~99~

407 44 0
                                    

Still flashback,

The Divas yang malu itu lantas meninggalkan tempat itu. Ayuni dan Farah bertepuk tangan gembira dapat menghalau The Divas dari situ.

"Sapa la yang bawak masuk minah haram tu. Bukan ke diorang dalam blacklist" kata Farah yang tidak faham macam mana nama The Diva boleh ada dalam list pelajar yang diundang.

Farah dan Ayuni memandang Aryan dan Nick yang berada di belakang mereka. Memasing pandang tajam ke arah lelaki tersebut.

"Ni semua salah faham je" kata Aryan yang cuba menyelamatkan diriya dari dihentam oleh Ayuni dan Farah.

"Maybe salah faham. Fine. Mana yang lain?" tanya Ayuni dengan tegas. Dia melihat Blue Roses dan Dark Knight sedang elok makan sambil melihat persembahan percuma dari jauh.

"Mampus lho, biar tercekik makanan tu" kata Farah guna mic.

Geram pun ada, kelakar pun ada. Nick dan Aryan memandang ke arah Farah dan Ayuni yang masih tidak mahu bercakap dengannya.

Tiba tiba, Farah berasa sakit kepala yang kuat. Dirinya tidak dapat menstabilkan badannya ketika berdiri terjatuh dan sempat ditangkap oleh Nick. Ayuni turut merasakan perkara yang sama dan segera mendapatkan Farah dengan bantuan Aryan kerana badannya yang lemah.

"Apa yang berlaku ni?" tanya Blue Roses yang baru tiba di situ. Mereka jugak dapat rasakan apa yang Farah dan Ayuni rasa sekarang ni.

"Dia datang" kata Farah dengan perlahan. Angin yang sejuk dengan angin aircond bertambah secara mendadak. Semua di situ dapat rasakan kesejukan angin itu.

Ayuni memandang Farah yang memegang kepalanya yang sakit dan melihat sekeliling. Amelia yang berdiri di belakang Aryan tersenyum sinis pada Ayuni.

Bunyi ngauman harimau kedengaran di situ membuatkan semua di situ berasa ketakutan. Cikgu cikgu sudah balik sejak mula acara makan makan memandangkan acara itu khusus untuk pelajar.

"Dia datang berteman" kata Farah yang memandang ke arah Ayuni.

Ayuni terkedu mendengar perkara itu. Sangat jarang benda tu berlaku dalam hidupnya. Kedengaran bunyi tangisan bayi di dewan itu. Sedu dan slow je bunyinye.

"Arghh" jerit Amelia kesakitan di perutnya. Darah mula mengalir ke bawah kakinya membuat semua orang di situ terkejut.

Jeritan tangisan bayi mula kedengaran semakin kuat lagi sekali dengan jeritan Amelia. Dia memegang bahu Aryan untuk mengsupport dirinya berdiri.

"Lepaskan dia dari tangan kotor kau" kata Ayuni yang menepis tangan Amelia yang memegang bahu Aryan. Akibat tempias itu, Amelia jatuh terduduk di lantai yang di basahi oleh darahnya sendiri.

"Izinkan aku mengawal badanmu, Ayuni" bisikan kecil kedengaran di telinga Ayuni.

Ayuni memejamkan matanya dan menyerahkan dirinya pada suara itu. Tangan Ayuni dipegang erat oleh Farah. Dia tahu sekarang yang Ayuni bertukar badan dengan 'penjaga' mereka.

"Tuan puteri" kata Farah dengan perlahan.

Walaupun mereka keturunan Blue Roses sudah habis keturunan ketujuh untuk saka penjaga mereka tapi masih ada beberapa saka yang setia dan ingin menjaga Blue Roses dengan senang.

"Berehatla Farah" kata tuan puteri itu. Dia mendudukkan Farah dan menyuruh Nick untuk menjaganya. Dia lantas menuju ke arah Amelia yang sedang kesakitan di perutnya.

"Kau patut tahu apa yang kau buat selama ni, Amelia." kata Ayuni yang menekan bahagian perut Amelia dengan kuat.

Semakin banyak darah yang keluar dari celah kaki Amelia. Suara tangisan bayi yang kedengaran dari tadi akhirnya diam. Begitu juga dengan Amelia yang sudah tidak sedarkan diri.

