*67*

887 46 4
                                    

Malam yang sunyi dan tenang, di mana semua orang sedang berada di alam mimpi. Farah bangun dari tidurnya dan bersiap dengan cepat. Dia membuka almarinya dan mencapai beg galasnya serta hoodie gelapnya yang pernah dia gunakan masa dulu.

Farah memandang ke arah cermin yang ada dan melihat anak matanya yang bertukar merah. Dia mengleuh lemah sebelum dia mengambil beberapa hoodie milik Nick dan diletakkan ke dalam beg galasnya.

"Sorry Nick, aku terpaksa tinggalkan kau dengan yang lain. Aku tak kuat kalau kau tengok aku lemah macam dulu" kata Farah yang lantas keluar dari biliknya itu. Dia menuju ke bilik Hazim yang kosong sebelum mengambil beberapa baju Hazim yang ada di situ.

"Bye" kata Farah yang menutup pintu bilik Hazim dengan perlahan. Dia tidak mahu Nureen ataupun Athirah terjaga mendengar bunyi pintu memandangkan bilik mereka berdua dekat dengan bilik Hazim. Dia lantas menuju ke bilik anaknya, melihat puterinya buat kali terakhir.

"Mama"

Farah lantas mendapatkan Airin yang mengigau itu. Farah lantas mengendong Airin dengan perlahan tanpa membangunkan yang lain.

"Shhh, sayang mama. Tidur dengan nyenyak ye sayang" kata Farah yang mendodoikan Airin yang mengigau seakan bermimpi ngeri itu.

Sebaik saja Airin tidur lena, Farah meletakkan Airin semula di katilnya bersama Ain. Selimut ditarik menutupi anaknya agar tidak kesejukan.

"Maafkan mama sayang. Mama kena pergi tinggalkan sayang. Mama harap sayang tak susahkan papa macam mana mama susahkan papa dulu. Sayang kena kuat untuk mama eh, jaga papa dan diri kamu sendiri. Jadi puteri mama yang kuat, ye sayang" kata Farah yang mencium ubun ubun Ain dan Airin itu.

Tidak lupa jugak dia mengambil beberapa baju Ain dan Airin dan disumbatkan ke dalam beg galasnya. Dia menyarungkan penutup hoodie itu di kepalanya lantas keluar dari rumah itu. Dia memandang jam di tangannya yang sudah menunjukkan jam 4.30 pagi.

Dia segera keluar dari mansion itu dengan berhati hati. Dia menggunakan laluan belakang yang khusus untuk pembantu pembantu atau pekerja di situ gunakan untuk masuk bertugas. Farah menuju ke kereta yang sudah menunggunya di situ.

"Jom gerak" kata Farah yang masuk ke dalam kereta itu. Dia memandang KK dan Hantu yang sudah berada di dalam kereta tersebut. KK lantas memandu pergi dari mansion itu dengan cepat tanpa sesiapa curiga.

***

"Mana Farah?" tanya Nick yang bertanya pada Blue Roses yang sedang duduk berkumpul di dapur.

"Tak de pun dekat sini, mungkin dekat bilik anak kot?" teka Nureen yang menyiapkan sarapan mereka semua.

"Takde, semua tempat dia takde ni" kata Nick yang risau itu.

"Cuba telepon dia" kata Ieqa yang terkejut itu. Nick lantas menelefon Farah namun tidak diangkat walaupun berkali kali Nick telefon.

"Still tak angkat jugak, telefon dia off" kata Nick yang risau.

"Sabarla Nick, mungkin dia keluar jejalan ke pepagi ni. Macam kau tak biasa dengan dia" kata Ayuni yang cuba tenangkan suasana.

"Tak, biasanya dia mintak izin aku tak pun mesej aku dia pergi mana. Ni tak, satu mesej pun takde" kata Nick yang risau itu.

"Nick, aku tahu yang kau ni risaukan Farah tapi please jangan buat perangai lama kau. Aku tak nak kau putus asa bila Farah takde. Kau bukan seorang, kau ada tanggungjawab besar. Ain dan Airin tu puteri kau dengan Farah, jangan abaikan mereka berdua kalau Farah takde" kata Athirah yang menasihati Nick.

