-80-

580 41 5
                                    

"Eh, mana Aidil?" tanya Nick yang mula perasan kehilangan Aidil di situ.

"Haah la, Mieza, bukan Aidil tadi dekat sebelah kau ke tadi?" tanya Aryan

"Memang la tapi sekarang dah takde ni. Takkan dia sesat pulak" kata Mieza

"Apa kata kita berpecah, kita cari Aidil. Mungkin dia tersesat sebab kita tertinggal dia dekat belakang" kata Syafiq. Dark Knight lantas berpecah untuk mencari Aidil yang mungkin tersesat.

Iz dan Khai pov

"Kenapa mereka berpecah ni?" tanya Khai yang baru sedar Dark Knight berpecah. Mereka berdua mula mencurigai sesuatu dan mengira ahli Dark Knight.

"Tuan Aidil takde dengan mereka and mungkin mereka berpecah sebab nak cari Tuan Aidil" kata Iz yang perasan kehilangan Aidil.

"Kita kena turun sekarang and lindungi mereka." kata Khai. Mereka berdua lantas turun dari tingkat itu sementara Iz memberitahu perkara itu pada markas utama tapi signal di situ tidak berapa stabil.

"Tak guna, signal tak okay dekat sini. Panggilan tersekat sekat" kata Iz.

Mereka berdua berlindung di sebalik pokok besar berhampiran tempat Dark Knight berkumpul sebentar tadi. Mereka juga melihat beberapa orang menculik Aidil dan Mieza dan meletakkan mereka berdua di sebuah van.

"Kita pergi dekat situ." kata Khai yang menuju ke arah van itu dengan perlahan diikuti dengan Iz. Sebaik saja mereka tiba di situ, mereka menyembunyikan diri mereka di bawah van itu dan melihat jelas beberapa orang mengangkat Aryan yang tidak sedarkan diri.

Iz lantas meletakkan alat pengesan di bawah van tersebut sebelum dia dan Khai keluar dari bawah van itu sebaik saja mereka rasa tiada sapa berdekatan dengan mereka.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka dikesan oleh salah seorang orang yang mengangkat Nick dan Qalif perasan kehadiran mereka di situ.

Khai dan Iz lantas berpecah meyelamatkan diri mereka masing masing. Khai menuju ke kanan dan Iz menuju ke kiri diikuti dengan beberapa orang mengejar mereka dari belakang.

"Tak guna, dah la signal takde" kata Iz yang cuba berkomunikasi dengan markas utama.

Dia mengambil pistol yang terselit di pinggangnya dan cuba menembak ke arah orang yang mengejarnya.

Begitu jugak dengan Khai namun nasib tidak meyebelahinya apabila dia terjatuh ke dalam jurang yang ada di situ. Orang yng mengerja Khai melihat saja Khai yang sudah dalam keadaan lemah dengan darah membasahi dirinya.

"Tolong. Dark Knight diculik dengan Ace. Kami dah letak alat pengesan dekat van penculik" kata Iz dengan harapan yang markas utama dapat laporan mereka.

Iz mengerang kesakitan sebaik saja salah seorang menembak kaki Iz dan membuatkan Iz terjatuh. Iz cuba melarikan dirinya walaupun terhencut hencut kerana kakinya yang ditembak.

Satu tembakan dilepaskan dan terkena pada bahu kanan Iz membuatkan Iz jatuh. Disebabkan tanah tidak rata, Iz jatuh dan badannya tergolek terkena batu bata besar yang ada di situ.

"Mari kita pergi dari sini, mereka takkan selamat kalau kita tinggalkan mereka" kata salah seorang penculik itu yang melihat Iz yang tidak sedarkan diri dan pergi dari situ bersama rakannya yang lain.

Markas Utama

"Tuan Akmal, kami dapat signal dari Iz dan Khai" kata salah seorang anak bawahan Akmal. Akmal terkejut mendengar perkara itu lantas mendapatkan orang itu.

"Ada pesanan ke yang diorang cuba sampaikan" kata Akmal dengan nada risaunya

"Ada" kata orang itu dan memainkan pesanan yang sempat dihantar Iz tadi

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now