RC; AYRA VS SYARK

239 22 3
                                    

Hari yang biasa Blue Roses bersama Mark dan Syafiq.

Blue Roses yang meluangkan masa mereka di mansion Grandpa bila cuti sekolah dan tidak mahu menghabiskan masa mereka di pejabat dengan menghadap fail fail kerja yang bertimbun.

"Aku bosan la Farah" kata Ayuni yang sudah terbalik di atas sofa di ruang tamu itu. Tiktok yang sudah 3 jam dibukanya di telefon dipandang sebelah mata saja kerana kebosanannya. "Dah tu, kau nak aku buat apa? Hello bosan, saya Farah" kata Farah yang juga bosan sekali.

"Hmm, cakap dengan kau memang takde guna pun. Asyik kalah je" kata Ayuni yang melayan tiktoknya itu. "Betul tu, sebab tu aku perempuan. Perempuan tak pernah kalah" kata Farah dengan bangganya. "Kalau kau perempuan kenapa perangai macam hanat. Dah kau perempuan, aku ni apa? Jebon?" kata Ayuni yang tidak puas hati.

"Oh, kau bukan haiwan ke? Kan manusia berasal dari monyet. So kau sepupu dengan monyet" kata Farah yang sudah berfaktakan sains. "Dah sudah. Cuti cuti aku nak release tension bukan tambah tension" kata Ayuni yang membaling bantal di sofanya itu.

Farah tergelak saja melihat Ayuni yang sudah macam mayat hidup je terkena balingan bantal sofa dari Ayuni. Bantal itu dipegang erat oleh Farah yang berdiri di atas sofanya itu. "Kau asal? Nak gaduh ke?" marah Farah yang baling semula bantal itu.

Apa sa;ah bantal tu pun tak tahu la. Ayuni lantas turun dari sofa dan berdiri di depan Farah yang tinggi itu. kepalanya didongakkan sedikit. "Haah, aku nak gaduh" balas Ayuni sambil berpeluk tubuh. "Kau asal" marah Farah.

"Tak, sekarang ni, kau asal?" balas Ayuni semula. "Kau jangan sampai aku turun" kata Farah yang acah tinggi itu. "Try turun" suruh Ayuni. Farah lantas turun dari sofa dan berdiri di hadapan Ayuni. Kali ini, Farah yang terpaksa mendongak untuk melihat Ayuni.

"Aku naik balik" kata Farah yang tidak puas hati. "Nak gaduh ke" gelak Farah apabila dia tidak boleh tahan lagi. Ayuni pun turut tergelak sekali. Gelakan mereka berdua saja sudah memenuhi ruangan ruang tamu itu.

"Dah, aku dah penat gelak" kata Farah yang menahan perutnya yang sakit gelak. "Weii, weii. Jom cari Mark dengan Syafiq. Kita kikis duit diorang" kata Ayuni yang memberi idea bernas. "Otak kau kalini berfungsi pulak eh? Dah jom cari diaorang berdua" kata Farah yang bangun dari sofa.

Mereka berdua berpusing di seluruh tempat di mansion itu namun tiada jejak dari dua orang itu. "Mana mamat berdua ni? Takkan dah pupus pulak" kata Ayuni yang mengaru kepalanya. "Kita cari dekat gym. Mana tahu diorang bersenam buat six pack ke" kata Ayuni.

Mereka berdua lantas menuju ke gym yang berada di tingkat tiga mansion itu. Farah yang mulanya ingin mengintai melihat bahagian dalam gym itu terkejut. Ayuni yang ingin mengintai sekali ditutup matanya oleh Farah.

"Kau dah kenapa nyah" bisik Ayuni yang menampar tangan Farah di matanya. "Kau bawak telefon tak?" tanya Farah yang sudah cemas. "Ni hah" kata Ayuni yang menunjukkan telefonnya yang berada di gengamannya.

"Ok cun. Kau rekod eh" kata Farah. Ayuni lantas membuka kamera dan merekod video. "Dah rekod?" tanya Farah untuk kepastian. "Dah" balas Ayuni. "Ok jom" kata Farah yang membuka perlahan pintu gym itu.

