"Ada apa call datang sini?" tanya Khad yang tidak tahu menahu itu.
"Farah hilang sejak pagi tadi. Korang tahu tak dia pergi mana?" tanya Nureen pada Hunter dan Shadow.
"Tak, kitaorang tak tahu langsung. Farah clearkan jadual dia untuk 5 bulan ni sebab dia nak rest" kata Akmal yang merupakan pengurus syarikat itu.
"Kak Farah hilang tanpa khabar berita? Pelik" kata Eva yang keliru itu.
"So korang memang tak tahu dia or tahu plan dia yang sebenar?" tanya Athirah.
"Tak, Farah tak jumpa aku dengan Faiz beberapa bulan lepas." kata Akmal yang berterus terang.
"Aku pun sma, kitaorang bincang pun pasal projek dekat pengkalan tu je" kata Faris.
"Hantu dengan KK ada urusan apa eh dekat Korea? Setakat aku tahu kalau urusan dekat Korea itu semua urusan Farah" kata Ayuni yang memandang Faiz.
"Farah serahkan projek dekat Korea untuk KK dan Hantu. Deena ikut diorang sekali memandangkan dia nak bercuti sekali dekat sana" kata Faiz dengan nervous.
Jujur, dia tahu rancangan Farah dengan Abid tapi dia tidak mahu ada kaitan dengan diorang berdua.
"Dah check CCTV?" tanya Aina.
"Dah, tapi CCTV kena hack dengan Farah minggu lepas lagi. Kitaorang pun tak sedar pasal perkara tu" kata Aidil.
"Kita doakan saja la kak Farah selamat" kata Aliah.
"Macam mana dengan Ain, Airin? Dia tahu tak yang Farah hilang?" tanya Aliah lagi.
"Tak, diorang ingat yang Farah ikut KK dengan Hantu pergi kerja. Jujur, aku tak tahu nak cakap apa dengan diorang bila diorang tanya Farah mana." kata Ayuni yang menahan air matanya yang hampir mengalir.
"Takpelah kalau macam tu, atleast diorang tahu yang Farah ada dengan diorang. Yang penting kita semua kena kuat, doakan yang terbaik untuk Farah dekat sana" kata Faiz.
Sedih hatinya bila tahu anak buahnya ditipu tapi apakan daya, mereka semua tidak mampu terima hakikat yang Farah pergi tinggalkan mereka semua sekali lagi. Inikan anak dia yang masih kecil lagi, mesti Ain dan Airin menangis teruk mahukan Farah ada dengan mereka.
###
Farah memandang keluar tingkap melihat permandangan yang indah di situ namun itu semua tidak mampu menghapuskan perasaan rindunya pada keluarga kecilnya.
Dia memeluk tubuhnya yang dibaluti dengan baju hoodie Nick. Tanpa dia sedar, Mark dan Deena melihat keadaannya yang lemah itu.
"Aku tak tahu sanggup ke Farah kuat selama treatment ni. Tengok la dia, baru beberapa hari berpisah dah macam tu." kata Mark.
Deena hanya mengangguk saja dengan kenyataan Mark itu. Dia mula merasakan mual di mulutnya lantas masuk ke bilik Farah dan menuju ke sinki. Farah yang terkejut itu melihat Mark yang berada di depan pintu biliknya.
Farah lantas mendapatkan Deena yang muntah muntah di tandas nya.
"Deena, Deena ok tak ni?" tanya Farah yang menepuk nepuk belakang Deena dengan perlahan. Deena segera membasuh mulutnya dan membuang muntahnya.
"Tak tahu, salah makan kot" kata Deena yang berasa mual mual lagi.
"Deena, Deena tahu tak apa yang akak rasa sekarang ni?" tanya Farah yang dapat meneka apa yang berlaku pada Deena.
"Kenapa kak?" tanya Deena yang tidak tahu apa apa.
"Akak rasa Deena pregnant. Jom kita pergi klinik" kata Farah yang mengajak Deena ke klinik.
