-85-

592 51 6
                                    

Nick setia memandang ke arah TV yang terpampang keadaan Farah di salah satu bilik yang berada di situ, masih tidak sedarkan diri.

"Sabar Nick, aku tahu yang Farah kuat" kata Aidil memberi semangat pada Nick.

Manakan tidak, sejak Farah berada di situ, dia tidak sedarkan dirinya walaupun sekejap.

Tumpuan Dark Knight tertumpu ke arah TV tersebut sebaik saja mereka nampak Syafiq masuk ke bilik itu dan duduk di hadapan Farah. Dia menyelak rambut Farah yang menutupi muka lantas diselitkan di belakang telinga.

Syafiq pov

Dah dua hari Farah tidak sedarkan diri, Syafiq mula risau akan kesihatan Farah. Dia risau yang ubat yang digunakan untuk membuat Farah pengsan terlampau kuat sehingga menganggu sistem badan Farah.

Dia menatap muka Farah yang sedang lena itu dan menyelak rambut Farah yang menutupi muka ke belakang.

Pandangannya beralih ke tangan Farah yang masih diikat itu. Dia mahu lepaskan ikatan itu tapi dia takut yang Farah akan pergi dari situ. Dia berdebat dengan dirinya sendiri dan memutuskan untuk melepaskan ikatan pada lengan Farah.

Dia dengan perlahan melepaskan ikatan tersebut dan membuang jauh tali yang mengikat Farah. Secara tiba-tiba, dia terkejut melihat Farah yang menyepaknya dan membuatnye jatuh ke belakang dan terduduk di lantai.

Farah memegang pergelangan tanganya yang sakit itu sambil tersenyum sinis memandang Syafiq yang masih terkejut.

"Terkejut? Samala, aku pun terkejut lihat kau masih hidup" kata Farah yang mengikat rambutnya yang serabai itu.

Dia memandang ke arah Syafiq yang bangun dari lantai dan segera bangun dari katil untuk berjaga jaga.

"Tak sangka kita bertemu dalam keadaan macam ni" kata Syafiq yang menyerang Farah.

Farah mengelak serangan Syafiq dan mengambil pisau yang dia letakkan di kakinya dan mengacahkan ke arah Syafiq.

Syafiq tidak takut dengan perkara itu lantas mendekati Farah yang sudah terperangkap di situ.

Farah pula tidak membuang masa lantas menghunus pisaunya di leher Syafiq sehingga mata pisaunya itu mencalarkan kulit Syafiq.

"Kenapa? Kenapa kau boleh jadi macam ni Syafiq? Mana Syafiq yang aku kenal dulu?" tanya Farah yang tidak percaya Syafiq yang berada di hadapannya itu bukan Syafiq yang pernah dia cinta sampai mati dahulu.

"Kau yang buat aku jadi macam ni" kata Syafiq yang menolak Farah jauh ke belakang sehingga Farah terlepas pisau di genggamannya.

"Kau yang curang dengan aku. Sapa Nick? Selama aku koma, takde sapa datang jumpa aku. And bila aku sedar je dari koma, aku dapat tahu yang kau dah kahwin dengan Nick. Kenapa Farah? Aku tak cukup lagi ke dalam hidup kau?" tanya Syafiq yang sudah membuak buak kemarahannya.

Dia kecewa dengan Farah yang berani curang selama dia koma, tidak sedarkan diri. Farah melangkah ke arah Syafiq dan memegang pipi Syafiq, mengelap air mata Syafiq yang mengalir.

"Bukan aku yang curang selama ni. Doktor yang rawat kau masa kita masuk hospital bagitahu yang kau tak boleh survive lagi and meninggal dekat situ jugak. Aku dengan Blue Roses tak percaya dengan apa yang doktor tu cakap sebab dari sudut hati kami semua, kami dapat rasakan kau masih hidup.

Bukan salah aku yang aku curang sampai kahwin dengan Nick sebab masa tu semua ingat kau dah takde. Kau dah mati Syafiq" kata Farah dengan lembut.

"Grandpa sembunyikan kau dari aku, dari semua orang. Grandpa buat semua ni sebab dia tak tahu nak bagithau kau dan aku ni adik beradik susuan. Dia tak berani sebab dia nampak betapa erat kita berdua" kata Farah lagi.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now