-77-

539 45 17
                                    

"Farah, meh sini duduk sekali dengan Grandpa" panggil Grandpa yang perasan Farah yang sedang termenung di tepi balkoni.

Farah tersenyum manis pada Grandpa sebelum dia duduk di sebelah Grandpa.

"Grandpa, kalau Farah nak pergi lawat kubur Syafiq boleh kan? Lagipun, Farah dah lama tak datang melawat" kata Farah

"Boleh, nanti pergi dengan guard sekali." kata Grandpa.

"Kenapa Grandpa cakap macam tu? Selama ni elok je Farah pergi mana mana tanpa guard" kata Farah yang sudah dapat agak reaksi Grandpa.

"Bukan macma tu Farah. Farah kena ingat yang Farah ni datang sini seorang diri, tanpa bodyguard or orang bawahan Farah. Nanti mafia lain ambik peluang dekat Farah macam mana" kata Grandpa yang cuba menyakinkan Farah

"Tapikan Grandpa, Farah rindukan Syafiq. Apala khabar Syafiq sekarang ni? Mesti dia tenang je dekat sana" celoteh Farah. Grandpa tergamam mendengar luahan hati Farah itu.

"Dah, pegi tidur sana. Dah lewat malam ni, kamu tu tak elok jaga sampai tengah malam" kata Grandpa yang mahu mengubah topik.

"Baik la grandpa ku sayang. Farah masuk tidur dulu eh" kata Farah yang memeluk Grandpa sebelum masuk kedalam biliknya dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Maafkan grandpa Farah" kata Grandpa dengan perlahan

***

"Sampai jugak" kata Ace yang memandang Grandpa yang baru tiba di situ.

"Kenapa kau nak jumpa aku dekat sini?" tanya Grandpa yang sudah risau.

Dia risau yang Farah tanpa sengaja akan nampak dia dan Ace berjumpa di belakangnya.

"Kenapa kau nak risau? Selama ni elok je kita bincang dekat sini" kata Ace yang minum air starbucknya itu.

"Tapi kalini lain Ace" kata Grandpa

"Oh, sebab puteri kesayangan kau datang sini" kata Ace sambil tersengih sinis.

"Jangan berani apa apakan dia" ugut Grandpa

"Kenapa pulak tak boleh? Dia dah bunuh orang bawahan aku. Bukan sorang dua tapi yang paling berguna pulak tu" kata Ace yang marah

"Dia cuma balas dendam dia je, Ace. Kau pun tahu pasal perkara tu" kata Grandpa.

"Tapi kenapa orang bawahan aku?" tanya Ace

"Dah tkade gunanye cakap dengan kau Ace. Kau dah banyak berubah dari last aku jumpa kau" kata Grandpa

"Ini semua sebab Farah tak guna tu. Kenapa aku rasa yang aku kenal dia, kenapa aku rasa yang aku pernah sayang dekat dia. Siapa dia dalam hidup aku?" tanya Ace pada Grandpa.

"Lupakan dia, Ace. Dia bukan milik kau lagi, dia dah kahwin dengan orang lain and dah ada anak pun" kata Grandpa yang tidak mahu apa apa berlaku dekat Farah.

"Aku tak kira pun pasal perkara tu, kau yang bertanggungjawab atas semua benda yang berlaku ni. Kau yang pisahkan aku dengan Farah" kata Ace dengan bengang

"Aku buat semua tu untuk kebahagiaan korang berdua dengan yang lain jugak" kata Grandpa yang cuba membela dirinya.

"Kebahagiaan? Selama ni kau tak nampak ke yang aku dengan Farah gembira je berdua. Kenapa kau buat semua ni sedangkan kau tahu yang benda ni akan buat lebih banyak masalah" kata Ace.

"Kau tak tahu apa apa sejak 5 tahun lepas" kata Grandpa dengan selamba.

"Memang aku tak tahu apa apa tapi apa yang aku tahu Farah milik aku bukan milik orang lain" kata Ace dengan tegas.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now