~96~

436 37 7
                                        

Still flashback

"Gais, aku bosan ni" kata Ayuni yang berbaring di sofa. Dia memandang ke arah Farah, Nureen dan Athirah yang membuat ulang kaji.

Ieqa? Jangan ditanya minah tu. Dia selamat ada dekat dapur tengah mengunyah. Dark Knight pulak masih di sekolah untuk uruskan pasal majlis Hitea tak lama lagi.

"Kalau kau bosan sangat, apa kata kau call Aryan mintak dia bawak kau jejalan tak pun kau gi tempat hitea. Mana tahu diorang ada lagi dekat sana" kata Farah tanpa memandang Ayuni.

"Nak buat apa? Menyampah la dengan diaorang tu. Lagi lagi si Amelia tu. Dah la muka dia bersisik" kata Ayuni yang melepaskan geramnya.

Serentak dengan itu IIeqa, Nureen dan Athirah memandang Ayuni dengan tanda tidak percaya.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" tanya Ayuni yang pelik dengan sikap mereka bertiga tu.

"Kau nampak muka Amelia bersisik? Sejak bila muka dia bersisik?" tanya Athirah yang pelik dengan kenyataan dari Ayuni. Farah mendiamkan dirinya saja walaupun dia tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Ayuni tadi.

'Memang betul apa yang Grandma kata sebelum dia meninggal. Aku dan Ayuni akan nampak benda benda macam ni dan rasa kehadiran sesuatu yang tidak diundang' fikir Farah.

"Yang kau ni termenung panjang dah kenapa nyah oii? Dah rindu dekat Nick ke nyah" kata Ayuni yang perasan Farah termenung.

"Eh, sejak bila nyah oii. Aku fikir macam mana nak jawab soalan ni" kata Farah yang cuba cover tingkahnya. Ayuni membaling bantal mini ke arah Farah.

"Mana soalannye nyah dekat kertas A4 tu. Punya la kertas tu suci bersih tanpa debu soalan pe semua, kau kata ada soalan. Kau sakit kenyah oii" kata Ayuni yang geram dengan Farah. Nak cover tu agak ah. Ni tak, kertas kosong tu dikatakan ada soalan.

"Okla, aku memang termenung pun tadi. Puas hati kau" kata Farah yang membaling semula bantal itu pada Ayuni. "Puas dah" kata Ayuni.

Tak lama kemudian, Ieqa datang ke situ membawa semangkuk cornflake. Ayuni apa lagi, lantas mengambil mangkuk cornflake itu dan dimakannya.

Ieqa hanya membiarkan saja minah itu makan cornflakenya. Sedang khusyuk makan, Ayuni perasan sesuatu yang pelik tentang cornflake itu. Dia memeriksa cornflake itu dan mula perasan beberapa butir berwarna hitam di dalam susu. Bila ditengok balik, itu adalah semut.

Dengan pantas, Ayuni berlari ke sinki dan membuang semula cornflake yang baru dimakannya. Blue Roses terkejut dengan Ayuni yang tiba tiba menuju ke sinki diikuti dari belakang dengan perasaan khuatir.

Farah membantu Ayuni dengan memepuk perlahan belakang Ayuni dan menyimpul rambut Ayuni dari terkena muntahnya sendiri.

"Kau dah kenapa ni? Muntah muntah segala bagai? Jangan cakap yang kau dah preggy" kata Ieqa yang terkejut. Ayuni memandang tajam ke arah Ieqa dan memegang erat bahu Ieqa.

"Wahai Tengku Syafiqa Irish. Kau tahu tak kau bagi aku makan apa tadi?" tanya Ayuni yang menahan marahnya dari meletus.

"Cornflake la. Itupun aku sempat makan sikit" kata Ieqa yang memandang ke arah mangkuk cornflake di atas meja counter dapur.

"Kau tahu tak yang dekat dalam mangkuk tu ada semut? Bukan sikit tau, banyak nye tu mengalahkan dosa kau. Kau tahu ke tidak" kata Ayuni dengan geram dan memicit bahu Ieqa dengan kuat.

Ieqa sudah terencat bila diurut kuat oleh Ayuni. Nureen dan Athirah memeriksa mangkuk cornflake itu dan betul apa yang dikatakan oleh Ayuni. Penuh mangkuk itu dengan semut.

