Nureen dan Athirah pov
"Kurang ajar punya kawan. Berani diaorang tinggalkan kita" marah Athirah yang fokus di depan
Dia tak mahu kantoi dengan Sir memandangkan Sir antara cikgu paling gerun di dunia. Nureen hanya mendiamkan diri saja.
"Sekarang, saya nak kamu buat kerja dari muka surat 15 hingga 18. Kalau tak faham boleh jumpa dengan saya" kata Sir Somu yang duduk di meja guru
Nureen yang sedang membuat latihan tergangu disebabkan kerusinya ditarik dari belakang. Dia lantas memandang Aidil yang menarik kerusinya.
"Kau nak apa kacau aku ni?" marah Nureen
"Mana yang lain? Takkan mereka tak masuk kelas?" tanya Qalif yang duduk di belakang Athirah
"Tak. Mereka tak masuk kelas" kata Athirah yang memandang ke belakang.
Mereka lantas menyambung kerja mereka yang tergendala sampai la Sir Somu berambus dari kelas. Beberapa minit kemudian, muncul tiga ekor beruk masuk dari pintu belakang. Siapa lagi kalau bukan Farah, Ayuni dengan Ieqa yang selamba je masuk ikut pintu belakang.
"Wee, rindu dekat kau" kata Ieqa yang memeluk bahu Nureen
Nureen dengan muka bangangnya memandang Ieqa yang kena sampuk tu.
"Ni Sir kesayangan kau tu ada bagi tugas ke?" tanya Ieqa
"Dia bagi hadiah tuk korang. Dia suruh korang siapkan satu buku ni. Dia nak esok pagi dah ada dekat meja dia" kata Athirah yang memberikan minah bertiga tu buku soalan SPM yang tebal.
"Senang je. Korang buatkan separuh, Farah buat separuh and kitaorang salin" kata Ayuni
"Kepala hotak kau la aku nak bagi kau salin jawapan aku. Buat sendiri la sakai. Sebab tu otak kau lambat berfungsi" kata Farah yang ketuk kepala Ayuni dengan buku latihan addmath tu
"Sakit la sakai. Kau jugak yang bagi dekat aku nanti suruh salin." kata Ayuni yang mengusap kepalanya.
"Korang pergi mana tadi?" tanya Aryan dengan tegas.
"Siapa korang sampai kitaorang kena report semua benda dekat korang" balas Ieqa
"Tah. Korang bukannya suami kitaorang sampai kawal pergerakan kitaorang" sindir Ayuni
"Nanti aku panggil tok kadi then kita kahwin. So lepas ni kau kena report semua benda yang kau buat dekat aku" usik Aryan
"Tak rela aku kahwin dengan kau. Baik aku kahwin dengan prince charming aku" kata Ieqa yang berangan tu
"Perasan lebih" kata Aidil.
"Korang ni boleh tak senyap sikit. Aku nak buat kerja sekolah pun tak senang" marah Nureen yang sedang membuat kerja sekolah.
"Betul tu. Korang ni macam takde kerja sekolah pulak" kata Athirah
Mereka semua lantas membuat kerja sekolah yang ada bila kena marah dengan Athirah. Manakan tidak, mata Athirah sudah bertukar menjadi warna biru.
Blue roses villa
"Bosan sakai" kata Ieqa yang kebosanan.
