RC: Blue Roses vs PKP

276 19 9
                                    

Di pagi hari yang cerah dan mendung,

"WOIII"

Athirah dan Nureen yang menikmati sarapan mereka di taman mini tersentak dengan jeritan Ayuni dari dalam rumah. Athirah nyaris tersembur air kopinya manakala Nureen sudah terpelanting pisau butternya ke tanah.

"Haih, memang tak matang lagi ke budak bertiga ni" kata Athirah yang mengelap pipinya yang terkena air kopi tadi. Nureen mengambil semula pisau butter itu dan diletakkan di tepi. Roti kayanya dimakan.

"Bukan kau tak kenal minah bertiga tu. Kena ada salah seorang dari mereka tak buat hal, aman hidup kita" kata Nureen yang menikmati rotinya. Kekecohan dalam rumah tidak lagi menarik perhatian Athirah dan Nureen di luar rumah itu.

Beberapa minit kemudian, suasana sunyi dari dalam rumah. Tiada lagi jeritan Ayuni dan Ieqa bertengkar satu sama lain. Tiada bunyi kerusi, meja, pingan, mangkuk berlaga. Seakan rumah itu sudah tidak berpenghuni lagi.

"Diam dah" kata Athirah yang menyambung menikmati paginya itu dengan tenang. "Wahai makhluk hidup dekat luar sana tu, baik korang masuk sekarang jugak. Sekarang ni takde istilah beristirehat kat luar" jerit Farah dari pintu belakang rumah.

Nureen dan Athirah hanya mempu gelak saja sebelum mereka berdua mengemas meja dan masuk ke rumah dengan selambanya. Mereka melihat Farah, Ayuni dan Ieqa yang sudah macam mayat hidup di ruang tamu.

"Amboi, baru first pkp dah terbuntang macam ni. Cuba kalau pkp ni tak habis sampai korang mati. Sah sah korang mati dulu sebelum pkp dihentikan" gurau Nureen yang mampu tergelak kecil melihat mereka bertiga.

"We, aku la kan. Kalau boleh bunuh kau dekat sini, dah lama aku bunuh. Tapi aku kesiankan laki kau la. Nanti sapa nak layan keloadingan dia kalau bukan kau kan, reen?" kata Ayuni yang bermain telefonnya. Nureen lantas mencampakkan bantal kecil ke arah Ayuni.

Headshot

Balingan Nureen yang terkena tangan Ayuni yang memegang telefon terlepas dan menyebabkan telefon tersebut terjatuh tepat pada muka Ayuni.

"TENGKU NUREEN CAMILIA"

Ayuni lantas bangun dari baringannya dan mengejar Nureen yang sudah menyelamatkan dirinya. Farah dan Ieqa hanya memandang saja dan hanya mampu menghiraukan saja perkara yang berlaku. Athirah yang melihat mereka berdua tidak aktif seperti biasa mula berasa curiga.

"Farah, Ieqa? Korang berdua ni dah kenapa? Nak cakap kena 'hisap' dengan jin ke saka ke takde pulak. Ni dah kenapa lemah macam rumpai laut ni?" tanya Athirah. "Aku bosan siak, hari hari tengok muka korang je. 24/7 jam aku tengok muka korang terutama sekali Ayuni. Naik muak aku" kata Ieqa yang mengeluh.

"Habis tu kau nak buat apa? Pergi kerja sana?" teka Nureen. "Haah, aku punya fail kerja tu boleh melebihi tahap kebodohan Ayuni" kata Farah yang mengeliat lemah. "Aku tak kisah kalau korang nak pergi kerja ke apa ke tapi sekarang ni zaman pandemic. Kita kena duduk dekat rumah" kata Athirah yang menasihati mereka bertiga yang tak mahu berjauhan dengan kerja mereka.

"Pkp ni kan tak ketat sangat. Kita still boleh keluar rumah" kata Ayuni yang terbaring di sebelah Farah sambil menarik nafas. Habis satu rumah tu dia kejar Nureen. "Tunggu je la beberapa minggu lagi. Kes pun dah tak banyak macam 2 minggu lepas dah" kata Nureen yang redho.

