~105~

460 40 11
                                    

"Aryan, cepat sikit" kata Mieza dari ruang tamu. Seperti yang dijanjikan oleh Dark Knight pada Farah, mereka akan membawa Aryan untuk ke pusat rawatan Islam bagi membuang sihir pada badannya.

Ayuni dah sembuh dari sihirnya beberapa hari lepas tapi keadaan badannya tidak berapa kuat lagi seperti hari biasa. Aryan segera keluar dari biliknya dan terserempak dengan Ayuni.

Satu jelingan diberikan pada Ayuni sebelum dia berjumpa dengan Dark Knight di ruang tamu.

Ayuni memandang saja Aryan yang keluar dari rumah itu bersama Dark Knight dengan hatinya yang berat.

Bukannya dia tak tahu yang mereka berlima menuju ke pusat rawatan untuk pulihkan Aryan semula.

Dia mula terkenangkan anaknya di rumah ibunya. Mesti anaknya itu akan bersedih bila dapat tahu ayahnya seperti itu.

Bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Dia tersentak dan memandang Farah yang berada di situ jugak.

Farah mengambil tempat di sebelahnya dan memandang pemandangan di depannya.

"Aku tahu yang kau risau pasal Aryan tapi satu je yang aku nak cakap, kekuatan seorang suami terletak pada tulang belakangnya, si isteri. Iaitu kau. Kau kena kuat" kata Farah.

Mereka berdua melihat Dark Knight tinggalkan kawasan rumah itu dari balkoni saja. Tiada salam perpisahan seperti biasa.

Di rumah itu hanya ada mereka berdua dan Ieqa yang sedang berada di biliknya. Nureen dan Athirah pergi ke pejabat untuk meeting mereka dengan syarikat lain.

Dark Knight POV

"Kenapa kita ada dekat sini?" tanya Aryan yang melihat papan tanda bangunan kecil di hadapannya. Atau lebih tepat sekali papan tanda menunjukkan Pusat Rawatan Ehsan.

"Kau perlu dirawat" kata Mieza yang masuk ke dalam. Dark Knight masuk ke dalam diikuti dengan Aryan di belakang.

Sebaik saja Aryan masuk ke dalam, dirinya terasa sesuatu yang memerhatikannya dan badannya mula berasa tidak kena.

Sementara menunggu kehadiran ustaz, Aryan memandang sekeliling dengan gelisah. Dark Knight memerhatikan keadaan Aryan yang gelisah itu.

Niat mereka ingin membantu Aryan untuk pulih dari sihir Amelia tapi mereka tidak mempunyai apa apa ilmu untuk membuang sihir itu. Begitu juga dengan Farah dan Ayuni. Ilmu mereka masih tidak kuat lagi untuk perkara itu.

"Apa khabar semua" kata Ustaz Ahmad yang menemui Dark Knight. "Khabar baik ustaz" kata Dark Knight serentak.

"Apa hajat kamu semua ada di sini?" tanya ustaz itu dan memandang satu per satu muka Dark Knight.

Pandangannya sudah tertumpu di Aryan. Dia dapat rasakan ada sesuatu pasal Aryan.

"Hajat kami dekat sini untuk pulihkan kawan kami ni. Isteri saya cakap yang dia terkena minyak pengasih dari orang" kata Nick yang memberitahu tujuan mereka ke situ.

"Oh begitu. Kalau macam tu kita mulakan rawatan sekarang" kata ustaz itu. Dark Knight memerhati

Aryan yang dirawat dengan risau. Risau akan Aryan tidak dapat dirawat lagi kerana kata ustaz, jin yang melekat pada Aryan merupakan jin kuat dalam ilmu gelap ni.

Ustaz Ahmad mencuba sedaya upaya dia untuk merawat Aryan. Bermula dari sesi perkenalan ustaz dengan Aryan dipanikkan dengan Aryan yang tiba tiba meracau tak menentu.

Dan sekarang, tubuh Aryan dirasuki oleh jin tersebut dan tidak mahu melepaskan Aryan.

"Siapa yang hantar kau ke sini wahai jin durjana" kata ustaz itu sambil membaca membaca beberapa ayat suci.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now