.8.

1.8K 83 12
                                    

Pagi itu, Farah menyiapkan sarapan untuk mereka. Dia menyiapkan nasi goreng bodoh untuk kawannya yang bodoh tak bertempat itu.

Lepas makan je, mereka bergerak sama sama pergi sekolah memandangkan harini hari pertama mereka berada di sekolah baru. Mereka memarkingkan kereta mereka di tempat yang dikhususkan untuk mereka.

Pelajar yang berada di situ terkejut melihat kereta mereka or erti kata lain, terkejut melihat mereka datang ke sekolah situ. Farah lantas keluar dari keretanya serentak bersama yang lain.

"Korang tengok apa? Ada show ke dekat sini?" marah Ayuni yang rimas dengan pelajar di situ.

Mereka semua mula lari apabila di sergah oleh Ayuni. Ieqa dan Ayuni tersenyum sinis memandang pelajar yang lari macam nampak hantu.

"Tak baik la korang ni. Diorang tak salah pun dengan kau" kata Nureen yang cuba menahan gelak

"Jom gerak. Kang lambat pulak" kata Farah yang dingin itu.

Mereka lantas menuju ke perhimpunan di Dewan Alamanda. Mereka mengambil tempat belakang sekali dan berdekatan dengan pintu bagi memudahkan mereka keluar dari perhimpunan.

"Bosan siak. Lama lagi ke mak aku ni nak bagi ceramah." kata Ieqa yang sudah bosan tahap mati dekat situ. Dasar anak derhaka minah ni.

Salah satu azab pelajar adalah mendengar bebelan pengetua dan cikgu yang panjang lebar tanpa mengambil tahu sedikit pun isi yang cuba disampaikan.

Farah lantas menyelinap keluar dari dewan diikuti dengan yang lain. Ketika mereka ingin gerak ke kantin, mereka dihalang oleh sekumpulan pengawas.

"Waduh, apa lagi pulak ni" kata Ayuni yang bengang dengan pengawas di depannya. Begitu juga dengan yang lain kecuali Farah yang kekal dingin.

"Korang nak pergi mana ni? Perhimpunan belum habis lagi" kata pengawas itu.

"Suka hati aku la nak pergi mana Encik Aryan. Aku tak rasa itu hal kau" kata Ayuni yang sempat melihat kad pelajar pengawas itu.

"Dark knight hah? Listen here. Aku jaga hal aku and kau jaga hal kau, ok" kata Farah yang berlalu ke belakang pentas.

Belum sempat Dark Knight menghalang Blue Roses, mereka mendengar kata pengetua yang mengalukan kedatangan Blue Roses sebagai pelajar baru.

"Untuk pengetahun kamu semua, kita ada pelajar baru tuk harini. Mereka baru saja habiskan program pertukaran pelajar di UK. Dipersilakan kelima lima permata dan tunggak sekolah." kata mama lily.

Blue Roses lantas naik ke pentas dengan gaya mereka sendiri. Tiada senyuman dan riak muka dipamerkan. Hanya aura dingin dan menakutkan dari mereka sebaik saja mereka naik ke pentas. Ieqa lantas mengambil mic dan memperkenalkan dirinya

"Hello gais. Kitaorang malas nak perkenalkan diri kitorang. So kitaorang ada pesanan khusus untuk korang. Itu pun kalau korang faham. Kita mulakan dari yang baik dulu" kata Ieqa yang bagi mic dekat Athirah

"Hai gaiss, ingat lagi kat kitaorang? Kalau tak ingat kitaorang boleh ingatkan korang" kata Athirah.

"Aku akan buat korang menyesal sebab buli kitaorang dulu" kata Nureen.

"Aku akan pastikan korang takkan hidup aman lepas ni" kata Ieqa.

"Kalau korang dah cukup pahala dan confirm masuk syurga, sila datang jumpa kitaorang dan buat masalah dengan kitaorang. Kitaorang akan pastikan kau masuk syurga terus." kata Ayuni. Dia menghulurkan micnya pada Farah. Farah tidak mengambil mic tersebut.