"Haahla. Kerja sekolah dah siap buat." sindir Ayuni
"Jom keluar" kata Farah yang baru keluar dari dapur
"Nak pergi mana kak oii?" tanya Nureen yang sedang tengok cerita dekat TV
"Gi beli barang dapur le makcik oii. Kau nak makan apa sebab dapur dah kosong" kata Athirah yang backup Farah
"Semua pergi siap. Nak naik satu kereta ke naik masing masing?" tanya Nureen
"Naik masing masingla. Lagipun, aku nak bawa Hazim sekali. Mama kata Hazim merengek nak jumpa aku" kata Farah yang naik ke atas
"Dia rindu mama dia la tu" sakat Ayuni
"Tapikan, kau tak rasa ke yang Hazim tu perlukan kasih sayang seorang ayah?" tanya Nureen yang tengah blur
"Haah la kan. Mesti dia perlukan kasih sayang dari seorang ayah. Tapi Farah tu mana nak bagi Hazim dekat sesiapa pun. Afiq dengan Alif nak pegang pun dia tak kasi lama sangat" kata Ayuni
"Dia trauma lagi nak rapat dengan budak lelaki. Lagipun, apa yang The Divas buat dekat dia bagi kesan dalam hidup dia sekarang" kata Athirah yang sedih
"Dahla. Kalau Farah tahu kita tak siap lagi mesti dia bising" kata Ieqa yang menghentikan perbualan topik itu. Mereka lantas bersiap untuk keluar shopping.
'Maafkan aku sebab libatkan korang semua. Aku akan balas dendam dekat The Divas tanpa bantuan korang' bisik hati Farah yang terdengar perbualan mereka
Aeon mall
"Korang nak pergi mana lepas ni?" tanya Farah yang mengisi barang dapur ke dalam bonetnya.
"Kita round satu mall nak? Cuci mata sikit tengok apa yang ada dekat dalam" kata Ieqa
"Kau nak cuci mata tengok barang ke tengok laki?" usik Ayuni
"Jomla. Kang aku tinggalkan korang dekat sini pulak" kata Nureen yang pergi bersama yang lain meninggalkan Ayuni dengan Ieqa.
"Gaiss, jom tengok wayang. Citer Jumanji" kata Ayuni yang berhenti di wayang.
"Korang pergi la. Aku tak ikut kot sebab aku takut Hazim kesejukan" kata Farah yang mengendong Hazim
"Kenapa aku boleh lupa anak buah aku ni" kata Ayuni yang menepuk mukanya
"Kau takpe ke sorang? Aku risaukan kau je" kata Athirah
"Takpe. Hazim kan ada dengan aku so korang pergila" kata Farah yang mengelap air liur Hazim.
"Okla kalau macam tu. Nak jumpa dekat mana nanti?" tanya Ieqa
"Dekat café biasa. Aku gi jejalan dulu. Tata" kata Farah yang melambai tangan Hazim
"So sapa nak beli tiket?" tanya Ieqa sebaik saja Farah pergi dari situ
"Kau cadang, kau pergi beli" kata Nureen pada Ayuni
"Ok. Bagi sini duit" kata Ayuni yang menghulurkan tangan minta sedekah dekat mereka bertiga
Ayuni lantas beratur beli tiket manakala yang lain pergi beli popcorn dan air. Sebaik saja habis beli tiket, Ayuni melilau cari yang lain.
"Auch" adu Ayuni apabila dilanggar dari belakang. Dia memandang lelaki yang melanggarnya dengan geram
"Buta ke sampai langgar orang. Kalau badan tu lembut takpe la jugak. Ni keras macam kayu" rungut Ayuni yang mengusap lengannya yang sakit
"Kau lagi? Takde orang lain ke aku nak langgar." kata Aryan yang terlanggar Ayuni tadi
"Oh shit. Korang buat apa dekat sini? Menyemakkan pemandangan je" kata Ayuni
"Kau datang sini tengok movie ke cuci mata tengok laki?" sindir Mieza
"Amboii, bukan main lagi sindir orang. Dia tu buat apa je dekat sini? Takkan la cuci mata kot" kata Ieqa dari belakang
"Dahla. Jom masuk dulu. Diorang tengah tunggu GF diorang la tu" sindir Athirah yang menyampah.
"Yang kita duduk sini buat apa? Jomla masuk, movie dah nak start" kata Aidil sebaik saja Blue Roses pergi
"Korang gi dulu. Aku nak pergi tandas jap" kata Nick yang menghulurkan popcorn pada Qalif
"Cepat sikit kang lambat takleh repeat balik" kata Qalif sebelum gerak dari situ.
TO BE CONTINUE~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...