"Cheers"
Mereke sambut kemenangan mereka di little café. Macam biasa kalau perempuan lepak mesti tak terlepas segmen membawang
"Korang rasakan siapa idol yang collab dengan kita sekali" kata Ieqa yang terbayangkan abang Jiminnya.
"Haah la kan. Aku pun terfikir jugak benda tu" kata Athirah yang terbayangkan abang Jihoonnya
"Udah. Nanti kita tahu jugak perkara tu lepas habis sekolah." kata Nureen yang tak minat untuk tahu perkara itu
"Kau ni potong mood la Nureen, aku baru berangan nak photoshot couple dengan abang idol yang hensem tu" kata Ayuni yang menyampah
"Sorry gais, kita caras korang" kata Farah pada Shadow
"Dah takdir kitaorang kalah dengan akak takpela. Nanti kirim salam dekat idol tu" kata Alia
"Bila masa korang masuk pertandingan ni hah? Asal aku tak tahu satu benda pun?" tanya Ayuni pada adiknya, Eva
"Ceih, macam mana kau nak tahu kalau kau sibuk. Dahla balik rumah ibu jarang" kata Eva yang sibuk makan
"Kau sama je macam Ieqa ni. Kuat makan tapi tula chubby" ejek Ayuni
"Eh, chubby ni la yang comel kau tahu tak" kata Ieqa yang mencubit peha Ayuni.
"Hah akak, kitaorang dengar akak nak kahwin lepas habis pertandingan ni. Betul ke" tanya Irdeena yang mulut kepoh. Blue Roses buat buat tersedak and tercekik
"Mana korang tahu benda ni?" tanya Farah yang pelik
"Mana tak tahunya. Dah kecoh la kak oii" kata Khat
"Amboii dia. Macam dia pulak yang kahwin" usik Nureen
"Haah. Macam dia pulak yang kahwin dengan Hunter" balas Athirah pulak. Habis tersedak Shadow dibuatnya manakala Blue Roses sudah ketawa habis
"Jap..... sakit perut aku ketawa" kata Farah yang memegang perutnya
"Tu la kenakan kitaorang kan dah terkena balik. Apa kata kita kahwin ramai ramai. Jimat duit sikit" usik Ieqa yang melihat Shadow sudah blushing
"Jap aku tepon grandpa suruh Hunter pinang korang terus. Then boleh kahwin dengan kitaorang" kata Farah yang mengacah untuk tepon. Belum sempat dia buat apa apa, ibu Aini sudah meneleponnya
"Hello, ibu? Ada apa tepon Farah ni?" tanya Farah yang pelik dengan panggilan itu
"Ibu nak suruh kamu dengan Blue Roses test baju kahwin ni. Kan minggu depan nak nikah dah" kata ibu Aini.
"Okla bu. Nanti Farah pergi lepas makan" kata Farah yang menamatkan panggilan
"Sapa call?" tanya Aina yang sudah cemas
"Grandpa tanya bila nak terima pinangan hunter" usik Farah
"Eh, ke situ pulak. Jangan nak tipu aku eh" kata Eva
"Mana ada lah. Ibu Aini suruh kita pergi butik dia katanya nak test baju kahwin nanti. Lepas makan ni kita pergi la" kata Farah yang menyudahkan makannya
"Haah la. Aku lupa benda tu" acah Ayuni yang menepuk dahinya
"Nasib kau tak nyanyuk." kata Irdeena pula
"Jom gerak. Kita ni kalau dah duduk memang tak ingat dunia" kata Alia yang sudah mengemas barangnya
Mereka lantas beredar dari situ selepas bayar makanan. Mereka menuju ke butik ibu Aini untuk test baju bersama Shadow memandangkan mereka naik Blue Roses kerena takde lesen
"Ibu, we here" kata Ayuni yang tak tahu malu
"Kau ni memang tak tahu malu ke? Adab dekat mana hah?" marah Eva yang malu
"Baru kau tahu kakak kau ni takde adab. Nama pun devil, perlu ke adab" usik Ieqa pula
"Kamu ni memang selalu gaduh je. Macam mana yang lain boleh tahan dengan perangai kamu ni" kata ibu Aini yang berada di situ. Dia yang baru jumpa sekejap dengan anak and anak buahnya sudah pening kepala melihat perangai mereka
"Kitaorang masuk air sekali la ibu. Kadang tu layankan je kadang tu pukul je terus kalau terpaksa" kata Farah yang membuat regangan
"Kenapa Shadow ada dekat sini?" tanya ibu Aini yang perasan kehadiran Shadow
"Oh, diorang ikut kitaorang makan tadi so diorang join la kesini" kata Nureen
"Dah, ni baju kamu. Pergi test dulu tengok mana yang tak muat ye" kata ibu Aini yang menerikan Blue Roses baju mereka
"Ibu, kalau Shadow jadi pengapit mereka boleh tak?" tanya Eva yang sudah berkepit dengan ibunya
"Memang ibu nak suruh kamu semua jadi pengapit Blue Roses tu. Pergi cari baju mana yang kamu nak" kata ibu yang malas melayang perangai anaknya itu.
