~103~

428 41 5
                                    

"Argh....... Satu per satu plan aku tak menjadi. Dia fikir dia tu sapa? Tuhan ke" ngamuk Amelia apabila plannya untuk menyihir Ayuni tidak berhasil.

Hasilnya, dia melihat Ayuni ke pejabat Dark Knight bersama sama Blue Roses dalam keadaan sihat walafiat je tanpa sebarang sakit beberapa hari lepas dia menyihirkan perempuan itu.

"Takkan ada cara lain untuk bunuh kau. Kalau kau kebal sangat, aku terpaksa ambil Aryan guna cara aku sendiri." kata Amelia yang sudah bersiap siap untuk menuju ke rumah penyihir itu aka pakcik tua.

Dia sampai saja di sana, tanpa sebarang salam atau kata, dia menceroboh masuk ke dalam rumah orang tua itu tanpa adab.

Perasaan sakit di hatinya tidak mampu ditahannya lagi. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah satu je. Tengku Aryan Shah.

"Ada apa awak cari saya lagi?" tanya pakcik tua itu sambil tersenyum sinis melihat cara pemakaian Amelia yang blouse ketat dan mini skirt sendat.

"Kenapa pakcik tak bunuh je Ayuni? Macam mana Ayuni tu boleh hidup lagi?" marah Amelia yang berpusing kedepan ke belakang memikirkan perkara itu.

"Kan pakcik dah kata dekat kamu yang Ayuni ni ada gunakan saka dalam hidup dia" kata pakcik itu.

"Sihir pakcik tak dapat bunuh dia sebab saka dia berjaya halang sihir pakcik dari terus bunuh dia" kata pakcik itu.

"Saya tak kira la dia ada saka ke tak. Sekarang ni, saya dah takde cara lain. Saya nak pakcik buatkan Aryan suka dekat saya seorang saja" kata Amelia dengn geram.

Dia seakan sudah hilang akal warasnya hanya untuk mendapatkan cinta Aryan saja. Pakcik tua itu mengangguk faham.

"Tapi macam biasa, pakcik perlukan duit muka dulu" kata pakcik tua itu. Amelia lantas mencampakkan segala duit yang dia ada kepada pakcik tua itu.

Pakcik tua itu mengira duit yang diberikan oleh Amelia. RM 800 ditangannya membuatkan dia gembira namun itu masih tidak cukup baginya.

"Kamu tahu sebenarnya apa yang pakcik mahukan" kata pakcik tua itu membuatkan Amelia tersentak. Dia lantas menanggalkan pakaiannya dan duduk di hadapan pakcik tua itu.

"Buat seperti yang dibayar" kata Amelia sebelum merelakan dirinya bersetubuh dengan pakcik tua itu berkali kali.

Beberapa hari kemudian,

"Weee minah, aku rasa tak sedap hati ni" kata Ayuni yang memegang tekaknya yang tiba tiba terasa sakit. Farah melihat ke arah Ayuni yang bermuka pucat.

"Weh nyah, kau dah kenapa ni? Kenapa pucat sangat muka kau ni? Kau tempek berapa banyak bedak siak dekat muka kau" kata Farah dengan risau.

"Hotak kau bedak. Aku nak pakai makeup pun tak larat sejak kebelakangan ni" kata Ayuni.

Tiba tiba Ayuni batuk berat. Dia yang menekup mulutnya dengan tapak tangan terasa cairan panas yang keluar dari mulutnya.

Bila ditengok, darahnya yang bercampuran dengan rambut membuatkan dirinya dan Farah terkejut besar. Ini bukan benda main main dah sampai keluar darah dan helaian rambut.

"Weh, aku rasa benda ni bukan main main lagi dah. Orang tu dah start permainan dia" kata Farah yang membasuh tangan Ayuni yang kotor itu.

"Aku nak jumpa Aryan sekarang" kata Ayuni sambil bangun dari kerusi kerjanya. Farah membantu Ayuni bantu dan keluar dari pejabatnya.

Mereka berdua lantas menuju ke syarikat Dark Knight untuk berjumpa dengan Aryan. Sesampai saja di sana, alangkah terkejutnya Ayuni dan Farah apabila melihat Aryan yang terbaring di sofa separuh sedar dan Amelia yang berada di atas Aryan sambil bajunya yang terbuka separuh.