Beberapa minggu kemudian,

Blue Roses dan Dark Knight mengambil kesempatan untuk keluar bersama ke taman riadah memandangkan pkp sudah ditarik balik. Farah dan Ayuni sudah menghilangkan diri mereka kerana sudah lama tidak menghirau udara yang tercemar.

"Weh Ayuni, tengok tu" kata Farah yang menunjuk kea rah rumpai laut yang ada di dalam tasik itu. Ayuni dan Farah sama sama melihat rumpai laut itu dan seronok rasanya. "Weh, apa nama benda tu?" tanya Ayuni.

"Agar-agar" kata Farah dengan yakinnya. "Tu bukan agar-agar kak oii. Tu rumpai laut" kata Aryan dari belakang. Risau gak bininya itu dah tak betul duduk dekat rumah lama lama. "Betul la tu agar-agar" kata Ayuni yang back-up Farah.

Aryan menepuk dahinya dengan tabah melihat dua orang dungu di depannya. "Tu bukan algae ke" kata Ieqa yang tiba di situ. "Itu bukan algae, yang korang cuba nak gay kan benda tu dah kenapa" pasrah Aryan melayan tiga sepupu itu.

"Yan, aku tahu kau tidur time bio dekat kelas tapi benda tu algae NGOK! Algae tu nama kingdom dia, rumpai laut tu nama sebenar dia" kata Ayuni dengan bangganya. "Betul la apa yang aku cakap, tu rumpai laut. Agar agar tu makanan" kata Farah yang betul. Perempuan sememangnya betul.

"Ya tuhanku, kenapa aku dapat bini dengan sepupunya yang bangang"

"Sabarla Yan, pengajaran tuk kau" kata Mieza yang memberi bantuan mental pada Aryan. "Biar la, diroang tu dah lama terperap dekat rumah. Sekali sekali jadi bodoh tak salah" kata Nick lagi.

Ayuni, Farah dan Ieqa lantas pergi ke titi kecil yang dibina di tepi tasik itu. Mereka melihat ikan ikan yang ada dalam tasik itu dengan jelas. "Weh, ikan tu kepala bengkak siak" kata Ieqa yang menunjuk ke arah ikan emas jambul merah.

"Weh, dia mesti taraf Elbert Einstein, otak dah la besar" kata Ayuni lagi yang kajum melihat ikan itu. "Weh, ikan tu memang spesies dia macam tu la bodoh" kata Farah. "Dah tu, apa nama ikan tu?" tanya Ieqa yang cuba mengugut Farah.

"Ikan emas berjambul" kata Ayuni dengan selamba. "Betul tu" kata Farah yang setuju dengan Ayuni. Tak lama kemudian, mereka berdua duduk di lantai titi itu. di bawah penghadang itu terdapat beberapa kuntum bunga lily yang tumbuh di situ.

"Sapa sentuh daun dekat bawah tu, dia yang menang" kata Farah. Ayuni memulakan cabaran itu, diturunkan tangannya sebelah dan cuba mengapai daun itu namun tidak berjaya. Begitu juga dengan Ieqa yang dikenali dengan tangan terpendek.

Time giliran Farah, Ayuni menolak bahu Farah sehingga Farah hilang imbangan dah kepalanya terkena penghadang. "Babih, la kau ni. Sakit kepala aku" kata Farah yang mengusap bahunya yang sakit itu. Jeritan kecil Farah menarik perhatian Mieza, Nick dan Aryan yang tidak jauh dari mereka bertiga.

"Lah, macam mana minah bertiga tu boleh ada dekat sana?" tanya Mieza yang cuak. Mereka yang rancak berborak tidak sedar yang isteri mereka sudah jauh menjelajah. Mereka bertiga lantas mendapatkan minah bertiga itu.

"Ni dah kenapa ni?" tanya Nick yang risau. "Ayuni ni la, dah tak tangan pendek, ada hati nak bunuh aku dekat sini" kata Farah yang acah nak tumbuk Ayuni. Kepalanya masih sakit lagi tapi bahunya diurut.

"Dah, memacam la korang bertiga ni. Dah kenapa korang duduk dekat lantai ni?" tanya Aryan yang pelik melihat mereka bertiga duduk di lantai. "Oh, saja." kata Ieqa dengan selambanya.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now