Sebaik saja Nureen dan Athirah menyiapakan keperluan Dark Knight dan menghantar anak mereka di taska, mereka berdua pergi ke pejabat dengan risau akan minah bertiga yang tidak pulang ke rumah semalam. Mereka berdua terus menuju ke pejabat Farah sebaik saja tiba di pejabat dan melihat Farah yang masih tidur dikelilingi kertas kerjanya yang bertimbun lagi.
Mereka berdua pergi pula melihat Ayuni dan Ieqa yang tidur di pejabat mereka masing masing, "Dekat sini rupanya, penat sangat la tu semalam" kata Nureen dengan perlahan menutup pintu pejabat Ieqa.
"Mungkin nak siapkan cepat kerja diorang yang bertimbun tu. Kejap lagi kita kejutkan diorang tuk sarapan dan balik rehat" kata Athirah yang masuk ke pejabatnya diikuti dengan Nureen. Mereka berdua masih perlu menyiapkan kerja bersama.
Kring.... Kring......
Nureen mengangkat panggilan Nick. "Kenapa kau call ni?" tanya Nureen yang pelik. "Ni, minah bertiga tu ada dekat pejabat ke?" tanya Nick dari sebalik telefon. "Ohh, diorang ada je dekat sini. tertidur kot sebab banyak sangat kerja mereka yang bertimbun" kata Nureen.
"Ok la, nanti suruh mereka sarapan sebab semalam tak makan malam nanti gastrik kang Farah dengan Ieqa tu" kata Nick sebelum menamatkan panggilan.
"Risau bebenar Nick tu" kata Athirah yang menaip sesuatu. "Mana tak nye, si Farah tu kalau benda pasal kesihatan dia, sampai mampus takkan terjaga kalau takde sapa yang jaga dia" kata Nureen. Mereka berdua berbincang semula kerja mereka yang terhenti tadi.
12 tengah hari,
"Eh Athirah. Mampus" kata Nureen yang mengemas kertas kerjanya. "Kenapa?" tanya Athirah yang pelik.
"Kita tak kejut si minah bertiga tu sarapan. Sekarang dah lunch" kata Nureen. Athirah mula panic sekali dengan Nureen. Mereka berdua segera masuk ke pejabat Ieqa yang bersebelahan saja.
Mereka melihat Ieqa yang memandang mereka dengan muka sembamnya kerana dia baru bangun tidur. "Good morning" kata Ieqa dengan perlahan.
"Morning too, jom lunch. Kang gastrik mampus aku dengan Athirah" kata Nureen yang menarik Ieqa yang tidak bergerak dari tadi. Athirah pula mengemas meja kerja Ieqa yang bersepah.
Nureen menarik Ieqa membasuh mukanya dengan tisu basah buat sementara waktu. Mereka bertiga singgah di pejabat Ayuni dan melihat Ayuni yang masih tidur. Ieqa apa lagi, dihempapnye Ayuni sampai Ayuni sesak nafas.
"Mati aku woii, tak sempat mengucap" kata Ayuni yang menolak Ieqa jatuh sofa. Ayuni sambung tidur dari meja kerja ke sofa tadi.
"Jom lunch" kata Ieqa yang menarik tangan Ayuni. Ayuni merengek manja tapi diikutkan saja perangai Ieqa yang masuk air pepagi buta.
Mereka berempat masuk ke pejabat Farah dan melihat Farah yang sibuk membelek fail. "Sayang, jom lunch" kata Ayuni dengan manja.
Farah memandang Ayuni dengan muka tak rela dinodai. "Sayang tengkok kau la. Korang pergi la, aku tak lapar lagi" kata Farah.
"Tengku Farah Ain, ada orang dah pesan dekat kitaorang suruh heret kau pergi makan kalau kau taknak join makan sekali. Fikir la sikit pasal badan kau" kata Ayuni yang merampas fail di tangan Farah dan mengheret Farah.
Farah dengan tidak relanya, terpaksa mengikut mereka lunch bersama dengan Dark Knight.
Restoran Sunrise
"Wah, sedapnye makanan" kata Ayuni yang jakun melihat makanan yang dihidang di hadapannya. Dia melihat makanan yang dipesan mereka dengan mata penuh nafsu.
Farah mengambil peluang itu untuk menangkap gambar Ayuni untuk dibuat sticker. Bak kata member, tak sah kalau tak buat sticker muka buruk member.
"Woi bertuah, kalau ye pun lapar. Tahan la kejap. Ni pandang makanan macam nak terkam sekali dengan meja." kata Ieqa yang menarik rambut pony Ayuni. "Arkhhh, sakit la bongok" kata Ayuni yang memegang rambutnya yang ditarik Ieqa.
"Selamat menjamu selera" kata pelayan itu sebaik saja sudah menghantar semua pesanan yang telah diorder. Ayuni dengan lahap makan tanpa membaca doa.
"Aku rasa kau ni memang tak makan seumur hidup kau tau tak. Kalau ye pun, baca doa makan la, biar setan tak ikut makan sekali dengan kau" kata Ieqa yang mengelengkan kepalanya saja melihat Ayuni yang sudah kebulur itu.
"Minah ni bukan nak ajak setan makan sekali dengan dia tapi setan pun tak nak mengaku yang dia ada kawan macam minah ni" kata Farah dan serentak Ayuni tersedak nasi. Aryan segera memberikan air kosong pada Ayuni.
"Kalau ye pun nak kutuk aku, kutuk belakang aku boleh tak? Ni depan aku jugak nak dikutuknye" kata Ayuni sebaik saja dia elok.
"Orang kata tak baik kutuk belakang orang yang dikutuk tu" kata Nureen yang join sekali. Mereka semua gelak mendengar kata Nureen.
Farah memandang Aryan secara dalam diam dam mengeluh perlahan sebelum sambung makan. Sesudah mereka makan, mereka sepakat untuk duduk di situ lebih lama sikit sebelum masuk ke pejabat.
"Oh, aku ada good news ni" kata Farah yang teringatkan tawaran model yang diterimanya.
"Apa good news tu?" tanya Athirah. "Kita semua dapat tawaran untuk jadi model dekat salah satu majalah untuk summer season" kata Farah dengan gembira.
"Syarikat mana?" tanya Aidil. "Syarikat permodelan Seoul" kata Farah. "Wah, syarikat famous tu. Kau accept tak tawaran tu?" tanya Ayuni yang terkejut itu.
"Aku cakap aku akan confirm kan balik dengan korang semua. Tapi aku dah cakap kemungkinan besar kita memang akan accept tawaran tu" kata Farah dengan senang.
"Cantik ah." Kata Qalif. "Habis tu macam mana dengan anak kita?" tanya Aryan. "Jangan risau, anak anak akan ikut serta sebab tawaran tu melibatkan satu keluarga" kata Farah dengan bangga.
"Cun, bila sesi tu?" tanya Mieza yang teruja. Manakan tidak, Dark Knight yang dulunya model terpaksa berhenti kerana menguruskan Syarikat mereka.
"Bulan 5 nanti and kita pergi sana untuk sebulan ye pakcik makcik sekalian. Aku nak korang semua kosongkan jadual kerja korang untuk bulan 5 nanti terutamanya Dark Knight. Faham?" kata Farah.
"Ye, nanti kitaorang kosongkan jadual. Kitaorang nak tengok dulu mana yang patut ditangguhkan or dicancel dulu." kata Nick yang mencuit pipi Farah.
"Kalau nak bersawit, tolong jangan depan aku boleh tak? I kennot la" kata Ayuni dengan gediknya.
"Kalau jeles cakap, jangan malu" kata Farah. "Tapi bukan kita ada meeting je ke bulan 5 ni?" tanya Nureen yang melihat jadual kerjanya yang disimpan dalam telefonnya.
"Haah, satu je meeting kita tuk bulan 5 nanti. Itupun dengan Dark Knight." Kata Farah. "So bila nak buat meeting tu? Ke nak tangguh dulu?" tanya Athirah.
"Terpulang dekat Dark Knight sendiri nak tangguh ke apa ke sebab kita memang dah takde meeting yang urgent lagi dah" kata Ieqa pulak.
"Kalau macam tu, lepas ni kita pergi terus je la dekat office kitaorang. Sebab kitaorang pun tak full sangat jadual harini" kata Qalif.
"Kalau macam tu bagus la, terus gerak sana la" kata Ieqa yang mengemas barangnya ke dalam handbagnya.
Mereka semua lantas mengemas meja tersebut dan menyatukan pinggan dan cawan kotor mereka bagi menyenangkan pekerja di situ.
Dark Knight lantas menuju ke kaunter sementara Blue Roses menunggu di meja sebelum mereka semua bergerak ke pejabat Dark Knight.
TO BE CONTINUE~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...