3 bulan kemudian,
Ding dong.....
Athirah yang sedang berada lantas mendapatkan tetamu yang datang ke rumah ketika itu. Dia terkejut melihat grandpa yang berada di situ bersama Mark.
"Grandpa, Mark. Apa yang grandpa dengan Mark buat dekat sini?" tanya Athirah yang menjemput masuk.
"Grandpa datang sini tuk jumpa dengan cicit grandpa. Mana diorang?" tanya grandpa yang duduk di sofa.
"Mereka semua dekat taska sekarang ni, dalam sejam adalah tu balik" kata Athirah yang menyediakan air untuk Mark dan grandpa.
"Ohh, yang lain mana?" tanya Mark dengan selamba.
"Diorang ada je dekat atas tapi tu la sejak Farah takde ni semua diam je" kata Athirah.
"Sebenarnya grandpa datang ni nak bagi nak bagi surat ni dekat Nick. Tapi grandpa pergi pejabat dia, dia takde" kata grandpa yang serahkan surat kepada Athirah.
"Surat apa ni grandpa?" tanya Athirah yang membelek surat tersebut.
"Surat tu dari Farah" kata Mark dengan sedih.
"Ke- kenapa dengan Farah?" tanya Ieqa yang baru tiba di situ. Mark, grandpa dan Athirah melihat Ieqa, Yuni dengan Nureen yang baru turun dari atas.
"Farah bagi surat ni untuk korang berempat." kata Mark yang menyerahkan surat yang berwarna biru cair itu kepada Athirah. Athirah lantas membuka surat tersebut dan membaca isi dalam itu.
~•~
Hai Blue Roses,
Mungkin masa ni korang dah tahu yang aku pergi tinggalkan korang buat masa ni. Mungkin korang berubah macam dulu tapi aku harap korang still Blue Roses yang aku kenal sejak kecil lagi. Tolong jagakan Ain dan Airin macma anak korang sendiri kalau aku dah takde nanti.
Maaf sebab aku terpaksa pergi dari korang tanpa bagitahu korang. Aku tak sanggup lihat korang sedih, lihat korang terluka bila lihat aku sakit. Kalau korang nak tahu, aku pergi buat treatment untuk pulihkan split aku. Risikonya 70- 30.
Aku tak nak korang risaukan aku bila nampak aku lemah. Aku tak suka korang lihat sisi aku yang lemah. Tolong jaga diri korang semua, taat dekat suami korang, jangan derhaka dekat mererka. Didik anak anak dengan baik, jangan didik mereka jadi macam korang semua. Aku doakan yang terbaik untuk korang semua.
Annyeong, nae Blue Roses.
~•~
Blue Roses menangis membaca isi surat tersebut dari Farah. Rindu mereka pada Farah makin kuat sebaik membaca surat tersebut.
"Farah ok tak sekrang?" tanya Nureen yang cuba mendapatkan keadaan Farah yang sekarang.
"Farah ok, dia sihat macam biasa" kata Mark.
Dia terpaksa menipu Blue Roses supaya Blue Roses tidak bersedih lagi walaupun hakikat Farah sudah terbaring lemah.
"Grandpa dengan Mark kena pulang sekarang ni. Nanti surat tu bagi dekat Nick and pesan dekat dia, kalau dia perlukan sesuatu telefon je aku" kata Mark pada Blue Roses. Blue Roses lantas mendapatkan grandpa dan menangis di pelukan grandpa semahunya.
Grandpa dan Mark pergi dari situ sebaik saja Blue Roses sudah berhenti menangis. Sungguh mereka terkesan dengan apa yang berlaku dekat Farah. Mereka semua faham betapa sakitnya treatment itu pada mereka inikan lagi pada Farah yang sudah di tahap kritikal.
Malam itu, seperti yang dijanjikan, Athirah menyerahkan surat itu kepada Nick. Nick membuka surat itu di dalam biliknya sebaik saja dia selesai mandi.
~•~
Annyeong, uri leader-ah.
Mianhae, sebab tinggalkan awak dengan anak anak tanpa khabar berita. Aku tak nak susahkan kau kalau kau tahu keadaan sebenar aku sekrang ni. Apa yang aku buat selama ni untuk kebaikan kita berdua. Aku tak nak kau, Ain dan Airin lihat keadaan aku yang lemah.