"Preggy? Tak mungkin la kak, alah je kot" kata Deena yang cuba menafikan perkara itu.
"Kalau Deena tak nak pergi dengan akak, nanti akak suruh Abid hantar Deena pergi klinik" kata Farah.
"Ok Deena ikut akak pergi klinik" kata Deena. Farah hanya tersenyum saja melihat Deena yang keluar dari biliknya. Dia lantas bersiap siap untuk keluar dengan Deena. Selesai saja bersiap, dia lantas menuju ke ruang tamu untuk menunggu Deena bersiap.
"Kau nak pergi mana ni?" tanya KK yang baru balik.
"Hantu mana?" tanya Farah.
"Dia balik lambat, katanya kena settlekan hal tu dulu sebelum korang berdua buat treatment." kata KK.
"Ohh, aku dengan Deena nak keluar kejap." kata Farah yang perasan kehadiran Deena.
"Ok, nanti apa apa call aku ataupun Mark" kata KK yang lantas masuk ke biliknya. Farah dan Deena lantas keluar dari rumah itu. Mereka tiba di klinik dan lantas membuat pemeriksaan terhadap Deena.
"Tahniah puan Deena, kamu mengandung 3 bulan. Pastikan awak cukup rehat dan jangan buat benda berat berat" kata doktor yang memeriksa Deena. Farah gembira mendengar perkara itu lantas memeluk erat Deena.
"Congrats" kata Farah yang gembira itu. Mereka berdua lantas menuju ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat dan vitamin yang disarankan doktor. Sedang sibuk menunggu, Farah mula berada mual dengan bau ubat yang ada di situ.
"Kak Farah ok ke tak ni?" tanya Deena yang melihat muka Farah yang nampak pucat itu.
"Akak ok je. Tak tahan la dengan bau ubat ni, kuat sangat" kata Farah. Selesai saja urusan di klinik, mereka berdua lantas menuju ke rumah. Kepulangan mereka disambut dengan Mark yang sudah menunggu mereka berdua dengan risaunya.
"Kemana lama sangat ni, risau tahu tak" kata Mark yang membantu Farah.
"Mana Abid?" tanya Deena. Dia ingin sampaikan berita itu terlebih dahulu pada Abid.
"Abid baru je balik tadi, mungkin dekat atas kot" kata Mark yang menjaga Farah dengan ketat. Deena tersenyum kecil sbeelum dia menuju ke biliknya. Dia dapat melihat Abid yang memandang permandangan luar.
"Abid"
"Oh Deena, dari mana tadi dengan Farah?" tanya Abid. Deena lantas meletakkan tapak tangan Abid di bahagian perutnya. Muka Abid seakan keliru dengan telatah Deena namun dia dapat teka apa yang Deena cuba sampaikan.
"Betul ke ?" tanya Abid untuk kepastian. Deena mengangguk kepalanya sebelum Abid memeluk erat. Mereka lantas memberitahu yang lain tentang perkara itu dengan gembira.
"Hantu" panggil Farah.
"Ada apa?" tanya Hantu yang memandang Farah yang tengah serius itu.
"First sekali tahniah. Second, treatment aku akan start dua hari lagi. Third, aku taknak kau tewas dalam treatment ni. Kau ada tanggungjawab yang besar dan support yang kuat dekat sini. Jangan sesekali kau berani mati dalam pantauan aku" kata Farah yang mengugut Hantu.
"Aku mungkin tak tapi kau, kau macam mana pulak? Kau terlampau lemah even treatment belum start buat lagi" kata Hantu.
"Aku ok je, mungkin masa aku dah hampir" kata Farah yang seakan bergurau itu.
"Jangan cakap macam tu, Deena tahu yang akak akan kuat dan berjaya dalam treatment tu" kata Deena yang menyemangatkan Farah.
"Betul tu, aku takkan benarkan bidadari aku ni mati macam tu je, bukan dalam jagaan aku" kata Mark yang cuba menceriakan suasana.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...