"Bwo (what)? Chingu (kawan)? Mama jangan bergurau pulak eh" kata Farah yang tidak puas hati
"Perkenalkan Dark Knight, AJK pengawas tertinggi di SPHS. Boys, please introduce yourself" kata mama Lily dengan senyumannya
"Nama aku Tengku Aidil Khairy. Aidil"
"Aku tengku Qalif Haikal. Qalif"
"Tengku Mieza Danial. Mieza only"
"Tengku Aryan Shah. Aryan only"
"Tengku Nick Adam. Nick or Adam. Depent on you"
"Ok girl, sila kenalkan diri kamu" kata mama Lily dengan lembut. Dia tahu yang Blue Roses itu sudah anti dengan lelaki. Dia harap yang Dark Knight dapat mengubah mereka menjadi seperti dulu lagi.
"Tengku Nureen Camillia. Nureen"
"Tengku Aisyah Athirah. Athirah"
"Tengku Syafiqa Irish. Ieqa"
"Tengku Ayuni Natasha. Ayuni"
Mereka memandang Farah yang sibuk bermain tepon dan mendengar lagu pakai earphone. Mama Lily sudah mengeleng kepala melihat perangai Farah yang dingin itu. Nureen lantas menarik earphone Farah dengan geram
"Sakitla bodoh. Kau ingat tak sakit ke" marah Farah yang mengusap telinganya yang sakit.
"Farah?" panggil mama Lily. Farah menghela nafas tanda menyampah.
"Nama aku Tengku Farah Ain. Just call me Farah" kata Farah yang memandang tajam Dark Knight.
Dark knight sudah takut bila dipandang Farah yang seperti hendak membunuh mereka. Mama Lily menghela nafas susah.
"Dark Knight, perkenalkan mereka-"
"Kitaorang Roses." pintas Farah. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar tanpa sempat dia membalas dendam.
"Kalau takde apa apa yang nak dibincangkan lagi mama, kitorang gerak masuk kelas sebab dah habis masa add math." kata Farah yang lantas mengambil begnya.
Blue Roses hanya mengikut saja Farah memandangkan Farah sudah bengang so baik ikut daripada dia meletup. Mama Lily mampu memandang Blue Roses keluar dari bilik tu. Dark Knight memandang mama Lily yang lemah itu.
"Mama ok?" tanya Qalif. Hanya mereka saja memanggil mama Lily dengan perkataan mama selain Blue Roses.
"Mama ok. Mama harap kamu dapat jaga Roses dengan baik. Mereka bukan macam tu selama ni, mereka jadi macam tu lepas kejadian tu" kata mama Lily yang menahan air matanya. Dia perlu kuat untuk anaknya.
"Maksud mama?" tanya Aidil
"Mereka pernah kehilangan kawan rapat mereka dan hampir kehilangan sorang dari mereka. Mama harap kamu semua dapat mengubah mereka" kata mama Lily.
"Kalau macam tu, kami janji yang kami akan ubah mereka semua. Tapi kami tak yakin sama ada mereka dapat berubah atau tidak." kata Aryan
"Kami masuk kelas dulu ye, mama. Bye" kata Nick dan yang lain meninggalkan mama di situ.
***
Ayuni lantas mengetuk pintu kelas 5 putra dengan bangganya. Nasib pintu kelas tu tak pecah sebab ketukannya. Mereka lantas masuk ke dalam kelas dan berdiri di depan kelas. Dipandangnya satu per satu muka classmate mereka yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang.
"So aku rasa macam classmate kita sama lagi" kata Athirah
"Tak semua" kata Nureen dengan perlahan agar Farah tidak dapat mendengarnya.
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...