Apa lagi, Farah, Nureen dan Athirah tergelak besar melihat Ayuni yang membalas dendam dekat Ieqa kerana baig dia makan cornflake semut itu.

"Ni mesti tak tengok dulu apa yang ada dalam mangkuk pastu selamba badak je makan" kata Farah yang menahan sakit di perutnya kerana gelak banyak.

"Ok, sekarang ni. Ayuni dan Ieqa tolong kemas dapur ni yang sepah sebab kamu berdua. Tak lama nanti Dark Knight dah nak balik, aku dengan Athirah nak masak kejap lagi" kata Nureen yang menghulurkan mangkuk semut cornflake itu pada Ieqa.

Keesokannya,

"Perhatian kepada semua pengawas Sapphire High School. Anda semua diminta untuk ke bilik pengawas selepas perhimpunan ini. Ulang suara, semua pengawas diminta untuk berkumpul di bilik pengawas selepas perhimpunan ini. Harap maklum" kata Nureen dengan lemah lembut.

"Sapa tak berkumpul lepas ni, nama korang akan diblack list dalam anggota pengawas, faham" ugut Ayuni yang merampas mic dari Nureen.

Nureen sempat mengetuk kepala Ayuni dengan mic sebelum menyambungkan tugasnya memimpin perhimpunan yang tergendala tadi.

Selepas perhimpunan, semua pengawas sudah berkumpul di bilik pengawas dan dalam keadaan tersusun dalam kelas dan tingkatan yang betul.

"Bagus. Ini yang kita nak" kata Ayuni dengan bangangnya. Blue Roses menepuk dahi mereka melihat perangai Ayuni yang tidak berubah itu.

"Dalam masa 2 minggu dari sekarang, pihak atasan pengawas akan melakukan majlis Hitea dimana semua pengawas sekolah diraikan pada hari itu." kata Nick dengan tegas. Ambik kau, pernah ke Nick tegas selama ni.

"Tema pada tahun ni adalah bebas. Kamu semua boleh pakai apa yang kamu semua mahukan tapi tidak boleh yang tak cukup kain or kami akan pakaikan kain kafan pada kamu semua nanti dan masukkan ke dalam keranda yang disediakan di sana sehingga majlis habis" kata Mieza pula dengan tegas.

"Jika ada yang berminat untuk membuat persembahan, kamu boleh kasi nama kamu pada pihak atasan untuk memilihan. Tempat akan dibagitahu kemudian" kata Aryan.

Blue Roses memandang sesame sendiri, manakan tidak, Dark Knight tak pernah setegas dan menakutkan seperti itu. Tapi apa mereka perduli sebab mereka tak takut pada Dark Knight.

Selepas beberapa laporan terkini dan nasihat, ugutan diberikan, semua pengawas dibenarkan masuk ke kelas masing masing.

Ayuni yang sibuk menyusun kertas kerja untuk majlis Hitea itu terserempak dengan Amelia yang baru masuk ke bilik itu dengan buku report kawalannya.

Amelia mengambil peluang itu dengan mendekati Ayuni dan berbisik sesuatu padanya.

"Aryan akan jadi milik aku seorang je. Jangan harap kau dapat rampas Aryan dari aku" bisik Amelia. Ayuni tidak mendiamkan diri dan membalas bisikan Amelia.

"Aku nampak rupa kau yang sebenarnya. Disebalik keindahan kau yang cantik tu, tersembunyi kulit sisik ular kau. Dasar ular licik." kata Ayuni.

Amelia tersentak, dia tahu apa apa tentang kulit asalnya yang berubah seperti kulit sisik ular kerana ditutupi dengan susuk yang dipakainya. Dia lantas mengambil failnya dan berlalu keluar dari situ.

Dia terkejut yang Farah menahannya di depan pintu. Fail ditangannya digenggam erat. Sapa je tak takut kalau berdepan dengan Farah yang berhati keras tu.

"Cantik badan kau. Congrat for being preggy" bisik Farah sambil tersenyum sinis memandang ke arah perut Amelia. Amelia cepat cepat pergi dari situ dalam keadaan ketakutan.













To Be Continue~~~

[C] Blue Roses Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang