Blue Roses pov
Blue Roses masih berlatih menguatkan skill mereka masing masing diperhatikan oleh Mark dan Abid dari bilik pantauan. Mark dan Abid mengagumi semangat Blue Roses yang berlatih sementara menunggu masa mereka untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan.
Mark memandang ke arah jam lantas menuju ke interkom. Butang suara ditekan sebelum dia bercakap.
"Blue Roses boleh berhenti sekarang dan berehat. Dalam dua jam lagi kita akan gerak ke tempat tu so jangan bazirkan tenaga korang dekat sini." kata Mark melalui interkom itu. Blue Roses segera berhenti dari berlatih dan berehat.
"Kau tak rasa yang mereka tak perlu ikut sekali dalam plan ni?" tanya Mark
"Sebab tu aku arahkan mereka jadi backup plan supaya mereka rasa tidak terabai dan tak mampu buat apa apa tambahan pulak Farah memang nak mereka muncul semula" kata Abid. Mark hanya mengangguk saja memahami tindakan Abid itu.
Skip time
Mereka tiba di lokasi di mana Farah, Dark Knight dan anak mereka dikurung. Abid lantas mengarahkan Akmal dan beberapa orangnya menghack sistem dalam bangunan itu dan mematikan semua pengera dan CCTV yang ada di situ.
Manakala KK dan Faris sudah bersiap sedia dengan anak buah mereka untuk menyerbu masuk ke bangunan itu. Faiz pulak bersama anak buahnye sudah mengelilingi bangunan tersebut bersama pistol dan snipper mereka masing masing.
Sebaik saja sistem CCTV sudah dimatikan, Faiz dan anak buah mereka menembak pengawal yang berada di luar bangunan yang sedang mengawal. Faiz memberikan signal dimana pengawal luar sudah dihabiskan memberi ruang pada KK, Faris dan anak buah mereka masuk ke dalam bangunan itu. Blue Roses memandanng keadaan dalam bangunan itu melalui cermin dan pintu yang terbuka.
Dark Knight yang risau memikirkan keselamatan Farah dan Nick terkejut dengan bunyi tembakan yang kuat di situ. Mereka seakan tahu yang ada orang datang menyelamatkan mereka di situ.
Faris dan KK berlawan dengan pengawal yang berada di situ bersama anak buah mereka.
"Kumpulan Beta boleh masuk" kata KK melalui walkie talkie mininya. Mark dan Abid memandang satu sama lain sebelum memandang ke arah Blue Roses yang sudah bersedia.
"Korang masuk dan cari anak korang. Aku dengan Mark akan cari Farah" kata Abid memandangkan bangunan itu ada 3 tingkat. Kedudukan KK dan Faris berada di tingkat 3, Abid dan Mark akan berada di tingkat 2 manakala Blue Roses akan berada di tingkat satu.
"Jangan, ikut kita orang" kata Ayuni.
Dia berasa tidak sedap hati pasal perkara itu. Abid memandang Mark yang hanya mengikut saja. Mereka lantas menuju ke beberapa bilik yang ada di situ. Kebanyakan bilik di situ kosong membuatkan mereka berasa risau.
Ayuni yang ingin naik ke tingkat atas terhenti apabil mendengar satu suara yang dia kenal di salah satu bilik yang mereka tidak pergi lagi kerana terlindung.
Ayuni membuka pintu itu dan melihat anak anak mereka yang sedang seronok bermain di situ disertakan beberapa orang pengasuh yang ada di situ. Ayuni lantas memanggil Blue Roses yang berada di bilik lain untuk datang ke situ.
Rindu Blue Roses terubat sebaik saja meliht anak anak mereka yang tidak diapa apakan dan selamat semua. Namun mereka tidak boleh berada di situ, mereka mahu mencari suami mereka, Dark Knight walaupun Dark Knight dan mereka masih dalam pertengkaran.
Ayuni mengarahkan pengasuh tersebut agar menjaga anak mereka sementara mereka mencari Sark Knight. Abid dan Mark mengetuai kumpulan mereka dan mengawasi pergerakan sepanjang naik ke tingkat atas.
Mereka berjumpa dengan KK dan Faris yang baru saja turun dari tingkat atas.
"Ada apa apa dari atas?" tanya Mark pada Faris dan KK.
"Takde, semua bilik kosong dan semua pengawal sudah dibunuh" kata KK. Mark mengarahkan KK dan Faris membawa keluar kumpulan mereka dan anak anak Blue Roses yang berada di tingkat satu.
Athirah yang berasa tidak sedap hati lantas membuka pintu yang berdekatan dengannya. Sebaik saja pintu itu dibuka, dia nyaris ditembak.
Abid yang perasan perkara itu lantas mendekati Athirah manakala Mark sudah menyerang pengawal yang berada dalam bilik tersebut.
Blue Roses mengambil kesempatan untuk masuk ke bilik itu dan melihat suami mereka, Dark Knight yang diikat lemah dengan kesan lebam dan bengkak di seluruh badan mereka. Blue roses membuka ikatan tersebut lantas memeluk suami mereka masing masing.
"Maaf" kata Dark Knight
"Tak mengapa, kita orang faham apa yang korang rasa" kata Ayuni.
"Mana Nick?" tanya Nureen yang pelik kerana tiada Nick di situ.
"Salah sorang pengawal bawak dia pergi dari bilik ni. Mungkin dia ada dengan Farah dekat bilik lain dan sama dengan Syafiq" kata Qalif.
"Mark, Abid. Bawak Dark Knight turun dan rawat mereka mana yang boleh. Biar kitorang yang cari Farah" kata Ayuni.
"Tak boleh, korang-"
"Biar kita orang handle benda ni sendiri. Jom Blue Roses, kita ada reunion nak hadir" kata Ayuni yang pintas kata Mark sebelum dia dan yang lain keluar dari bilik itu.
Farah pov
Farah mengambil cebisan kaca yang ada di situ dan menyerang Syafiq. Syafiq mengelak dirinya dengna berlari keluar dari bilik kecil itu. Sekarang, dia dan Farah berada di bilik besar di mana Farah melihat Syafiq memukul Nick dari situ.
"Kau kena terima kenyataan yang Farah bukan milik kau lagi" kata Red dengan tegas sbeelum menyerang Syafiq semula. Mereka berdua saling berlawan sehingga mereka cedera di lengan dan kaki mereka akibat serpihan kaca pecah.
Syafiq menolak Farah sehingga Farah jatuh pada serpihan kaca yang berselerakkan di lantai. Farah memandang ke arah lengannya yang calar dan tertusuk dengan kaca cermin itu. Dia cuba untuk bangun walaupun dia tahu yang tenaganya sudha tidak banyak lagi.
Syafiq mengambil peluang itu dengan mengacukan sebelum dia menarik picu pistol itu. Perkara terakhir yang Farah dengar adalah seseorang yang memanggil namanya sebelum dia tidak sedarkan diri lagi lepas itu.
"FARAH"
TO BE CONTINUE ~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...