.16.

1.7K 71 3
                                    

"Farah" panggil Ayuni dengan terkejut

Mereka lantas mendapatkan Farah dan Nick dan duduk di meja itu. Hazim yang di kerusi bayi di riba Farah.

"Dah habis dah movie korang kan. Jom balik" kata Farah yang ingin pergi dari situ

"Aku tahu kau dah makan tapi kau kasihanilah aku ni yang kebulur ni" kata Ieqa yang tengah lapar

"Kau makan je la. Lagipun, pergi tadi naik kereta masing masing kan" kata Farah yang dingin

"Ma....ma...." kata Hazim yang sedang bermain dengan baju Farah

"Oh my god" jerit Ayuni yang excited tu

"Kau ni dah kenapa? Malu sikit dekat orang lain" tegur Aryan yang malu dengan kelakuan Ayuni

"So? Ada aku kesah?" balas Ayuni yang memegang Hazim

"Seriusla apa yang aku dengar tadi? Bukan selama ni dia babbling je ke?" tanya Ieqa yang tidak percaya.

Dia lantas mencubit pipi Hazim yang tembam itu. Hazim pula apa lagi menangis la di situ sebab sakit. Kau ingat tak sakit ke kena cubit even pipi pau.

"Sekali lagi kau sentuh anak aku, aku bunuh kau" kata Farah yang mengambil Hazim dari Ayuni

Farah lantas memujuk Hazim agar berhenti menangis. Farah memandang tajam ke arah yang lain sebaik saja Hazim tertidur di pelukan Farah. Yang lain memandang anak mata Farah yang bertukar dari merah ke biru.

"Farah, aku rasa Hazim dah tidur tu. Kang dia bangun nanti kalau kau kejutkan dia" kata Nureen yang cuba menenangkan Farah

Farah menghela nafas berat. Anak matanya kembali kepada warna asal. Yang lain bersyukur kerana Farah tidak buat perkara yang bukan bukan.

"Sejak bila kau ada anak eh?" tanya Mieza yang pelik

Farah tidak menjawab malah dia pergi dari situ tanpa kata kata. Blue Roses dan Dark Knight terkejut dengan perubahan Farah. Nick lantas mengikut Farah dari belakang meninggalkan yang lain

"Kenapa kau tanya macam tu dekat dia" marah Ayuni

"Takla. Aku pelik je tengok Farah ada anak. Kau nak marah aku pahal?" tanya Mieza yang tidak puas hati

"Relaxla korang. Tak puas lagi ke gaduh setiap kali jumpa? Korang ni tak penat ke asyik gaduh je memanjang" marah Athirah yang sudah naik angin

"Ok. Sekarang ni aku nak korang semua berbaik. Aku taknak dengar korang gaduh lagi" arah Nureen yang sudah muak asyik gaduh dengan Dark Knight.

"Ok. Kita buat gencatan senjata" kata Aryani dan Mieqa serentak.

"Now, kita harap yang Farah tak buat kerja giler" kata Aidil

"Dia takkan buat kerja giler. Dia ada Hazim" kata Nureen

"Hazim?"

"Oh. Budak kecik dengan Farah tadi Hazim. Tengku Syafiq Hazim" kata Athirah

"Wait... Tengku Syafiq Hazim? Bukan Syafiq yang Exora cerita tu dah meninggal ke?" tanya Qalif yang keliru

"Hazim adik kepada Syafiq. Keluarga Syafiq sanggup biarkan Farah jaga Hazim sebab dia seiras dengan wajah Syafiq." kata Ieqa dengan slow

"So Hazim bukan anak Farah la maksudnya?" tanya Aryan

"Farah ambil Hazim sebagai anak angkatnya." kata Nureen

"Dahla. Kita makan then balik. Aku risaukan Farah ni" kata Ieqa

Nia pov

"Farah, stop" panggil Nick dari belakang.

"Kenapa kau ikut aku? Kau boleh ikut diorang" kata Farah yang cuba menghalau Nick dari dekat dengannya.

