~88~

470 40 2
                                    

Hari yang sibuk bagi Farah dan Blue Roses memandangkan mereka mendapat projek besar untuk diselesaikan dalam masa yang agak singkat. Anak mereka terpaksa dihantar ke taska sepanjang minggu ini kerana mereka tak dapat membahagi masa sesama mereka di rumah.

Farah yang sibuk membelek plan bangunan yang akan dibina terganggu dengan panggilan telefon. Dia lantas mengangkat panggilan itu sambil membelek plan itu.

"Hello?" sapa Farah dengan lembut. "Hai, adakah saya bercakap dengan Puan Farah Ain?" tanya si pemanggil untuk kepastian. "Ye saya. Ada apa anda telefon saya?" tanya Farah yang curiga. Fail plan bangunan diletakkan di meja dan membetulkan ganggang telefonnya.

"Saya Lee Jihyun dari Syarikat Permodelan Seoul. Saya ingin melamar Blue Roses sekeluarga untuk menjadi model kami bagi majalah musim panas tak lama lagi. Adakah Puan berminat?" kata si pemanggil itu, Jihyun.

"Bagi saya seminit kejap eh" kata Farah yang lantas memanggil PAnya masuk ke pejabat. "Ada apa Puan Farah?" tanya PA Farah. "Tolong tengokkan jadual Blue Roses pada bulan 5" arah Farah. Serta merta, PAnya membelek buku kerja yang mengandungi jadual kerja Blue Roses.

"Bulan 5 nanti cuma ada satu mesyuarat dengan Dark Knight.com. saja." kata PAnya itu. "Saya nak kamu kosongkan jadual Blue Roses pada bulan 5. Pasal meeting tu nanti saya handlekan sendiri. Itu saja kot rasanya. Terima kasih" kata Farah yang membenarkan PAnya keluar.

"Encik, bulan 5 nanti kami sekeluarga tiada apa apa plan. So saya terima tawaran encik tu, tapi berikan saaya masa untuk berikan kepastian dari yang lain." kata Farah dengan baik. "Bagusla kalau macam tu. Ambil masa kamu. Terima kasih atas kerja sama Puan" kata Jihyun dengan gembira. "Sama sama" kata Farah sebelum meletakkan panggilan.

Farah mengeliat sikit untuk merenggangkan badannya yang lenguh itu. Dia melihat kertas kerjanya yang masih bertimbun banyak di meja. Satu keluhan berat dilepaskan dan dia bangun membawa telefonnya berjalan keluar dari pejabatnya. Satu saja tujuannya iaitu mengacau yang lain membuat kerja.

Dia selamba badak muka hijo je masuk ke dalam pejabat Ayuni tanpa mengetuk pintu. Ayuni yang fokus menaip sesuatu tidak perasan kehadiran Farah di situ. Farah duduk di hadapan Ayuni dan membuka telefonnya. App tiktok dibuka dan dirakamnye Ayuni yang fokus itu. Sound tiktok kedengaran dalam pejabat itu.

'Adakah saya yang salah jurusan atau saya yang bodoh'

Ayuni memandang ke arah Farah yang menahan gelak. Dia mencapai pen di tepinya dan dilemparkan ke Farah. "Memang dah takde kerja ke hah? Kerja kau dah siap ke semua?" tanya Ayuni tanpa memandang ke arah Farah. "Belum. Aku bosan ni Yuni oii" kata Farah yang mengulang balik video yang dia rekod tadi.

"Babi bin natang la kau ni Farah oii. Kau delete balik video tu" kata Ayuni yang memandang tajam ke arah Farah. "Kalau aku taknak kau nak buat apa?" tanya Farah yang membuat pertukaran. "Gi mati sana. Asyik nak kacau orang je pastu kerja tak siap sibuk la over time sampai tengah malam. Hantu dekat pejabat kau pun dah muak tengok kau memalam dekat office" bebel Ayuni yang menahan marah.

"Alaahhh, merajuk pulak dia. Pigi dah. Ingat aku baik sangat ke nak layan merajuk kau ni" kata Farah yang lantas keluar dari pejabat Ayuni. "Woii, delete video tu bangang" jerit Ayuni dari dalam pejabatnya. "Shiro" balas Farah dengan selamba. Ayuni mengemas mejanya dan mula mengejar Farah dari belakang.

