KRING......
"Argh mengacau jela jam ni" kata Ayuni yang menutup jam penggera di telefonnya. Bila ditengok balik sekarang baru pukul 3 pagi.
Dia memandang sekeliling dan berasa aura di biliknya itu terasa lain. Seakan ada sesuatu yang memerhatikan dirinya di situ.
Kaki dan tangannya terasa lemah seakan dipukul oleh seseorang. Dia juga terasa ingin muntah namun tidak dapat dibuang muntahnya itu.
Bulu romanya meremang. Dia cuba tenangkan dirinya namun tidak berjaya. Dia memandang Aryan yang tidur lena di sebelahnya.
"Aryan" kejut Ayuni tapi tiada balasan dari Aryan. Seolah olah, dirinya tiada di situ. Dia lantas menelefon Farah di bilik sebelah.
"Hmm, nak apa call memalam ni" kata Farah yang mamai.
"Farah, aku tak sedap hati ni. Kita jumpa jom, dekat bilik tu" kata Ayuni. Farah membalas 'hmm' saja sebelum menamatkan panggilan itu.
Ayuni bangun dan menyelimuti Aryan sebelum keluar dari biliknya. Dia melihat Farah yang sudah berada di depan bilik yang dikatakannya sambil mamai.
Dia mula mendekati Farah dengan perlahan. Manakan tidak, Farah berpakaian serabai dan selekeh dengan baju merahnya yang ada kesan kotoran kecil. Aura yang diberikan Farah jugak terasa lain seperti biasanya.
"Weh nyah, sebelum tidur kau buat apa je dengan Nick sampai pakai baju tak betul ni" kata Ayuni yang melihat baju Farah yang serabai.
"Ish kau la pasal. Aku dah la pakai singlet je time tidur. Yang gi suruh ke sini nak buat apa" kata Farah yang mamai. Jelas sekali Farah tidak membuka matanya ketika bercakap dengan Ayuni.
"Tak, aku rasa lain macam je time ni. rasa macam ada something akan berlaku dekat aku" kata Ayuni. "Perasaan kau je kot nyah" kata Farah.
"Wee, kenapa badan kau banyak lebam lebam ni?" tanya Farah yang baru tiba di situ. Ayuni terkejut apabila melihat Farah yang tiba di situ.
Dia perlahan menjauhkan dirinya dari 'Farah' di sebelahnya namun terlambat. Lembaga itu berubah bentuk dan mencekik Ayuni menyebabkan Ayuni terbaring di lantai.
Lembaga itu terus mencekik Ayuni menyebabkan Ayuni tercungap cungap. Farah lantas mendekati Ayuni dan lembaga itu namun tidak berhasil bila dirinya terasa dihalang oleh sesuatu.
"Siapa yang hantar kau? Apa yang kau cuba buat sekarang ni?" tanya Farah yang cuba menghalang.
"Tak kira sapa yang hantar aku, aku kena bunuh perempuan ni sebab mengacau hidup tuan aku" kata lembaga itu dengan keras.
Kedengaran bunyi suara kanak kanak di situ. Farah melihat lembaga itu kebelakang seakan ditolak. Dia segera mendapatkan Ayuni yang sudah sesak nafas.
Farah lantas membaca ayat ayat suci dan menghalau lembaga itu pergi dari rumah mereka. Sebaik saja lembaga itu tidak mengacaunya, dia memapah Ayuni ke bilik terdekat.
Diletakkan Ayuni di katil dan segera mengambil kain basah dan dituam ke lebam bekas cekikan lembaga itu.
"Tunggu sampai aku jumpa kau minah. Kau berani main benda sihir ni untuk dapatkan dia." lata Farah dengan nekad. Dia menjaga Ayuni sehingga terlelap dimana kepalanya beralaskan katil dan badannya di lantai.
Keesokannya,
"Mana Farah?"
Nick memandang ke sebelahnya untuk mencari Farah namun tiada. Dia berasa pelik kerana Farah jarang bangun awal darinya kecuali ada perkara yang penting untuk dilakukannya.
