.31.

1.5K 68 0
                                    

"Nah air kau" kata Ayuni yang tiba di meja bersama air yang dipesan. Farah tersenyum sengih pada Ayuni yang membuat muka nak muntah

"Gaiss, aku dengar ada funfair dekat Raub. Alang alang kita lalu Raub apa kata kita singgah kejap?" tanya Ieqa yang main teponnya

"Funfair? Dah lama tak pergi dhoo" kata Ayuni dengan Farah yang kebudak budakkan

"Kalau macam tu apa lagi jomla gerak. Kang lambat gerak tak sempat sampai nanti" kata Aidil yang sudah beriya.

Mereka lantas keluar dari starbuck dan menuju ke kereta masing masing. Mereka lantas menuju ke funfair yang dikatakan oleh Ieqa. Sebaik saja sampai ke funfair tu, Blue Roses terpana melihat funfair tu.

"Tak sangka masih ada funfair ni" kata Farah yang terkedu

"Haah. Aku ingat dah tutup" kata Ieqa yang menangkap gambar funfair itu.

"Semuanya tinggal kenangan je. Sekarang diorang dah upgrade funfair ni" kata Nureen yang masuk ke dalam funfair.

Mereka lantas bermain permainan di funfair tersebut. Farah pada mulanya tidak mahu bermain dipaksa oleh Blue Roses.

"Kenapa kau tak nak main? Tadi bukan kau beria ke nak gi sini?" tanya Ieqa yang pelik

"Takpela. Aku ok je dekat sini. Korang pergi la main" kata Farah yang tidak mahu bermain.

"Nak tak nak kau mesti main jugak. Jangan sebab main game dapat buat kau teringat dekat dia then kau tak nak main. Ingat sikit, kau tunang Nick bukannya Syafiq lagi dah" kata Nureen dengan tegas

"Ok. Aku main sebab korang. So apa lagi kita tunggu dekat sini? Jom main" kata Farah yang mengikut saja mereka bermain.

Lepas penat bermain semua jenis permainan di funfair tu mereka berhenti rehat dulu sebelum mereka pulang ke villa mereka.

"Best jugak main rumah hantu." kata Aidil yang minum air tuk hilangkan dahaga.

"Haah kan. Tak sangka dhoo makcik yang jadi hantu time kita kecik lagi masih kerja dekat sini" kata Ieqa yang tergelak

"Kan. Aku ingat makcik tu dah berhenti. Rupanya, perangai dia mengalahkan hantu yang dia berlakon la" kata Ayuni yang menepuk orang sebelahnnya, Athirah.

Athirah lantas membalas dendam dengan menepuk belakang Ayuni dengan kuat.

"Woii, kalau gugur jantung aku macam mana?" marah Ayuni

"Dah tu kau gelak tepuk bahu aku dengan kuat pahal? Tak de benda ke nak tepuk?" marah Athirah pula

"Sorry la cik Athirah. Aku tak sengaja" kata Ayuni yang membuat aegyo

"Sorry naik lorry la" kata Athirah

"Weh, tengok tu" kata Nureen yang menyampuk pergaduhan mereka berdua. Dark Knight dan Blue Roses memandang ke arah Farah dan Nick yang duduk agak jauh dari mereka memandangkan meja tak muat.

Mereka hanya melihat saja Nick yang mengikat rambut Farah yang panjang itu. Ayuni lantas menangkap gambar mereka berdua itu dengan senyap.

"Orang suruh potong rambut tu tak nak. Nak sangat jaga rambut panjang" usik Ieqa dari jauh.

Farah yang terdengar usikan itu lantas memandang ke arah Ieqa yang tersenyum sinis sambil buat peace.

"Tak sedar diri ke yang dia tu pun rambut panjang. Pastu pepagi buta membebel rambut bersimpul la, bersarang la. Tak malu ke?" balas Farah dengan nada sindiran.

"Dahla. Jom gerak balik. Masing masing dah penat ni kang pengsan time tengah drive" kata Nureen yang menghentikan pergaduhan itu.

@ayni.tasha_br

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now