-87-

775 54 4
                                    

Beberapa hari kemudian,

Blue Roses yang berada di wad Farah dan Nick untuk menjaga Farah. Mereka melihat Nick yang masih tidak sedarkan diri dengan kesan lebam tumbukan di badannya.

"Nick sanggup gadaikan nyawa dia untuk Farah" kata Ayuni dengan perlahan.

"Haah, sama macam Syafiq." kata Nureen yang sedih.

Mereka ingat balik setibanya mereka di hospital dulu, doktor mengatakan ingatan Syafiq terganggu dan ada kemungkinan sekarang ingatannya sudah pulih. Farah pulak tidak terlalu kritikal namun kerana tangannya sudah tertusuk kaca, dia tidak boleh gunakan sebelah dari tangannya itu.

Nick pula bernasib baik kerana peluru tidak mengena bahagian jantungnya namun terkena pada bahunya. Tapi Nick masih dalam pantauan doktor kerana kesan pukulan hampir merosakkan organ dalaman Nick.

"Farah kuat. Dia mesti akan sedar juga" kata Ieqa yang memberi semangat.

Pintu ward dibuka dan blue roses melihat Syafiq yang masuk ke dalam dengan menggunakan kerusi roda kerana dia cedera di bahagian kakinya akibat diserang Farah.

"Macam mana dengan Farah?" tanya Syafiq yang duduk di sebelah Farah.

"Macam tu la, tak nak bangun" kata Nureen.

Syafiq tersenyum kecik mendengar perkara itu. Dia rasa bersalah dengan apa yang dia buat.

"Aku tahu kau rasa bersalah dengan perkara ni tapi kau kena ingat yang Farah akan maafkan kau walau apapun yang terjadi" kata Ayuni yang memahami rasa hati Syafiq.

"Aku pun rasa macam tu tapi lepas apa yang aku buat dekat Nick, aku rasa aku tak patut dimaafkan" kata Syafiq yang memandang ke arah Nick yang juga tidak sedarkan diri lagi.

Ayuni memandang ke arah Farah dan melihat Farah yang ingin membuka matanya. Ayuni yang terkejut itu lantas memanggil doktor untuk memeriksa farah. Doktor itu tersenyum melihat Farah yang sudah sedarkan dirinya.

"Farah, kau ada sakit dekat mana mana tak?" tanya Ieqa sebaik saja doktor keluar dari ward itu.

"Tangan aku tapi dah reda sikit" kata Farah. Farah melihat Syafiq yang menunduk, tidak melihatnya.

"Syafiq, kau sihat?" tanya Farah dengan lembut.

Syafiq lantas memeluk Farah dengan erat tapi sedar akan tangan Farah yang berbalut itu dan kakinya yang berbalut juga.

"Maafkan aku Farah, aku tak tahu kenapa aku buat semua ni dekat kau dengan Nick" mohon Syafiq.

"Aku dah lama maafkan kau Syafiq." kata Farah yang melepaskan pelukan Syafiq itu.

"Dark Knight mana" tanya Farah yang melihat sekelilingnya.

"Dark Knight ada dekat rumah, tengah berehat. Diorang cedera ringan je tak terlalu serius." kata Athirah.

"Tapi Nick, dia tak sedarkan diri lagi" sambung Ieqa yang sudah dapat mengagak apa yang ingin Farah tanya.

"Dia tak sedar lagi? Tolong bawak aku jumpa dia-"

Farah cemas mendengar perkara itu, dia ingin mencabut tiub air yang disuntik di tangannya namun dihalang oleh Syafiq. Farah yang ingin kata apa apa terhenti apabila Nureen meyelak langsir di sebelahnya dan terlihat Nick yang tidak sedarkan diri di katil sebelahnya.

"Doktor kata Nick akan bangun dalam satu dua hari nanti" kata Ayuni yang menenangkan Farah.

Syafiq mula rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan sepanjang dia slaah faham selama ini.

Farah memandang saja Nick yang terbaring itu dengan perasaan sayunya. Dia tidak kesah sekiranya dia berada di tempat Nick asalkan Nick selamat. Sejak itu, Farah sibuk jaga Nick sampai makan minumnya tunggang langgang.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now