Aryan berbincang dengan Dark Knight dan Blue Roses tentang perkara yang patut dilakukan dekat Amelia yang mengandungkan anak Aryan.
Lepas kehilangan Farah dan Ayuni dalam hidup mereka, mereka cuba untuk menjadi kuat dan berkerjasama antara satu sama lain.
"Aku pelik la kan, macam mana kau boleh pregnant kan minah tu sekali sedangkan kau dengan ayuni buat banyak kali pun tak dapat" kata Ieqa. Satu tamparan manja dari Mieza diberikan pada Ieqa.
"Mulut tu cuba jangan kotor sangat." kata Mieza yang mengelengkan kepalanya. "Kau yakin ke tu anak kau, Aryan? Cuba kalau bukan?" tanya Nureen yang dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan perkara itu.
"Aku sendiri pun tak ingat. Betul ke tu anak aku or dia just gunakan baby tu untuk perangkap aku" kata Aryan yang keliru.
Athirah cuba untuk memikirkan jalan keluar dari masalah Aryan namun tidak berjaya. Pasti akan ada satu step dapat merosakkan rancangannya.
"Apa kata kita bawa Amelia tinggal dekat sini"kata Nick yang memberikan idea. Dark Knight dan Blue Roses terkejut apabila mendengar perkara itu. Manakan tidak, itu antara idea paling gila.
"Apa yang kau merepek ni Nick?" tanya Qalif yang pelik. "Macam ni, kita bawak balik Amelia tinggal dekat sini. Tak lama pun, dalam 4 bulan lagi memandangkan dia dah 5 bulan pregnant." kata Nick.
"Habis tu, sapa yang nak jaga Amelia dekat sini? Tak ingin aku nak jaga minat tak guna tu" kata Ieqa. "Betul cakap Nick tu. Kita boleh buat ujian DNA pada baby tu dan Aryan" kata Nureen yang menyokong.
"Selama dia tinggal dekat sini, kita kena layan dia baik baik. Jangan sampai lukakan hati dia" kata Nick lagi. "Kalau macam tu, kita kena tambah pembantu la tuk jagakan minah tu" kata Aidil.
"Hah, Aryan. Tunggu apa lagi? Pergi la bagitahu si Amelia tu yang dia boleh tinggal sini sampai dia bersalin" kata Athirah.
Aryan mencapai telefonnya dan menaip mesej kepada Amelia untuk mengemas barangnya dan dia ingin Amelia tinggal bersamanya.
Dia memandang wallpaper telefonnya. Gambar dirinya dan Ayuni di pelamin dengan senyuman gembira membuatkan hatinya menjadi sayu.
Nureen, Ieqa dan Athirah mula berbincang untuk mendekorasikan bilik tetamu untuk Amelia nanti dan mencari pembantu Amelia.
Apabila semua persiapan siap, Aryan membawa Amelia balik ke rumahnya. Amelia terkejut melihat mansion Blue Roses yang mewah dan gah itu.
Alangkah terkejutnya apabila melihat Blue Roses yang sedang minum petang di ruang tamu. Sangkanya, Aryan tinggal berseorangan.
"Kenapa korang boleh ada dekat sini?" tanya Amelia dengan kurang ajar. Blue Roses memandang Amelia dengan senyuman paksa mereka.
"Oh, Aryan. Kau tak bagitahu ke dekat Amelia yang kita tinggal bersama" kata Ieqa yang menyapa Aryan di belakang Amelia. Amelia terkejut melihat Aryan yang berdiri di belakangnya bersama beg pakaiannya.
"Eh, Aryan. Ok tak angkat. Maafla, beg berat sikit sebab ada barang baby" kata Amelia dengan lembut. Blue Roses memandang sesama sendiri sambil membuat muka jijik mereka.
"Duduk la dulu dengan Blue Roses. Aku letak beg kau dekat bilik tetamu" kata Aryan yang lantas pergi dari situ. Amelia melangkah model menuju ke ruang tamu dan duduk berhadapan dengan Blue Roses.