Dia lantas mengeluarkan kunci keretanya dan meletakkan Hazim di kerusi baby sebelum dia menuju ke bahagian pemandu

Nick lantas merampas kunci kereta Farah dan membuka pintu tempat duduk sebelah pemandu. Farah lantas masuk ke kereta di tempat sebelah pemandu. Nick lantas menuju ke bahagian pemandu.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Nick yang start enjin

"Villa keluarga aku. Aku nak hantar Hazim balik" kata Farah yang sudah memandang luar.

Nick lantas memandu sebaik saja menetapkan GPS ke Villa keluarga Farah. Nick memandang Farah yang masih beku di tempat duduknya. Sepanjang perjalanan terasa dingin tanpa sebarang perbualan.

"Apa nama penuh hazim?" tanya Nick yang cuba memecahkan kesunyian

"Tengku Syafiq Hazim" kata Farah yang dingin

Sebaik saja sampai ke villa keluarga Farah, Farah lantas keluar dari kereta dan mengendong Hazim masuk ke dalam rumah.

"Masukla" kata Farah sepatah sebelum dia hilang bersama Hazim.

"Jemput duduk. Nanti saya panggilkan puan Rose" kata pembantu rumah, Mak Mah.

"Terima kasih" kata Nick yang lantas duduk di ruang tamu. Mak Mah sudah masuk ke dapur untuk hidangkan air pada Nick

Mama Rose yang baru turun perasan kehadiran Nick di ruang tamu.

"Kamu ni siapa ye?" tanya mama Rose yang duduk di depan Nick

"Saya kawan Farah. Nama saya Nick" kata Nick yang perkenalkan diri dia.

"Ohh. Farah tak pernah bagitahu mama tentang kawan lelaki dia yang lain" kata mama Rose

"Maksud saya sebenarnya aun-"

"Just call me mama Rose" pintas mama Rose yang ingin meredakan segan Nick

"Sebenarnya, saya dengan Farah tak berkawan pun. Kitaorang baru je kenal" kata Nick yang segan itu

"Mama, ji geum eodiya? (mama di mana?)" panggil Farah yang mencari mamanya merata tempat

"Mama dekat sini je dengan kawan kamu ni" kata mama Rose.

Farah segera turun dari bilik Hazim. Farah melihat mak Mah yang menghidangkan air pada Nick. Mamanya pula mengajak dia duduk sekali dengan mereka.

"Mama, Hazim tengah tidur dekat atas. Farah nak kena gerak ni" kata Farah yang ingin cepat pulang

"Kenapa cepat sangat ni? Rehat dulu dekat rumah ni. Kamu tu dah lama tak jaga Hazim. Pergi jaga dia" pujuk mama Rose.

"Mak Mah, tolong keluarkan barang dapur yang mentah. Masukkan dalam peti ais biar tak busuk" kata Farah sebelum dia naik ke bilik Hazim

"Takpe Mak Mah. Biar saya tolong" kata Nick yang segera menuju ke kereta Farah.

"Baik juga kamu ni. Macam mana kamu boleh kenal dengan Farah?" tanya mama Rose sebaik saja Nick membantu Mak Mah

"Oh, mama Lily yang kenalkan saya dengan kawan saya yang lain dekat Roses" kata Nick yang segan

"Roses?" tanya mama Rose yang pelik

"Ha'ah. Farah dan kawannya group Roses" jelas nick

"Mereka sebenarnya Bl-"

"Mama, Farah kena gerak sekarang. Ada perkara penting nak kena settlekan" pintas Farah.

"Kalau macam tu tak pela. Nanti balik sini sekali sekala. Hazim perlukan kamu bukannya Afiq dengan Alif je" kata mama Rose

"Biarkan la. Hazim tu pun perlukan kasih sayang seorang ayah jugak. Farah bagi dia kasih sayang seorang ibu so si kembar tu bagi kasih sayang seorang ayah dekat Hazim" kata Farah yang sudah mengetahui niat mamanya.

"Yela Farah oii. Kalau cakap dengan kamu memang takkan habis. Ambik dulu bahan mentah dekat peti nanti. Kang tertinggal susah pulak nak patah balik nanti" kata mama Rose

"Kalau macam tu Farah gerak dulu" kata Farah yang bersalam dengan mama Rose.

Dia lantas menarik Nick ke dapur untuk mengangkut barang mentah ke keretanya semula. Mereka berdua pergi dari situ.


















TO BE CONTINUE~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now