Sebaik je selesai sarapan, Blue Roses lantas lepak di tepi kolam renang yang menghadap pantai. Mereka duduk di kerusi yang tersedia di tepi kolam dan membawang
"Aku suka tengok diorang yang sekarang ni. Mereka dah happy balik and dah pulih dari split mereka" kata Eva yang melihat kakaknya itu dari jauh
"Haah. Macam tak percaya yang Dark Knight dapat ubah mereka jadi diri mereka sendiri" kata Deena pula
"Mengumpat apa tu cik kak oii" sampuk KK yang ingin mengacau Shadow membawang
"Kalau nak membawang pun pergi la ikut sekali setan berlima dekat sana tu. Aku rasa banyak gossip boleh kupas kalau korang join diorang" kata Akmal pula
"Kalau macam tu jom ikut kitoarang sekali. Jangan nak mengelat eh" kata Khat yang mengheret KK sekali.
Begitu juga dengan yang lain mengheret Hunter pergi dekat Blue Roses yang sedang membawang. Nasib hari tu mendung dan tak berapa panas kalau nak berjemur.
"Boleh kami join membawang sekali?" tanya Faiz yang riang itu. Blue Roses memandang Shadow dan Hunter lantas tersenyum.
"So korang bincang pasal apa tadi?" tanya Eva yang mengambil tempatnya
"Takde. Saja cakap pasal benda lama" kata Farah yang memandang langit
"Kau dah move on dari dia?" tanya Abid yang risau pasal Farah
"Dah. Aku dah move on dari dia sebab korang" kata Farah yang tersenyum
"Macam ni la kak Farah kita. Yang selalu sakat orang and tersenyum" usik Alia
"Thanks. Lagipun aku takkan kuat kalau bukan sebab korang" kata Farah
"Kalau kau tak kuat, Blue Roses pun takkan kuat macam sekarang. Kau la kenapa kita semua bersama sampai sekarang" kata Ayuni yang memandang Farah
"Sorry sebab susahkan korang selama ni. Sorry sebab terpaksa tipu korang sebab aku tak nak korang terlibat sekali dalam hal ni" kata Farah
"Sekarang ni kau dah ok kan. Macam mana rawatan?" tanya Farish pula
"Macam mana dengan rawatan korang? Semua ok je kan?" tanya Farah pada Blue Roses. Orang tanya dia dia boleh tanya orang pulak
"Kitaorang ok je. Lagipun, kitaorang dah pulih sepenuhnya" kata Athirah
"Farah. Jangan nak mengelat boleh tak? Bagitahu aku perkara yang sebenarnya" kata Abid yang tahu permainan Farah
"Kau ni memang tak boleh aku tenang langsung la. Jangan tanya banyak sangat boleh tak? Rimas tahu tak" kata Farah yang rimas dengan perkara itu
"Aku rasa sekarang masanya tuk kau begitahu semua orang tentang apa yang berlaku dulu. Jangan sampai mereka tahu benda ni dari orang lain" kata Akmal pula yang memandang Farah.
"Bagitahu apa? Ada benda yang kau pendamkan lagi ke Farah?" tanya Nureen yang sudah naik angin
"Kalau korang nak tahu jugak aku boleh ceritakan tapi Dark Knight kena ada jugak. Aku nak jelaskan semuanya dari awal hingga habis" kata Farah yang mengalah
Tak lama kemudian Dark Knight datang ke situ tanpa mengetahui apa apa. Farah memandang Abid untuk mencari kekuatan bagi ceritakan semua perkara.
"So kenapa kitaorang kena dengar sekali?" tanya Aidil yang tidak tahu perkara sebenar
"Aku nak terangkan perkara sebenar yang Blue Roses tak tahu. Siapa aku dan siapa mereka yang ada dalam hidup kita" balas Farah.