"Ibu, look here" kata Farah yang menayangkan bajunya bersama yang lain.
"Ok tak? Ke ada yang ibu nak tambah ke?" tanya Athirah
"Takde." kata ibu selepas puas membelek baju pengantin itu.
Blue Roses lantas tukar baju semula dan duduk di ibu Aini sementara tunggu Shadow pilih baju
"Lambat lagi ke? Korang yang nak kahwin ke kitaorang yang nak kahwin ni?" usik Farah apabila sudah lama tunggu Shadow belek baju.
"Diorang kan jadi pengapit kita so biarla diorang pilih baju" kata Athirah yang kesian
"Ibu dengar kamu menang pertandingan nyanyi tu. Congrats too you guys" kata ibu Aini.
"Thanks ibu." kata Blue Roses yang tersenyum pada ibu Aini. Ayuni pula sudah keluar idea giler dia
"Ibu, ibu tak nak ke menantu lagi satu?" tanya Ayuni pada ibunya
"Menantu? Siapa nak kahwin lagi ni?" tanya ibu Aini yang blur
"Tu hah. Si tembam tu" kata Ayuni yang tunjuk ke arah Eva
"Kenapa dengan Eva?" tanya ibu Aini yang masih blur
"Ayuni tanya nak tak kalau kahwinkan Shadow dengan Hunter. Yela diorang saling mencintai sebab dah kenal lama. Kitaorang yang kena kahwin paksa ni pun kahwin cepat." kata Ieqa yang tak puas hati
"Macam tu ke? Tunggu la Shadow tu masuk meminang dulu" kata ibu Aini
"Eh ibu ni pun, tak kan tak tau yang Eva dengan yang lain tu suka dekat Hunter. Lagi lagi si Khat dengan KK tu hah. Asyik berkepit je memanjang, habis bersemut sekolah tu" kata Ieqa pula
"Amboii mengutuk orang bukan main lagi dia. Ingat dia tak buat sekolah tu bersemut?" balas Khat yang selesai pilih baju
"Ni, sejak bila kita buat sekolah penuh semut?" tanya Nureen
"Tah, seingat aku setiap kali kita jumpa Dark Knight, kita asyik gaduh je memanjang" kata Ayuni dengan selamba
"Dahla. Lama lagi ke korang cari baju ni? Dari pukul 4 sekarang dah pukul 6 dah. 2 jam korang belek baju tak kan tak jumpa kot. Nak cakap butik ni besar kecik je aku tengok" kata Khat
"Ewah kau bukan main lagi. Kau pun sama je macam diorang tadi. Ni yang aku malas nak bawak budak bawah umur masuk butik" kata Ayuni yang menyesal
"Bawah umur otak kau. Fikir apa hah" kata Eva yang mengetuk kepala Ayuni
"Kau yang fikir lain. Memandai je sama la tu macam Ieqa." kata Ayuni yang tak makan saman
TO BE CONTINUE ~~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...