-79-

511 52 1
                                    

"Tempatkan budak budak tu dekat nursery baru." arah Ian yang melihat anak anak Blue Roses yang ketiduran itu digendong oleh pengasuh yang diupah mereka.

"Kita nak buat apa dengan budak budak tu? Takkan nak jaga diorang sampai Farah datang sini?" tanya Ian pada Ace dalam panggilan.

"Simpan je, benda tu umpan tuk tarik Farah datang ke situ. Tapi aku perlukan sau lagi umpan besar tuk tarik Farah balik ke situ" kata Ace

"Apa dia?" tanya Ian.

***

Sudah beberapa hari sejak Blue Roses dan Dark Knight bergaduh besar. Mereka masing masing mengadakan perang dingin antara satu sama lain. Namun Blue Roses masih buat tanggungjawab mereka untuk sedikan makanan, minuman dan pakaian kerja suami mereka masing masing.

Mereka sudah tidak tidur bersama sejak hari itu walaupun sudah dipujuk oleh Dark Knight tapi Blue Roses lebih memilih untuk tidur bersama di ruangan anak mereka.

Tiap malam, Dark Knight akan mengintai Blue Roses tidur dari luar kerana setinggi mana ego mereka, Blue Roses jugak akan membuatkan mereka sedar keberadaan mereka di sisi Dark Knight.

"Harini kita orang balik lambat sikit tau sebab harini kita orang kena tengok tapak projek dengan client" kata Nick yang memberitahu keberadaan Dark Knight sepanjang hari itu.

"Ok" kata Ayuni mewakili Blue Roses. Blue Roses memandang kearah Nick yang seakan tidak cukup rehat. Mereka faham keadaan Nick yang begitu hilang tempat bersandar di mana Farah masih di US menguruskan syarikat di sana serta anak mereka yang tidak tahu keberadaannya.

"Mereka dah gerak, tuan" kata seseorang melalui interkom yang dipakai di telinganya. Dia memandang temannya di tempat pemandu mengisyaratkan kerja mereka bermula. Mereka berdua lantas mengikut Dark Knight dari belakang secara senyap dan licik agar tiada sapa tahu akan keberadaan mereka di situ.

Beberapa jam sebelum,

"Khai dengan Iz, kamu berdua tolong pantau pergerakan Dark Knight untuk hari ni disebabkan hari ni saya dengan yang lain ada meeting tergempar. Kalau ada apa apa yang berlaku, inform segera dekat saya" kata Faris yang menyuruh dua orang bawahannya yang dia percaya untuk menjaga Dark Knight.

Khai dan Iz segera menyiapkan apa yang patut sebelum mereka keluar dari markas itu untuk menjalankan suruhan Faris. Mereka sudah berada di luar Blue Roses Mansion, menunggu Dark Knight keluar berkerja.

Tak lama kemudian, mereka melihat Dark Knight yang keluar dari mansion dan menuju ke tempat kerja. Tanpa membuang masa, mereka berdua lantas mengikut Dark Knight sehingga tiba di syarikat. Mereka memarkingkan kereta mereka sebelum mereka menyamar menjadi pekerja syarikat di situ untuk memerhatikan gerak langkah Dark Knight.

Memandangkan Dark Knight bekerja di aras yang sama menyenangkan lagi pengawasan mereka. Iz menuju ke salah satu PA Dark Knight yang sedang duduk berkumpul membawang.

"Hai si cantik sekalian, harini Tuan Dark Knight takde apa apa ke meeting luar?" tanya Iz. PA Dark Knight tersenyum melihat Iz yang berpakaian segak itu dan rupa parasnya yang hensem.

