.4.

1.8K 84 3
                                    

"Cucu-"

"Doctor, patient in critical circumstances. Patient's blood pressure decreases dramatically" panggil nurse dari dalam bilik pembedahan.

Doktor tersebut segera masuk ke dalam bilik pembedahan. Grandpa sudah jatuh terduduk apabila mendengar perkara itu manakala Athirah dan Nureen menangis di sisi grandpa.

"Kita doakan Syafiq dengan Farah selamat" kata grandpa yang memeluk cucunya yang menangis.

Beberapa jam kemudian, doktor keluar lagi dari bilik pembedahan. Grandpa lantas mendapatkan doktor manakala Athirah dan Nureen sudah tidur akibat menangis lama sangat.

"Macam mana keadaan cucu saya?" tanya grandpa.

"Maafkan saya, cucu lelaki encik tidak dapat diselamatkan lagi memandangkan peluru sudah terkena jantungnya. Jantungnya bocor dan dia tidak dapat diselamatkan lagi" kata doktor itu.

Grandpa bagaikan tidak menyangka perkara itu akan berlaku pada cucunya sendiri. Dia memandang doktor itu semula untuk mendapatkan info mengenai Farah.

"Cucu perempuan encik masih dalam keadaan kritikal. Dia koma kerana hentakan di kepalanya yang kuat. Kaki dan tangannya yang retak sudah disimen. Sekarang ni, kita cuma mampu berdoa dan berharap yang dia kuat agar dia cepat sedar dari koma" kata doktor itu sebelum meninggalkan grandpa di situ.

Grandpa melihat Farah yang dibawa keluar dari bilik pembedahan untuk ditempatkan di bilik VVIP bagi memudahkannya menjaga 5 cucunya yang cedera. Nureen yang terjaga memandang grandpa yang menangis. Dia lantas mengejutkan Athirah yang berada di sebelahnya.

"Grandpa?" tegur Athirah.

"Kita masuk wad kamu ye sayang. Yang lain sudah ada dekat sana" kata grandpa yang cuba tersenyum.

Mereka lantas masuk ke wad VVIP. Nureen dan Athirah terkejut melihat Farah yang di simen kaki dan tangannya dan kepala berbalut.

"Farah koma" kata grandpa dengan ringkas.

Nureen dan Athirah menangis di tepi Farah. Mereka mengenggam tangan Farah untuk bagi Farah kekuatan.

"Syafiq macam mana grandpa?" tanya Nureen yang tidak sanggup melihat muka grandpa.

"Syafiq dah takde." kata grandpa.

"Betul ke apa yang grandpa cakapkan ni?" tanya Ayuni yang baru sedar.

"Syafiq dah takde. Dia dah tinggalkan kita semua. Sekarang ni kita cuma mampu berdoa agar Farah sedar dari koma atau dia akan ikut Syafiq" kata grandpa.

Ayuni menangis apabila melihat Farah yang bersebelahannya dalam keadaan kritikal. Dia hanya mengendahkan sakit di bahagian perutnya kerana sakit hatinya yang lebih pedih apabila Syafiq yang selama ni dia anggap sebagai abang kandungnya sendiri sudah tiada.

Dia tidak mahu Farah meninggalkannya macam Syafiq tinggalkannya. Athirah lantas memeluk Ayuni bagi menenangkan Ayuni. Keluarga Syafiq telah diberitahu tentang pemergian Syafiq namun keajaiban berlaku apabila ibu Syafiq bersalinkan bayi lelaki yang mirip dengan Syafiq.

Tanpa mereka sedar, air mata Farah mengalir keluar.

***

Sejak dari kejadian tersebut, Blue Roses bukan diri mereka yang dulu lagi. Mereka langsung berubah 180 darjah.

Tiada lagi senyuman Farah yang manis, tiada lagi usikan kata dari Ayuni, tiada lagi sabar tuk Ieqa, tiada lagi tolak ansur dari Athirah dan tiada lagi kelembutan dalam diri Nureen pada semua orang kecuali diri mereka sendiri.

Sekarang, senyuman Farah menjadi sinis ataupun tiadak reaksi pada wajahnya. Usikan kata dari Ayuni kini menjadi ayat sindiran, perangai baran dari Ieqa, Athirah yang tidak mahu masuk campur dalam semua perkara dan Nureen yang suka gunakan kekerasan apabila keadaan tidak mengizinkan sehingga boleh masuk wad berminggu minggu.