"Apa yang berlaku ni?" tanya Aryan yang pelik bila Ayuni seakan akan mendukung bayi. Farah dapat melihat bayi jin yang didukung oleh Ayuni.

"Amelia, dia selamat bersalin" kata Farah yang cuba bangunkan dirinya. Nick membantu Farah menuju ke arah Ayuni.

Semua orang di situ terkejut dengan apa yang Farah katakan. Bersalin? Sejak bila Amelia yang suci dan cantik tu bersalin?

"Amelia mengandung anak jin. Sebab tu kamu semua dengar bunyi tangisan bayi tu." kata Athirah yang memahami apa yang berlaku.

"Farah, beta berharap Farah dapat ikut beta ke istana sebentar. Bayi ini tak patut berada di dunia ni" kata tuan puteri itu.

Semua di situ pelik dengan apa yang berlaku sekarang ni. Farah memandang ke arah Nick dan mengelus lembut tangan Nick.

"Aku pergi sekejap boleh? Tak lama pun" kata Farah yang ingin mendapat izin dari Nick. "Pergi la kalau itu yang terbaik" kata Nick.

Beberapa minit kemudian, angin yang kuat dan sejuk mula reda. Ayuni dan Farah pengsan dengan serta merta. Nick dan Aryan menangkap badan Farah dan Ayuni yang tumbang itu.

"Korang berdua balik dulu ke rumah. Ieqa, kau ikut sekali diorang berdua. Pastikan Ayuni dan Farah rehat. Kita tak tahu berapa lama diorang tak sedarkan diri" kata Athirah.

Ieqa menganggukkan kepalanya dan segera mengikut Nia dan Aryani balik ke mansion mereka. Nick dan Aryan meletakkan Farah dan Ayuni di katil mereka masing masing sebaik saja sampai di mansion.

"Macam mana benda ni terjadi?" tanya Aryan yang pelik.

Dia pelik bila Ayuni diambil alih oleh sesuatu. Ieqa memandang Nick dan Aryan yang sedih itu mula mengeluh lembut.

"Aku rasa dah sampai masa tuk terangkan apa yang berlaku" kata Ieqa. Muka Nick dan Aryan dipandang silih ganti.

"Kau tahu selama ni?" tanya Aryan. Ieqa mengangguk kepalanya dan mula bercerita.

"Grandma dulu ada penjaga dan dia ada sedikit darah bunian dalam badan dia. Dan Mama Roses keturunan terakhir belah Grandma. Maksudnya Mama Roses keturunan ketujuh dan tuan terakhir penjaga tu" kata Ieqa.

"Penjaga tu sangat rapat dengan Farah dan Ayuni. Dulu, Farah pernah dirasuk sebab ada orang hantar sihir pada Farah dan Ayuni tolong pulihkan Farah dengan benarkan penjaga Mama Roses tu ambik alih badan Ayuni" terang Athirah.

"Wait, dirasuk?" tanya Mieza yang tidak percaya. Athirah, Nureen dan Ieqa mengangguk kepala mereka.

"Betul, Farah disihir sebab kecemburuan orang pada keluarga kita" kata Nureen.

"Sejak dari itu, Farah dan Ayuni dapat kelebihan dimana Farah dapat lihat saka or sihir yang ada pada seseorang manakala Ayuni dapat rasa kehadiran sihir atau ilmu gelap pada seseorang" kata Nureen pula.

"Amelia, dia mengandung anak jin selama ni. Dia tak tahu yang dia mengandung sebab kandungan tu tak beri apa apa effect negatif pada Amelia" kata Athirah.

"Betul ke benda ni?" tanya Aryan yang tidak percaya.

Amelia orang yang dipuji baik dan pandai menjaga maruah diri rupanya sudah tercemar.

"Tapi macam mana dia boleh mengandung? Anak jin pulak tu" kata Aidil yang tidak percaya.

"Sama ada Amelia dirogol oleh jin ketika dia tidur or dia bersetubuh dengan seseorang yang mempunyai penjaga macam hantu raya" kata Nureen dengan serius.

Bulu roma Dark Knight meremang mendengar perkara itu. Sapa je yang sangka, kita boleh mengandungkan anak jin.















*Jalan cerita beberapa bab tentang sihir dan sewaktu dengannya merupakan cerita betul dari apa yang sis baca dan dengar sebelum ni. Semua ni kisah benar*













TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now