Dia lantas menyiapkan dirinya dan keluar dari bilik. Sedang dia turun tangga, Aryan datang mendekatinya. "Kau nampak tak Ayuni?" tanya Aryan dengan nada risau.
"Aku tak nampak pun Ayuni. Farah pun takde dekat bilik dia" kata Nick.
"Mana pulak diorang berdua ni? Takkan dah pergi kerja kot" kata Aryan.
"Mungkin" balas Nick pendek. Mereka berdua tiba di ruangan makan. Di situ hanya ada Athirah, Nureen dan Ieqa saja.
"Korang nampak tak Farah dengan Ayuni?" tanya Nick pada yang lain.
"Takde pulak. Nak cakap ada meeting penting macam takde je" kata Ieqa memandangkan mereka bertiga selalu bertiga dalam uruskan hal syarikat.
"Diorang pergi mana pulak harini?" tanya Nureen dengan perlahan. Jarang la Farah dan Ayuni pergi berdua tanpa bagitahu salah seorang dari mereka.
Selesai saja sarapan, Dark Knight lantas bergerak ke pejabat manakala Blue Roses duduk di rumah memandangkan mereka mahu berehat salama sehari ni.
Anak anak mereka dihantar ke rumah orang tua mereka memandangkan kerja mereka yang agak sibuk di pejabat menyukarkan mereka untuk menjaga anak anak mereka.
Ayuni yang tersedar merasakan basah di lehernya. Dia mengambil benda itu yang merupakan kain basah. Dipandang sebelahnya melihat Farah yang terlena di tepi katil.
Dia lantas mengejutkan Farah. Kesian pada sepupunya itu yang menjaganya sepanjang malam.
"Woii ngok. Bangun" kata Ayuni yang mengejutkan Farah.
Farah tersedar dari tidur dengan mamainya. Dia lantas melihat jam yang menunjukkan sudah pukul 11.00 pagi. Terus segar Farah dibuatnya.
"Weh ngok. Kita bangun tengah hari buta ni. Nick dengan Aryan mesti dah pergi kerja" kata Farah dengan panik.
"Jangan risau la, mesti diorang ingat kita gi kerja pepagi buta. Macam tak biasa pulak" kata Ayuni yang memegang lehernya.
"Macam mana leher kau? Ada sakit lagi ke? Kalau tak sakit, biar aku tolong cekikkan tuk dia" ujar Farah sambil tergelak.
"Mana la aku tahu tu bukan kau ngok. Kau ingat aku ada masa ke nak spotcheck dia ke ngok" kata Ayuni. Dia mula rasa sakit di tekaknya.
"Ok, manala tahu. Kalau aku tak sampai dekat situ, memang mati kau dekat situ." gurau Farah.
"Tapi sapa yang kau rasa dia berani sihir aku sampai mati ni?" tanya Ayuni yang curiga.
"Tak tahu dan tak nak ambik tahu. Lagipun, Tuan Puteri pernah ingatkan kita pasal perkara ni" kata Farah. Dia lantas keluar dari bilik itu dan bertembung dengan Nureen.
"Aik, bukan kau dekat pejabat ke Farah?" tanya Nureen yang pelik.
"Tak la, aku dengan Ayuni ada je dekat bilik tetamu tu. Ada benda jadi semalam" kata Farah yang ingin masuk ke biliknya untuk sambung tidur.
"Hah, jangan nak sambung tidur. Dark Knight ajak kita pergi lunch sekali dengan diorang sebab diorang ada lunch meeting nanti" kata Nureen yang faham perangai Farah.
"Alaahhh, malas nye nyah oii" kata Farah lantas masuk ke biliknya tanpa menghiraukan Nureen yang tengah bercakap dengannya.
Nureen hanya mampu mengelengkan kepalanya saja seakan faham dengan telatah Farah yang tidak mahu berkait dengan kerja time cuti.
Dia juga bersiap siap untuk pergi lunch bersama Dark Knight. Memandangkan Dark Knight akan ambil mereka di rumah, jadi banyak masa untuk mereka bersiap.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...