"Macam korang tahu yang aku ni ketua mafia terkenal. Aku ni Red roses, mafia terkejam sekali yang pernah korang dengar." kata Farah yang mengambil masa untuk bongkarkan rahsianya
"Kitaorang Blue Roses and macam yang korang tahu orange, white, yellow, lavender roses. Tapi mereka ni dah bebas dari dunia mafia atas arahan aku. Aku sendiri yang hilangkan ingatan mereka tentang dunia mafia sbeab aku tak nak diorang terlibat lagi" kata Farah yang cuba bertahan
"Apa maksud kau yang kau hilangkan ingatan kitaorang? So maksudnya apa yang Abid cerita tu tipu?" tanya Ieqa yang terkejut
"Bukan tipu tapi tak tepat. Aku nak ceritakan semua benda ni tapi kau sendiri tahu aku jenis macam mana kan. Tipula kalau aku takde rasa bersalah sebab tipu korang selama ni" kata Farah yang menahan dirinya
"Farah suruh kitaorang buat perkara tu lepas apa yang king buat dekat korang. Dia tak nak korang terlibat lagi and dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk korang. Lepas saja korang disuntik dengan ubat tu ingatan korang hilang" kata Abid pula. Dia cuba untuk terangkan perkara tu bagi menolong Farah
"Jangan marah dekat Farah sorang. Hunter terlibat sekali dalam perkara ni so marah kitoarang sekali. Lepas korang sedar, kitaorang terpaksa tipu korang yang korang bergaduh sampai teruk macam tu" kata Faiz juga
"Apa yang jadi masa tu sampai Farah terpaksa lepaskan kitaorang?" tanya Ayuni yang ingin tahu
"King hampir bunuh korang semua dengan kejam. Farah terpaksa berlawan dengan anak buah king tuk selamatkan korang sampaikan nyawa dia jadi ancaman. Even dia dah lemah, tak mampu nak lawan. Dia tetap berlawan kerana korang" balas Akmal
"Sebab tu la kitaorang luka teruk masa tu? Bukan sebab kemalangan?" tanya Ieqa pula
"Bukan. Aku tipu korang yang kita kemalangan sebab aku tak nak plan aku tuk bebaskan korang sia sia. Aku gembira tengok korang tak terlibat lagi dengan mafia tapi aku sendiri tak tahu berapa lama lagi aku mampu jaga korang" kata Farah
"Semua tentang diri korang tu betul. Korang Blue Roses and each of you are Roses. Semua jadi baik dan tenang sampaila king tu muncul balik. Dia nak apa yang tak patut jadi milik dia" kata KK yang geram
"Dia cuba nak manfaatkan The Divas tuk kepentingan dia sendiri even The Divas tu cucu dia sendiri." kata Akmal pula
"Apa? The Divas cucu dia? Kejam ye" kata Aidil yang terkejut
"Jangan risau. Keturunan mereka dah takde sebab aku sendiri dah bunuh. Sama ada atuk dia or cucu, aku dah settlekan" kata Farah yang menahan dirinya
"Lepas ni dah takde sapa nak kacau kita lagi. Kita dah boleh hidup macam normal balik lepas Farah buat rawatan tu" kata Faiz yang ingin memujuk Farah
"Rawatan? Rawatan apa ni Farah? Jangan kau sesekali nak sembunyikan sesuatu dari kitaorang lagi eh. Cukup selama ni kau sembunyikan benda tu tapi kalini jangan" kata Nureen dengan tegas
"Gaiss, benda biasa je jangan nak kecoh boleh tak." kata Farah yang sudah split. Nick lantas memeluk Farah tuk tenangkan Farah.
"Tu maksud kau dengan rawatan? Farah still tak buat rawatan dia tapi dia paksa orang buat rawatan. Ni tak adil" kata Mieza pula
"Haah. Nyawa dia dalam bahaya kalau dia tak buat rawatan tu sebab kemungkinan besar masa dia split nanti dia boleh bunuh diri dia sendiri tanpa sedar" kata Abid perlahan
"Kalau aku buat rawatan tu sekarang, sama ada aku hilang nyawa aku atau aku hilang anak aku. Aku still boleh tahan kalau korang tak buat pasal dengan aku" kata Farah dengan perlahan
"Takpe. Lepas kau bersalin nanti terus buat rawatan tu. Kitaorang takkan hilang kau ataupun anak kita ni" kata Nick yang memujuk Farah
TO BE CONTINUE ~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...