"Aku tahu siapa korang semua. Ingat, rahsia korang takkan selamat kalau aku bongkarkan. Aku akan pastikan korang akan dapat apa yang korang bagi dekat aku. Just wait revenge from me and karma is real bitch." kata Farah yang mampu didengari oleh semua orang di dalam dewan tanpa menggunakan mic.

Dia lantas turun dari pentas dan pergi dari situ. Blue Roses hanya mengikut saja Farah dari belakang. Semua pelajar sudah gerun dengan mereka berlima

"So diorang budak baru?" tanya Nick yang keliru

"Yela kot. Tapi kenapa aku macam pernah nampak dia. Tapi dekat mana eh" kata Aidil yang cuba mengingat kembali ingatannya. Al-maklumlah dia ni nyanyuk.

"Betul tu. Muka diorang familiar sikit la." kata Qalif.

"Tak penting pun kenal siapa mereka. Yang penting sekarang ni, pastikan mereka tak buat onar dekat sekolah ni" kata Mieza

"Betul tu. Jangan diorang perasan sangat yang sekolah ni milik diorang" kata Nick sebelum pergi dari situ

***

"Menyampah betul aku dengan pengawas berlagak tu" kata Ayuni yang masuk ke bilik khas Blue Roses.

"Betul tu. Ingat diorang semua hensem sangat ke? Muka macam mangkuk jamban" kata Ieqa

"Biarla pasal diorang. Bukannya kita libatkan diorang sekali" kata Nureen

"Dahla tu. Korang ni tak habis nak buat masalah tau. Ni baru first day" kata Athirah

Ayuni lantas menuju ke dapur untuk mengambil sesuatu yang boleh dimakan bersama Ieqa. Farah pula sedang sibuk mendengar lagu sambil pakai headphone.

Tok...tok...tok...

Athirah lantas membuka pintu bilik itu and terpampang mama Lily dan beberapa orang pengawas di belakang mama Lily.

Athirah menjemput mama Lily masuk dan menutup pintu dengan cepat sebelum pengawas itu sempat masuk.

"Kenapa tak kasi mereka masuk?" tanya mama Lily

"Pengawas tidak dibenarkan masuk dalam sini" kata Nureen dengan innocentnya

"Bagi mereka masuk. Mama izinkan" kata mama Lily

Athirah dengan pasrahnya membuka kembali pintu dan lantas meninggalkan pintu itu terbuka. Pepandai la pengawas tu masuk dalam.

"Masuk la cepat. Ke nak kitaorang bentang red carpet tuk korang" sindir Ayuni yang sedang makan roti bakar. Sempat pulak dia buat benda tu.

Pengawas itu lantas masuk dan berdiri berdekatan dengan mama Lily. Mereka duduk di sofa bersebelahan dengan mama Lily lepas diizinkan. Mama Lily memandang Farah yang berada di sofa lagi satu sedang memakai headphone dan kaki di atas meja kecil.

"Mama nak perkenalkan kamu dengan pengawas utama sekolah ni" kata mama Lily lepas dia menanggalkan headphone dari kepala Farah.

"Apa ni ma?" kata Farah yang tidak puas hati apabila mama Lily menanggalkan headphonenya.

"Duduk elok sikit. Kamu semua duduk sekarang." arah mama Lily

Farah lantas duduk silang kaki. Ayuni dan Ieqa lantas keluar dari dapur dengan tangan dan mulut mereka yang penuh dengan roti bakar. Athirah dan Nureen hanya menurut saja tanpa banyak kata. Ayuni dan Ieqa lantas memberikan Farah, Nureen dan Athirah roti bakar yang dibuatnya.

"Apa yang mama nak cakap sangat sampai bawak 5 mangkuk jamban ni ke sini?" tanya Ieqa.

"Mama tak ajar Ieqa cakap macam tu dekat kawan Ieqa sendiri" tegur mama Lily

"What? Kawan?"















TO BE CONTINUE~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now