"Untuk harini Tuan Dark Knight hanya ada lawatan ke tempat pembangunan untuk projek terbesar mereka dalam pukul 3 macam tu, kenapa?" kata salah satu PA itu

"Takde, saja tanya sebab saya dengan kawan saya kena ikut Tuan Dark Knight pergi lawatan itu jugak. Tu yang saya tanya Tuan Dark Knight gerak bila sebab saya nak siapkan apa yang patut. Tapi apa apa pun thanks si cantik" kata Iz yang pergi dari situ sambil membuat muka loyanya di belakang PA gedik itu.

"So macam mana?" tanya Khai yang sedang bermain mainan di dalam computer.

"Dark Knight akan pergi lawat tapak binaan untuk projek terbesar mereka dalam pukul tiga ni." kata Iz yang duduk di meja sebelah Khai yang kosong.

"Itu je jadual mereka harini?" tanya Khai untuk kepastian

"Haah, itu je tuk harini" kata Iz yang turut bermain mainan di komputer. Tiba saja pukul 3, Iz memandang Dark Knight yang sudah bersiap siap untuk pergi lawat tapak binaan. Iz lantas mengejutkan Khai yang sedang lena tidur memandangkan dia duduk di bawah aircond.

"Khai bangun. Dark Knight dah gerak" kata Iz. Khai segera bangun dan mereka berdua segera menuju ke lift mengikut Dark Knight dari belakang.

"Kau rasa tapak tu dekat mana?" tanya Khai yang sedang memandu mengikut Dark Knight dari belakang.

"Tak tahu. Kau teruskan je ikut diorang dari belakang. Aku informkan pasal perkara ni dekat tuan Faris kejap" kata Iz.

Khai yang mengikut Dark Knight dari belakang mula rasa tidak sedap badan manakan tidak mereka masuk ke tempat yang tidak dipenghuni oleh orang atau lebih dikenali tempat binaan lama.

Khai menghentikan kereta mereka di sebalik semak agar tiada sapa perasan kehadiran mereka berdua di situ.

"Kita buat apa dekat sini?" tanya Iz yang baru perasan keadaan sekeliling

"Diorang berjumpa dengan seseorang dekat sini, jom kita pantau diorang dari bangunan ni" kata Khai yang menunjuk ke arah bangunan terbiar ynag berdekatan dengan mereka.

"Jom" kata Iz.

Mereka berdua segera keluar dari kereta mereka dan masuk ke dalam bangunan terbiar itu. Mereka memerhatikan Dark Knight dari tingkat dua bangunan itu kerana mereka tidak mahu terlepas pandang Dark Knight bila Dark Knight keluar dari tempat itu.

"Signal dekat sini tak berapa baik sangat. Kenapa mereka datang sini jugak" kata Iz yang memandang teleponnya.

Perkara ni menguatkan lagi perasaan Khai yang sudah dapat agak akan berlaku sesuatu.

Dark Knight pov

"Lama lagi ke, Aryan?" tanya Qalif yang memandang sekeliling yang seakan hutan itu.

Mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan partner projek mereka di tempat yang ditetapkan namun setakat ni mereka hanya nampak sekelilingnya seakan hutan dan tempat bangunan lama yang terbiar.

"Dah sampai, tu mungkin diorang" kata Nick yang perasan kehadiran seseorang di situ selain mereka berlima. Mereka lantas turun dari kereta dan mengemaskan pakaian mereka sebelum berjupa dengna partner projek mereka.

"Encik Syafiq?" panggil Nick dengan teragak agak. Lelaki yang disapa itu lantas menanggalkan kaca mata hitamnya dan tersenyum sinis melihat kehadiran Dark Knight di situ.

"Ye saya. Maaflah kalau kamu semua tidak senang berada di sini. Ye la mana tahu kamu semua dah terbiasa berada di tapak binaan yang lain dari tempat ni" kata Syafiq yang bersalaman dengan Dark Knight

"Tak mengapa, so kita boleh teruskan dengan tujuan kita?" tanya Aryan

"Oh silakan" kata Ian. Dia menunjukkan keadaan sekeliling dan cadangan untuk membina projek mereka serta beberapa idea tambahan.














TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now