Epilog

545 50 3
                                    

Bunyi tangisan yang memecahi kesunyian di tanah perkuburan itu membuatkan keadaan sayu di sekitar mereka.

Blue Roses meletakkan sekuntum bunga di atas tanah yang masih lembap akibat baru dibina.

"Thanks atas apa yang berlaku dalam hidup kami" kata Ieqa dengan sedih.

Walaupun Blue Roses, Dark Knight dan keluarga mereka menghalang Ieqa pergi ke upacara pengebumiaan itu kerana masih berpantang dan keadaan mentalnya yang tidak stabil. Ieqa masih bertegas juga untuk ke situ.

"Harap dapat masuk syurga di sana tanpa sebarang halangan" kata Athirah lagi. Nureen di sebelahnya dipandang sekilas.

Ieqa yang tidak tahan lantas terlutut di situ dan menangis sekuat hatinya. Nureen dan Athirah memeluk Ieqa yang tidak sihat itu dengan erat.

"Kenapa? Kenapa dia tinggalkan kita macam ni? Kita tak sempat bagi selamat tinggal dekat dia? Kenapa?" raung Ieqa.

Mieza datang mendekati Ieqa dan menenangkan Ieqa. Ieqa memeluk Mieza dengan kuat. Rasa sedihnya atas kematian itu membuat hatinya pecah seribu.

"Shush, dah ajal dia mati macam tu. Kita tak boleh nak buat apa apa. Kita takde hak tuk halang ketentuan tuhan" kata Mieza dengan lembut.

Nureen dan Athirah hanya menahan air mata mereka. Sapa sangka, orang yang paling rapat dengan mereka tinggalkan mereka tanpa sebarang kata terakhir mahupun surat.

Aidil dan Qalif memeluk isteri mereka sebaik saja mereka perasan yang Nureen dan Athirah akan break down bila bila masa saja.

Nick, Aryan dan Syafiq yang melihat perkara itu hanya memerhati saja dari jauh. Jujur, mereka pun terkesan akan kehilangan itu.

Syafiq yang melihat sekeliling mula perasan yang tinggal mereka saja di situ. Syafiq membuat isyarat pada Dark Knight untuk membawa Blue Roses pulang memandangkan hari juga sudah lewat petang.

Mieza, Qalif dan Aidil membimbing Blue Roses keluar dari kawasan perkuburan itu menuju ke parking kereta.

Mark yang menunggu di situ lantas mendapatkan Blue Roses yang break down itu. Ieqa, Nureen dan Athirah memeluk Mark dengan erat.

Syafiq juga turut dipeluk erat oleh mereka bertiga. Mark dan Syafiq membiarkan saja diri mereka dipeluk.

"Sorry" kata Athirah dan Nureen serentak sebaik saja sudah kembali normal. "Takpe, kitaorang faham perasaan korang" kata Mark.

"Jom balik. Semua orang dah risau pasal kita dekat rumah." kata Mark yang menyerahkan kunci kereta pada Syafiq.

Syafiq memandang Mark dengan senyuman sinis. Faham sangatla yang Mark ni malas nak bawa kereta.

Mereka sepuluh pulang ke mansion. Mereka melihat keluarga mereka semua berkumpul di situ sambil menyiapkan makan malam.

"Hah balik pun. Lepas ni naik atas, mandi. Pasal anak anak, Ibu Aini dan Mama Roses jaga dekat bilik budak" kata Mama Lily yang kebetulan baru keluar dari dapur.

"Baik la ma" kata mereka dan segera masuk ke bilik mereka masing masing. Ieqa lantas terlena sebaik saja mandi untuk berehat manakala Nureen dan Athirah menolong apa yang patut di dapur.

"Macam mana dengan Ieqa tadi? Ada meracau ke dia?" tanya Mama Lily yang menyusun hidangan makan malam mereka.

"Takde la sampai meracau tapi ada la meraung tak dapat terima hakikat." kata Nureen yang mengacau sup ayam.

"Biasa la tu. Dia paling ngam dengan arwah. Takpe la tu. Nanti dia ok la tu" kata Mama Lily.

Dia kesihan melihat anaknya itu yang tengah pantang terima berita buruk macam tu sekali. Setelah mereka malam malam sekali, Dark Knight dan Blue Roses masuk ke bilik mereka masing masing.

Nick memandang katil tidurnya yang kosong itu. Ketiadaan Farah di situ membuatkan dirinya berasa kosong.

Begitu juga dengan Aryan, ketiadaan Ayuni yang selalu mengusik dirinya dan menyakatnya membuatkan dirinya kosong.

"Haih, berapa lama aku nak tahan perasaan ni? Farah, tolongla pulang segera" kata Nick dengan perlahan sebelum terlelap.









[C] Blue Roses Where stories live. Discover now