Mula lah sesi kejar mengejar oleh 2 CEO Blue Roses Com. yang kebudakan di pejabat itu tanpa menghiraukan anak buah mereka yang ada di situ. Farah segera masuk ke pejabat Ieqa dan berdiri di belakang Ieqa.

"Amboii, suka sangat main PUBG tu dah kenapa? Kerja berlambak ni bila nak buat?" bebel Farah yang melihat Ieqa yang sibuk main PUBG dari membuat kerjanya yang berlambak. Ayuni masuk ke dalam pejabat Ieqa dengan kasut tumitnya ditangannya, ready untuk dibaling ke Farah.

"Korang berdua ni dah kenapa bangang? Siap berkasut bagai" kata Ieqa yang baru saja habis main PUBG dan dapat chicken dinner. "F.A.R.A.H. BAIK. KAU. DELETE. BALIK. VIDEO. TU" kata Ayuni yang ready itu. Farah melihat balik video yang ditangkapnya dan terkejut apabila video itu tidak sengaja terhantar di group.

"Weh, aku terhantar dekat group" kata Farah dengan terkejut. Ayuni membaling kasut tumit tingginya pada Farah. Farah dan Ieqa sempat mengelak dari terkena kasut busuk itu namun almari kaca di belakang Ieqa habis pecah kacanya.

"Woii almari aku" kata Ieqa yang melihat almari kacanya yang sudah berkecai kacanya. "Sorry not sorry" kata Ayuni tanpa rasa bersalah. "Jangan bimbang brader, sis, video kau aku terhantar dekat group Blue Roses je. Takde sapa pun nak tengok muka monyet kau tu" kata Farah yang segera keluar dari pejabat Ieqa tanpa belas kasihan pada Ieqa yang patah kaca itu.

Ayuni pun keluar dengan selamba badak tanpa menghiraukan Ieqa yang berdrama itu. "Woii, masuk tak diundang, pergi tak ditendang. Bayar balik ganti rugi almari kaca aku ni woii" kata Ieqa. "Woii makcik, kasut busuk kau ni ambik ah, nanti berbau pejabat aku ni" kata Ieqa yang perasan Ayuni tidak mengambil kasutnya.

"Biarkan, aku sedekah dekat kau sebelah. Biar wangi pejabat kau nanti" kata Ayuni dari pejabatnya. Farah, Ayuni dan Ieqa menyambungkan kerja mereka yang tertunda manakala Nureen dan Athirah pergi ke tapak bangunan untuk tugasan penyeliaan.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, hampir semua orang di pejabat itu sudah pulang ke rumah masing masing kecuali Farah, Ayuni dan Ieqa yang menyiapkan tugasan masing masing tanpa sedar masa sudah larut malam.

Blue Roses Mansion,

"Mana minah bertiga ni? Takkan tak balik lagi?" tanya Nureen yang selesai menidurkan anak mereka semua. Athirah memandang ke arah jam dinding yang sudah pukul 10.15 malam. "Mungkin diorang tak sedar kot. Tak lama nanti balik la diorang" kata Athirah yang cuba menenangkan hatinya.

"Kami dah balik" kata Dark Knight yang baru balik dari pejabat mereka. Nureen dan Athirah menyambut kepulangan suami mereka. "Mana bertiga tu?" tanya Aryan yang pelik. "Tahla, tak balik lagi ni dari petang tadi. Mungkin diorang terlajak masa kot" kata Nureen yang menghidangkan air pada Dark Knight.

"Dah lambat sangat ni. Takut ada apa apa je yang berlaku dekat diorang tu" kata Mieza yang risau. "Kitaorang berdua tunggu mereka bertiga balik. Korang semua pergi makan, Athirah dah panaskan lauk tadi" kata Nureen.

Dark Knight lantas menuju ke meja makan untuk makan malam sebelum mereka masuk ke bilik untuk berehat. Jam menunjukkan pukul 1 pagi tapi minah bertiga tu masih tidak balik lagi dari pejabat. Tanpa mereka sedar yang minah bertiga tu tertidur di pejabat sebab mengantuk sangat.

To be continue~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now