Aku nak minta maaf kalau aku banyak buat salah dengan kau. Aku tahu yang aku tak patut belakangkan kau tapi aku terpaksa. Aku takut kau tak kuat untuk lihat keadaan aku yang sebenar.
Sekarang ni aku tengah buat treatment untuk pulihkan split aku. Split aku dah tahap kritikal dan peluang untuk baik 30- 70 saja.
Doakan yang terbaik untuk aku. aku tak tahu sama ada aku mampu untuk bertahan atau aku tewas. Jaga Ain dan Airin dengan baik, didik mereka seperti mana mama didik kau dengan baik.
Andai aku dah takde nanti, bagitahu Ain dan Airin yang aku selalu ada dengan mereka. Kalau kau rindukan aku, lihat bintang di malam hari dan luahkan isi hati kau walaupun kau sendiri tahu yang aku mungkin takkan dengar luahan hati kau.
Sampai sini je, halalkan makan minum aku selama ni. Annyeong my beloved husband.
~•~
Nick menagis menatapi surat tulisan tangan Farah itu. Kertas itu renyuk akibat digenggam Nick dengan kuat. Nick lantas mencapai telefonnya dan menelepon Mark.
"Hello?"
"Mark, kau tahu Farah ada dekat mana?" tanya Nick. Dia yakin sangat yang Mark ada kaitan dengan Farah.
"Maaf, aku tak boleh bagitahu dekat kau. Kau sendiri tahu Farah macam mana" kata Mark.
"Please, kau sendiri tahu jugak aku macam mana. Kalini je kau tolong aku, bagi aku peluang tuk jaga dia kalau ni mungkin kali terakhir aku jumpa dia." kata Nick yang merayu dekat Mark. Mark rasa serba salah bila jadi begitu.
Dia tidak tahu sama ada tunaikan janji dia dengan Farah atau mungkir janji untuk kebaikan mereka berdua. Dia sendiri tahu betapa sayangnye Farah dekat keluarga mereka sampaikan dia sendiri tidak mahu tunjuk sisinya yang lemah.
"Kalau macam tu, aku bagi kau masa dalam setengah jam untuk bersiap. Aku dengan grandpa nak gerak pergi airport sekarang ni. Kalau kau cepat, kau boleh ikut sekali dengan kitaorang dan jumpa Farah. Ini peluang kau yang aku boleh bagi seorang" kata Mark sebelum menamatkan panggilan.
Nick lantas mengemas sikit bajunya dan segera keluar dari rumah itu. Dia menghiraukan saja panggilan Blue Roses dan Dark Knight dan segera menuju ke airport. Dia lantas mendapatkan Mark dan grandpa yang sudah menunggu dia di situ.
"Ni tiket kau, aku sengaja book lebih untuk kau sebab aku tahu kau akan ikut kitaorang pergi sekali" kata Mark yang memberikan tiket kepada Nick. Mereka bertiga lantas menuju ke tempat department untuk pergi dari situ.
Nick sempat memberitahu yang lain yang dia pergi berjumpa dengan Farah dalam wassap. Dia jugak sempat menyuruh Blue Roses menjaga Ain dan Airin buat sementara. Perjalanan panjang itu terasa begitu lama untuk Nick.
"Sabar, aku tahu yang Farah kuat orangnye" kata Mark yang duduk di sebelah Nick. Dia dapat rasakan apa yang Nick rasakan.
"Sekarang ni sapa yang jaga dia?" tanya Nick.
"KK dengan Deena" kata Mark dengan selamba.
"KK dengan Deena? Bukan mereka bertiga pergi ke Korea ke?" tanya Nick yang keliru itu.
"Tak, kitaorang tipu korang semua supaya semua benda nampak macam tiada apa apa yang berlaku." kata Mark
"Hantu macam mana pulak?" tanya Nick.
"Dia dengan Farah buat treatment sekali gus memandangkan diorang dah tahap kritikal. Deena juga tengah mengandung sekrang ni makin susah nak jaga" kata Mark sambil ketawa kecil.
"Walau apa pun keadaan Farah nanti, aku nak kau kuat dan sentiasa ada dengan dia. Bagi dia semangat" kata Mark yang menepuk bahu Nick dengan lembut.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...