Ayuni dan Farah lantas mendapatkan Aryan dan Amelia itu. Farah menarik rambut Amelia dan membawa Amelia ke hujung pejabar Aryan manakala Ayuni berurusan dengan Aryan.

"Aryan, kau dah kenapa ni?" tanya Ayuni yang memegang jaket Aryan dengan kuat. Air matanya cuba ditahan dari terus mengalir.

Aryan memandang Ayuni dengan pandangan kosong kerana dirinya sudah diberikan minyak pengasih oleh Amelia sebelum Ayuni dan Farah tiba di situ.

"Kau jahat Aryan" kata Ayuni yang memukul dada Aryan. Aryan yang rimas dengan perkara itu menangkap tangan Ayuni dan dilepaskan dengan kasar ke tepi.

"Sapa kau nak halang aku? Kau bukannya isteri yang baik pun bagi aku. Selama ni, Amelia sorang je yang layan aku baik. Dari kau, tiada satu pun yang aku suka pasal kau" kata Aryan dengan tegas.

Tersentak Ayuni di situ, dilempangnya Aryan sekuat hatinya. Namun dia tahu yang Aryan bukan dalam mindanya kerana dia dapat rasakan yang Aryan diguna gunakan oleh Amelia.

Farah yang mengheret Amelia ke penjuru melempang Amelia sekuat hatinya. Kalau diikutkan hatinya, sekarang jugak dia ingin bunuh Amelia di situ juga.

Namun dirinya ingin berubah. Dia tidak mahu terlibat dalam kerja lamanya dulu. Muka Amelia yang gila itu dipandang sebelah mata.

'Ni rupanya muka si psycho' bisik hati Farah. "Kau dah kenapa nak tampar aku" kata Amelia yang memegang pipinya yang sakit itu.

"Itu sebagai bayaran kau untuk aku. Penat la cakap dengan perempuan psycho macam kau" kata Farah dengan selamba.

"Psycho? Bukan kau ke yang psycho? Tinggalkan Nick dan anak anak kau semata mata nak curang dengan Nick dekat belakang dia? Bukan seorng dua, tapi ramai lagi lelaki yang kau tidur bersama" kata Amelia dengan gembira. Dia cuba mencabar kesabaran Farah.

"Aku at least aku 'tidur' dengan diorang pun takde la sampai mengandung anak jin semua ni bagai. Bagitahu aku, dekat mana eh kau gugurkan kandungan kau selama ni? Setakat ni, aku rasa dalam lima kali kau mengandung kan. Kuat eh kau, mengandung gugur mengandung gugur. Tak sakit k-"

Belum sempat Farah selesai bercakap, Amelia melempang Farah sekuat hatinya. Farah memegang pipinya yang sakit itu. Dia menjilat hujung bibirnya yang berdarah itu sambil tersenyum gila.

"Itu je? ITU JE KE YANG KAU BOLEH BUAT" sentak Farah membuatkan Amelia jatuh ke belakang. Tidak disangkanya yang Farah boleh jadi macam itu sekali.

Dia cuba mengesot dirinya ke belakang. Cuba untuk larikan diri dari Farah namun dihalang dengan dinding. "Kenapa? Takut? Tadi buat maksiat tak takut pulak?" sindir Farah sambil mendekati Amelia.

Jelas kelihatan yang Amelia mengigil ketakutan memandang Farah yang merendahkan badannya paras dirinya dan memegang wajahnya dengan kuku tajamnya.

"Lain kali kalau aku cakap, jangan berani berani nak hentikan aku. Dengar apa yang aku nak cakap" kata Farah sebelum melepaskan muka Amelia dari cengkamannya.

Dia lantas berdiri dan memandang Ayuni dan Aryan dari jauh. Dia dapat melihat sesuatu bertengek di kepala Aryan membuatkan Aryan tidak sedar apa yang dia katakan.

"Aku bagi warning dekat kau. Jangan buat benda yang melebihi limit kau sendiri" kata Farah sebelum melempang Amelia sekali lagi sebelum menuju ke arah Aryani.










TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now