"Aku tahu Farah mesti ada sebab kalau dia hilangkan diri kalini. Walau apa pun alasan dia, kau kena kuat. Ain dan Airin perlukan kau sama macam kitaorang semua perlukan Farah." kata Nureen jugak.

"Papa"

Nick memandang ke arah Ain dan Airin yang berlari menuju ke arahnya berserta anak anak yang lain dan Dark Knight. Nick lantas memeluk Ain dan Airin dengan kuat.

"Mana Farah?" tanya Aryan yang tidak melihat kelibat Farah.

"Kita bincang lain kali please, bukan depan anak anak" kata Ayuni yang memberi petunjuk pada Dark Knight.

Blue Roses membuat sarapan mereka semua manakala Dark Knight memandikan anak anak mereka. Susah untuk percaya yang Farah pergi meninggalkan mereka tanpa pesan dan mengejut seperti itu.

"Kau rasa kenapa Farah buat macam tu?" tanya Ayuni yang masih memikirkan keberadaan Farah.

"Lepas ni kita suruh Hunter dan Shadow datang sini lepas Dark Knight hantar anak kita dekat taska." kata Ieqa yang menyiapkan meja makan.

Tak lama kemudian, Dark Knight tiba dengan anak mereka. Mereka lantas sarapan bersama sama walaupun mereka berasa kosong, kosong tanpa kehadiran Farah yang merupakan leader mereka walaupun tidak sedar.

"Mommy, mama mana?" tanya Ain kepada Ayuni. Seakan tahu yang Farah hilang, Ayuni memandang Blue Roses sebelum memadang semula Ain yang hampir mirip dengan Nick.

"Mama ada kerja sayang. Dia ikut uncle Hantu dengan uncle Kyky pergi naik kapal terbang. Nanti mama datang balik ye sayang" kata Ayuni yang tidak tahu nak terangkan apa dekat si kecil itu.

"Ohh, bila mama balik?" tanya Ain lagi.

"Mommy pun tak tahu, tapi mama cakap kalau Ain dengan Airin tak nakal, tak susahkan papa nanti mama balik cepat. Ain tak nakal kan?" kata Ayuni yang menasihati anak buahnya sekaligus. Ain mengangguk setuju, dia lantas mendapatkan kembarnya dan beritahu Airin apa yang dia tahu.

"Amboi, anak papa ni. Cerita pasal apa ni?" tanya Nick yang duduk menyampuk mereka berdua yang bercerita.

"Mommy cakap yang mama ikut uncle Kyky pergi naik kapal terbang" kata Ain.

"Betul ke papa?" tanya Airin yang tidak percaya.

"Haah, mama ikut uncle Kyky naik kapal terbang nun jauh dekat atas awan. Nanti kalau mama dah siap kerja dia, mama turun dekat sini" kata Nick yang hanya mengikut saja.

Dia tahu yang Ayuni cakap begitu dekat mereka supaya mereka tidak tahu punca kehilangan Farah yang sebenar.

"Mommy cakap mama taknak jumpa kitaorang kalau kitaorang nakal" kata Airin dengan sedih.

"Mana ada, anak papa kan tak nakal. Kalau Ain dengan Airin nakal, mama taknak jumpa dengan Ain dan Airin lagi." kata Nick yang cuba menakutkan anaknya itu.

Pin... pin....

"Tu bas sekolah dah sampai dah. Pergi ambik beg sekolah ok" kata Nick yang menunjuk ke arah sofa. Ain dan Airin lantas mendapatkan beg sekolahnya dan menyalami semua orang sebelum mereka berdua dan yang lain naik ke bas sekolah mini untuk ke taska.

"Jaga diri tau, jangan nakal nakal" pesan Athirah pada anak anak. Blue Roses melambai anak anak mereka yang pergi dari situ.

"Dah telepon Hunter dengan Shadow?" tanya Nureen pada Dark Knight.

"Dah, mungkin 10 minit lagi diorang datang" kata Aidil yang memegang telefonnya, yang baru selesai menghubungi Hunter.




















TO BE CONTINUE~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now