati dapat bercakap dengan Tuan Park yang sanggup datang ke Malaysia hanya untuk mencari pelajar yang berbakat. Terima kasih sekali lagi dari saya" kata Farah yang turun dari pentas. Dia lantas duduk di tempatnya semula.

"Tak sangka kau jadi wakil Malaysia. Nice la sepupu aku ni" puji Ayuni dengan memeluk bahu Farah

"Eh, sepupu aku jugak la" kata Ieqa yang memeluk lengan Farah

"Sebelum korang kena tumbuk dekat sini, baik korang lepaskan tangan aku. Buat malu je dekat parents kita kalau korang tak jaga perangai giler korang. Beware, camera banyak dekat sini" kata Farah dengan tegas tetapi perlahan. Ayuni dan Ieqa lantas duduk dengan elok kerana takut dengan Farah

"Tanpa membuang masa kita persilakan pemenang bagi tempat saguhati untuk menerima hadiah mereka." kata pengacara

Satu demi satu peserta yang naik ke atas pentas untuk menerima hadiah saguhati even yang tersingkir. Finalis yang tidak menerima hadiah saguhati dijemput naik ke atas pentas bagi pengumuman tempat.

"Sekarang kita dapat lihat 3 girl group and 3 solo singer di atas pentas ini. Tanpa membuang masa, saya menjemput Tuan Park untuk menyampaikan hadiah bagi girl group." kata pengacara

"Bagi tempat ketiga jatuh kepada Shadow" kata pengacara itu. Shadow lantas memeluk Blue Roses kerana gembira atas kemenangan mereka. Mereka lantas bergambar sambil mengambil trofi.

"Seperti yang dijangkakan selama ni, yang tinggal hanya The Divas and Blue Roses. Siapa yang akan membawa pulang trofi kemenangan and sekali gus mendapat jemputan untuk ber photoshoot dengan beberapa idol yang terpilih" kata pengacara itu.

The Divas and Blue Roses tidak menyangka yang hadiah tempat pertama sungguh menarik bagi mereka. Blue Roses ingat hanya sekadar trofi dan duit tetapi bukan sama sekali. Masing masing ingin menang bagi mendapat peluang untuk ber photoshoot dengan bias mereka.

"Tempat pertama bagi girl group adalah.......................Blue Roses. Sila berikan tepukan gemuruh bagi mereka" kata pengacara yang membuat saspens

Blue Roses terkejut apabila mereka menang dalam pertandingan itu. The Divas pula tidak puas hati dengan kemenangan Blue Roses.

"Thanks a lot to our fans yang menyokong kami selama ni and to our parent and our guardian. This for your guys" kata Farah yang menjulang trofi kemenangan.

"Sekarang tiba masanya untuk pengumuman pemenang bagi solo singer. 3 finalis sila berada di depan" kata pengacara

Farah, Fatiha dan Aina lantas berdiri di hadapan pentas. Aina sibuk menolong Farah mengelap air mata gembiranya. Penonton semua cair melihat Farah yang menangis kegembiraan.

"Cuba berikan ucapan pada semua peminat kamu" kata pengacara yang memberikan mic pada Fatiha

"Thanks to my fans yag support Tiha sepanjang program ini" kata Fatiha yang mengflipkan rambutnya

"Thanks to my supporter kerana support Aina terutamanya kak Farah sepanjang perkenalan kita" kata Aina yang memeluk Farah

"Welcome. Akak tak pernah kedekut untuk berikan sesuatu yang korang perlukan. Thanks to you guys sebab sudi temani Aera hingga final. Aera tak kisah kalau tak menang sebab apa yang Aera buat hanya atas cabaran yang dicabar oleh Fatiha and The Divas sendiri" kata Farah yang sempat memerli The Divas

"Sungguh pedas kata kata itu. Baikla, saya akan memberitahu kamu semua hadiah bagi johan pertandingan ini. Johan akan membawa balik trofi dan dapat membuat album collab dengan idol terkenal" kata pengacara itu

Farah dan Aina sudah terkinja kinja gembira apabila mendengar berita itu. Gembira mereka sama macam beruk dapat bunga.

"Amboii seronok nampak. Tadi kata tak kisah kalah ke menang" usik Ayuni di belakang mereka

"Giler tak seronok? Dapat collab tahu tak. Dahla idol pulak tu mesti hensem kan" kata Farah pada Aina. Aina pula hanya mengangguk saja manakala Blue Roses sudah mengeleng kepala.

"Saya akan umumkan tempat ketiga bagi solo singer ialah...............Fatiha" kata pengacara. Fatiha pula buat muka tak puas hatinya. Dia ingin memaki juri tapi dipendamkan kerana mereka dalam siaran langsung.

"Next saya akan umumkan tempat kedua ye. Bukan tempat pertama" kata pengacara yang memberitahu terlebih dahulu takut salah faham pula. Farah dan Aina sudah mengenggam erat tangan mereka.

"Tempat kedua jatuh ke pada Aina jadi tempat pertama jatuh kepada Kim Aera" kata pengacara

Blue Roses dan Shadow lantas mendapatkan Farah dan Aina yang sudah menangis kegembiraan. Mereka berpelukan di atas pentas sebelum mendapatkan hadiah mereka.

"Thanks semua. Ini hadiah paling bermakna dari kamu semua" kata Farah yang mengelap air matanya.

Mereka lantas berjumpa dengna mama Lily yang berada di depan pentas sebaik saja program itu tamat. Mama Lily lantas memeluk anak buahnya dengan bangga.

"Mama bangga dengan kamu semua. Kamu dah naikkan nama sekolah dan nama keluarga kita" kata mama Lily yang mengelap air mata satu per satu anak buahnya itu

"Thanks sebab bagi kami masa untuk berlatih sepanjang ni." kata Farah, wakil mereka.

"Bukan dekat mama je, tu pergi cakap dekat tunang kamu tu" kata mama Lily yang menunjuk ke arah Dark Knight yang tersenyum.

"Nanti la. Malas nak pergi dekat diorang kang tak pepasal kena kecam pulak" kata Ieqa dengan selamba

"Amboii, bukan main lagi dia. Haritu bukan main lagi gi-" dengan pantas Ieqa menutup mulut celupar Ayuni dengan kuat sampai tak cukup nafas dibuatnya

"Kalau aku mati, sia sia je kau masuk penjara" marah Ayuni

"Kalau kau mati boleh la kau jumpa kawan setan kau tu" kata Farah dengan selamba

"Memang. Aku nanti caras kerja malaikat maut sebab tarik nyawa korang hantar gi neraka tuk temankan aku sebab korang kan setan jugak sama macam aku" kata Ayuni dengan bangganya mengflipkan rambutnya

"Apa kata kita party lepas ni?" cadang Ieqa

"Makan je kerja kau. Bila suruh practice kau yang cepat penat" balas Farah yang mengusik Ieqa

"Takpela. Kita makan dekat café biasa eh. Girl party only tau" kata Aina yang malas nak masuk campur

"Ok. Jom gerak sekarang sebab aku dah lapar" kata Farah yang mendahului mereka.

"Eh, nak pergi mana tu?" tegur Dark Knight

"Girl party only" kata Ieqa yang pergi dari situ bersama yang lain

"Biarkan mereka. Kamu semua pergi tengok baju petang ni. Pepandaila mama suruh mereka nanti" kata mama Lily yang mendekati Dark Knight

"Kalau macam tu kitaorang pergi dulu eh. Bye ma" kata Dark Knight yang pergi dari situ

















TO BE CONTINUE ~~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now