Ayuni terkejut melihat Syafiq yang bercangkung di hadapan Mark yang membuat tekan tubi. "MAK! ABAH! TENGOK NI HANAFI BERDUA DUAAN" kata Farah yang mengcover mulutnya yang terkejut. "Salah tu, Grandpa, Roses! Tengok Syafiq dengan Mark buat maksiat dekat sini" kata Ayuni yang tidak lupa tengah merakam.

Syafiq yang mengira tekan tubi Mark terkejut mendengar jeritan mereka berdua yang datang tidak dijemput, dihalau baru pergi menjauh. Mark dan Syafiq lantas bangun terkejut melihat Ayuni dan Farah yang tetiba di situ dan membuat kecoh.

"Ya ampun korang berdua ni. Memang takde kerja ke nak kacau orang." kata Syafiq yang mengelap peluhnya. "Korang buat apa tadi? Jangan macam macam eh. Aku tahu korang berdua je lelaki dalam keluarga besar kita ni tapi jangan gay" kata Ayuni yang masih rekod.

"Woi, telefon tu letak lu. Kau nak rekod dah kenapa" kata Mark yang perasan Ayuni merekod mereka. "Ustazz! Tengok dia ni ustaz!" kata Farah yang masih terkejut. "Hah, nah. Ambik air ni" kata Syafiq yang menrencikkan air pada muka Farah.

"Yah, dah la berdua- duaan. Pastu buat maksiat. Ada hati nak sembuhkan orang pulak" kata Farah yang geram mukanya dipercikkan air oleh Syafiq. "Tak, yang korang berdua dekat sini dah kenapa? Mana yang lain?" tanya Mark.

"Oh, Ieqa tengah keluar. Nureen dengan Athirah macam biasala, kalau takde dekat rumah mesti dekat office" kata Ayuni. "OHHH, FAHAM... Patutla datang sini buat perangai setan korang berdua" kata Mark yang melepaskan penatnya.

"Baik korang cakap, korang nak apa sampai cari kitaorang?" tanya Syafiq yang sudah faham perangai Ayuni dan Farah. "Alah, takde benda pun" kata Ayuni yang malu malu anjing. "Oh, Ayuni cakap nak kikis duit korang berdua" kata Farah tanpa rasa malu.

"Hoi, memandai je kau ni" kata Ayuni yang menyondol lengan Farah. "Dah, korang duduk je dekat sofa bawah kalau dah siap. Tunggu aku dengan Mark siap siap dulu. Nak mandi." kata Syafiq yang membaling tuala peluhnya pada Ayuni dan Farah.

"Hoi, dasar anak derhaka" kata Ayuni dan Farah serentak. "Tapikan..."

"Apa lagi Farah oii" tanya Mark yang sudah malas nak melayan. "Kalau kau mandi, nanti kau hesmes. Kalau kau hesmes nanti kau sombong. Kalau dah sombong, nanti kau kawan dengan setan. Kalau kau kawan dengan setan nanti kau masuk neraka." kata Farah. "Betul tu, so mandi boleh buat kau masuk neraka" kata Ayuni yang menyokong.

"Sudah kalian berdua. Sekarang ni, aku mandi ke tak ke, aku still tak payah kawan dengna setan kalau korang berdua dah perangai macam setan" kata Mark yang menolak Farah dan Ayuni keluar dari gym. "Oii, jangan buat maksiat lagi" kata Ayuni dan Farah serentak. Sementara menunggu Mark dan Syafiq bersiap mandi, mereka membuat hal masing masing iaitu menular di atas sofa macam mayat hidup.

"Weh Farah, kalau aku tak lawa kan. Takde orang nak suka dekat aku, tapi kalau takde orang nak suka dekat aku, aku takde kawan. Kalau aku takde kawan, aku sedih tapi kalau aku sedih, aku akan nangis banyak. Kalau aku nangis banyak, nanti aku dehydrated. Kalau aku dehydrated, aku tak cukup air dalam badan. Kalau tak cukup air dalam badan, nanti aku mati. So kesimpulannya aku kena lawa tuk hidup" kata Ayuni.

Serentak dengan itu Farah membaling bantal sofanya pulak pada Ayuni. "Betul tu betul gak ah tapi kau lawa ke tak ke sepupu hanat kau ni la ada dengan kau" kata Farah.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now