"Selamat datang ke Blue Roses mansion. Tempat tinggal Blue Roses dan DARK KNIGHT" kata Nureen dan menekan perkataan Dark Knight.
"Apa maksud kau?" tanya Amelia yang terkejut. "Haah, Blue Roses dan Dark Knight. Kitaorang dah kahwin" kata Athirah.
Dituangnya teh di cawan kosong dan disuakan pada Amelia. "Korang kahwin dengan Dark Knight? Tak caya aku. Tah tah korang ni bibik je dekat sini" kata Amelia dengan angkuh.
"Kita tengok nanti sapa bibik sapa maid" kata Ieqa lantas minum tehnya. "Mana lagi dua orang? Bukan Blue Roses berlima ke? Eh, sorry lupa. Lagi dua dah mati" sindir Amelia sambil membuat gelak jahat terkepitnya.
Konon control ayu depan Aryan. "Blue Roses akan berlima sampai bila bila" kata Nureen dengan tegas. "Nureen, kenapa kau tengkin dia?" marah Aryan yang baru tiba di situ.
"Aku? Kau nak salahkan aku ke?" marah Nureen. "Bukan macam tu, Amelia kan tetamu kita. Cuba hormat dia" kata Aryan dengan tegas.
"Kami dah balik"
Amelia memandang ke arah pintu dan melihat Dark Knight yang baru balik dari kerja. Blue Roses segera mendapatkan suami masing masing dan bersalaman.
Mereka semua akhirnya berkumpul di ruang tamu bersama Amelia. "Amelia, macam mana keadaan kau sekarang? Ada rasa nak mengidam apa apa ke?" tanya Nick yang menegur Amelia.
'Kiranya memang betul la apa yang rumor time sekolah tu cakap. Blue Roses ni scandal Dark Knight' bisik hati Amelia.
"Hah? Sihat je, setakat ni takde pulak mengidam tapi manala tahu ayah dia ke yang mengidam" kata Amelia sambil memandang ke arah Aryan.
Blue Roses sudah ready untuk mengutuk belakang Amelia tapi lebih afdal kalau kutuk depan muka dia.
"Ayang, saya rasa nak muntah la. Mual pulak tetiba ni" kata Ieqa pada Mieza dengan manja.
Nureen dan Athirah menahan gelak mereka apabila melihat Ieqa tah kena rasuk dengan hantu apa tetiba bermanja dengan Mieza.
"Eh, jangan muntah sini." kata Mieza yang panik. "Tah pe la yang. Muntah dah telan" kata Ieqa lagi. Amelia yang perasan dirinya di sindir oleh Ieqa lantas memberi tatapan tajam padanya.
Ieqa memandang Amelia dengan pandangan megahnya. "Memandangkan kau tinggal dekat sini mulai harini, aku ada sediakan syarat untuk kau. Dengar sini bebaik" kata Ieqa sambil mengeluarkan surat perjanjian.
"Kau kata satu syarat je" marah Amelia. "Bila masa aku cakap satu syarat? Kau dengar tak?" kata Ieqa dan menanyakan pada Nureen dan Athirah.
Nureen dan Athirah mengelengkan kepalanya. Ieqa lantas membaca peraturan di situ.
"Kau boleh pergi memana tempat di rumah ni KECUALI dua bilik master room dekat sebelah bilik kau dan bilik yang berkunci but mostly semua bilik dekat sini dikunci"
"Kau boleh minta apa saja tentang mengidam kau" kata Ieqa. Diserahkan surat perjanjian itu pada Amelia.
"Sign dekat situ dan kau ada hak dekat rumah ni" kata Ieqa yang cuba provok Amelia.
Amelia tanpa segan situ dan tidak reti membaca isi surat itu dia terus menandatangani surat tersebut. Blue Roses memandang sesame sendiri sambil tersenyum sinis.
Amelia tersenyum manis pada Aryan sambil menghulurkan surat tersebut. "Aryan, pergi tunjuk bilik dia buat sementara ni" kata Athirah yang mengarahkan Aryan. Aryan lantas memimpin Amelia masuk ke bilik barunya.
'Tikus sudah masuk ke dalam perangkap'
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...