Tiada lagi Blue Roses yang sering dibuli, sekarang mereka yang membuli orang lain. Sejak dari kejadian itu jugak, geng diva pindah ke Malaysia tanpa sebab.

Harini, majlis perpisahan bagi Blue Rose setelah 2 tahun mereka menjadi pelajar pertukaran di situ. Mereka dibenarkan untuk membuat persembahan bagi kali terakhir.

Mereka membuat persembahan lagu come home. Pada petang itu, mereka melawat tanah perkuburan bagi melawat Syafiq buat kali terakhir.

"Fiq, aku nak bagitahu dekat kau yang kitaorang kena balik Malaysia sebab dah sampai masanya kita balik ke Malaysia. Thanks tau sebab kau sudi ada dengan aku" kata Farah dengan perlahan.

Sungguh dia tak kuat meninggalkan kekasih hatinya yang sudah berada di hatinya selama mereka kecil lagi sampai sekarang. Pemergian Syafiq membuatkan Farah depress sehingga dia mendapat spilt personaliti manakala yang lain risau dengan keadaan Farah sehingga terjadinya split personaliti mereka.

Mereka meninggalkan tanah perkuburan dan menuju ke rumah keluarga Syafiq. Farah memeluk ibu Syafiq dengan erat. Ibu Syafiq yang dia sudah anggap sebagai ibu kandungnya begitu jugak ibu Syafiq yang menganggap Farah sebagai anak kandungnya.

"Ibu dah anggap Farah macam anak ibu sendiri. Ibu tak sanggup hilang anak ibu buat kali kedua lagi" kata ibu Syafiq.

"Ibu, maafkan Farah sebab Farah la Syafiq pergi tinggalkan kita. Kalau dia tak selamatkan Farah, mesti dia ada dekat sini kan, ibu" kata Farah yang tiada reaksi.

Sejak dia sedar dari koma, dia menutup semua perasaannya dan tidak memberikan reaksi muka. Dia juga langsung tidak menangis juga sejak dia sedar dari koma.

"Itu bukan salah Farah. Ibu tak salahkan Farah tuk semua perkara ni berlaku so Farah jangan salahkan diri Farah sendiri" kata ibu Syafiq.

Farah hanya mengangguk saja. Mereka datang ke rumah keluarga Syafiq untuk satu tujuan saja.

"Mana Hazim, ibu?" tanya Farah yang sudah tidak sabar melihat anaknya.

Ibu Syafiq merelakan Farah menjaga anak bongsunya yang berumur 2 tahun itu disebabkan anaknya itu menyelamatkan Farah dari bunuh diri akibat terlampau depress kerana mirip dengan Syafiq.

"Hazim ada je dekat atas. Nanti bibik bawak turun dia dengan bagasi dia. Ibu harapkan kamu jaga dia dan macam tu jugak kamu jaga diri kamu" kata ibu Syafiq.

"Baik ibu." kata Farah yang memeluk ibu Syafiq dengan erat. Blue Roses dan keluarga Syafiq hanya melihat tanpa masuk campur. Mereka senang dengan perubahan sikap Farah terhadap Hazim.

Tak lama kemudian, bibik turun bersama Hazim dan bagasi Hazim. Farah lantas mendapatkan Hazim dan mengendongnya. Terserlah reaksi gembira pada muka Farah apabila melihat Hazim.

"Tolong jaga Farah ye semua." kata ayah Syafiq pada Blue Roses.

"Baik ayah" kata Blue Roses serentak.

"Jom kita pergi airport. Kang lambat pulak datang terlepas flight nanti" kata Haziq, abang kepada Syafiq

Mereka lantas menuju ke airport. Mereka berjumpa dengan grandpa yang sudah lama menunggu cucunya.

"Thanks grandpa sebab jaga kitaorang selama dekat sini" kata Farah yang memeluk grandpa.

"Jaga cicit grandpa ni baik baik." usik grandpa.

"Baik grandpa" kata Farah dengan gembira.

"Jaga diri kamu semua. Call kami kalau dah sampai sana" kata ibu Syafiq

"Baik ibu, ayah, long, angah, grandpa. Kami gerak dulu" kata Farah yang masih mengendong Hazim.

Mereka lantas menuju ke balai pelepasan dan menaiki private plane menuju ke Malaysia.

















TO BE CONTINUE~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now