~100~

453 40 3
                                    

Still flashback

Farah melihat Ayuni dan Puteri Bunian yang sedang bermain dengan bayi jin. Farah lantas mendapatkan mereka berdua.

"Tuanku, tuanku nak buat apa dengan bayi ni?" tanya Farah yang pelik. Puteri Bunian itu tergelak kecil sambil mengelus lembut pipi bayi tersebut.

"Mungkin menjaganya seperti anak jin yang lain. Beta tahu walaupun dia tercipta dari persetubuhan haram tapi dia tiada kena mengena dengan ibu bapa kandungnya" kata Puteri itu.

"We minah, kau ok tak?" tanya Ayuni yang menyiku Farah.

"Kau tengok aku sekarang, kau nampak ada aku sakit ke?" balas Farah.

"Ada, sakit mental" kata Ayuni. Farah menepuk lengan Ayuni dengan sekuat hatinya.

Sedang mereka bertiga seronok berbual, datang seekor harimau belang menuju ke arah mereka.

Farah dan Ayuni lantas mendekati harimau tersebut dan mengusap lembut. Harimau itu la yang menjaga keturunan mereka. Dan puteri bunian itu adalah salah satu kenalan mereka memandangkan mereka mempunyai talian dengan dunia makhluk halus.

"Kamu berdua tidak boleh lama lama di sini. Nanti kamu berdua akan terperangkap di sini kalau matahari hampir terbit." kata Puteri itu yang memandang ke arah langit yang seakan menunjukkan tanda matahari bakal terbit.

"Kalau macam tu, izinkan kami balik semula ke dunia kami, tuanku" kata Farah dengan lembut.

"Sebelum tu, beta nak bagitahu kamu berdua yang mungkin ada seseorang dengki pada kamu berdua terutamanya kamu, Ayuni. Orang tu akan cuba rampas apa yang kamu ada dengan benda benda terkutuk ni. Beta pesan agar kamu berdua berhati hati nanti" kata Puteri itu.

Farah dan Ayuni memandang satu sama lain terkejut dengan perkara itu. Siapa yang tergamak membuat perkara itu.

"Baik la tuanku." kata Farah. .

"Kami akan sentiasa berjaga jaga" sambung Ayuni pulak. Mereka berdua menuju ke gerbang masuk yang bercahaya di tepi kawasan itu.

Mereka sempat melambai ke arah Puteri Bunian itu dan harimau yang berdiri di sebelahnya sebelum pergi dari situ.

Sejak Farah dan Ayuni balik ke dunia manusia, Ayuni dan Farah tidak bercakap dengan sesiapa melainkan sesama mereka.

Puas Nick dan Aryan memujuk mereka berdua namun tiada hasilnya. Khabar dari Amelia yang sedang berada di hospital selepas kehilangan banyak darah secara tiba tiba itu membuatkan semua orang di situ berasa jijik dengan dirinya kerana mengandungkan anak jin secara haram.

"Farah, Ayuni. Sampai bila korang nak diamkan diri ni?" tanya Nureen yang cuba bercakap dengan Farah dan Ayuni. Namun tiada balasan dari mereka berdua.

"Korang berdua makan benda ni" kata Athirah yang menghidangkan pulut kuning dan rendang ayam pada Farah dan Ayuni.

"Jangan buat perangai macam ni. Kesian aku tengok Nick dan Aryan tu bila korang berdua abaikan diorang. Apa apa pun yang terjadi, korang berdua tu isteri sah diorang and diorang still suami korang" kata Ieqa yang memberi nasihat.

Farah dan Ayuni langsung tidak membalas dan makan makanan yang dihidangkan oleh Athirah tadi dengan senyap. Blue Roses mungkin dah terbiasa dengan perkara itu namun bukan Dark Knight.

Mereka bertiga lantas keluar dari taman mini itu dengan hati yang berat. Mereka tak tahu sampai bila Farah dan Ayuni akan jadi seperti ini.

Farah yang perasan mereka sekarang berdua lantas memecahkan kesunyian.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now