-81-

572 48 8
                                    

*Kalau rajin bukak la lagu dekat atas. Dengar sambil baca bab ni*

"Good morning Grandpa" kata Farah dengan ceria. Grandpa memandang Farah dengan gembira walaupun dia tahu yang dia tidak akan lihat senyuman ceria itu lagi lepas ni.

"Kenapa ni Grandpa? Ada benda berlaku ke?" tanya Farah yang risau dengan Grandpa

"Takde, Grandpa just rindu dekat Farah. Farah kan dah nak balik esok" kata Grandpa dengan sedih. Farah lantas memeluk Grandpa.

"Jangan macam tu, nanti Farah datang sini balik dengan Blue Roses and Dark Knight jugak serta cicit cicit Grandpa yang comel comel semua" kata Farah yang cuba semangatkan Grandpa.

"Dah la, jom sarapan" kata Grandpa yang leraikan pelukan Farah. Mereka berdua bersarapan dengan gembira seakan sudah lama tidak berjumpa.

Seusai makan, Farah merehatkan badannya di taman belakang mansion Grandpa itu. Semua kenangan dia, Blue Roses dan Syafiq ketika kecil sampai dewasa terlintas dalam fikiran Farah. Tanpa sedar, Farah mengukir senyuman manisnya apabila mengingat kembali kenangan itu.

"Aku rindu kau, Syafiq" kata Farah dengan perlahan. Air mata mengalir di pipinya bila dia merindui perkara itu dan berharap perkara itu berlaku semula dalam hidupnya. Farah tersentak sebaik saja dia mendapat mesej dari Ace.

Mungkin orang kau tak bagitahu kau tapi laki kau dan anak kau ada dalam genggaman aku termasuk jugak laki dan anak sepupu kau yang lain jugak ada dalam genggaman aku- Ace

Farah terkejut bila mengetahui perkara itu. Fikirannya mula bercelaru dengan semua yang baru diterimanya. Farah lantas memegang kepalanya yang sakit itu sambil meramas kuat rambutnya dengan harapan kesakitan itu berkurang.

Sebaik saja sakit itu pergi, Farah mengesat air matanya dengan kasar. Dia lantas masuk ke biliknya dan mencapai pistol yang selalu dibawanya kemana saja dan menuju ke bilik kerja Grandpa. Grandpa tersentak apabila melihat Farah yang mengarahkan pistolnya tepat di dahi Grandpa.

"Fa- Farah, apa semua ni?" tanya Grandpa yang sudah takut.

Dia memandang muka Farah yang sudah tiada reaksi di mukanya dengan tatapan gelapnya yang membuatkan aura kejam Farah terasa di situ.

"Apa kaitan kau dengan Ace? Kenapa kau sembunyikan Syafiq dari kita orang semua" kata Farah dengan nada tegas. Suara kerasnya seakan bukan Farah yang biasa Grandpa kenal. Farah yang sekarang bukan Farah yang ceria.

"Baik tapi letak pistol ni ke tepi" kata Grandpa. Farah lantas menurunkan pistolnya dan duduk di kerusi di depan Grandpa.

"Grandpa sembunyikan Syafiq demi kebaikan kamu semua. Syafiq tak boleh bersama denan kamu sebab Syafiq adalah abang susuan kamu. Grandpa tak tahu macam mana nak terangkan perkara ni pada kamu berdua sebab Grandpa tahu yang kamu berdua sudah suka satu sama lain and takkan terima perkara ni"

"Bila Grandpa tahu yang Syafiq ada jantung bocor, Grandpa minta tolong doktor untuk palsukan kematian Syafiq supaya korang tahu yang Syafiq tu takde. Grandpa rawat Syafiq sendiri tanpa ada yang tahu.

Grandpa hantar Syafiq pergi Hong Kong untuk rawatan dia. Grandpa cari penderma jantung dan buat operation permindahan jantung. Syafiq koma selama 4 tahun ni dan tahun lepas dai sedar dari koma tapi dia bukan Syafiq yang kita kenal.

Syafiq berubah sebab ingatan dia hilang. Dia ingat yang Farah curang dengan dia dengan Nick. So sekarang ni dia nak ambil Farah balik dari semua orang" kata Grandpa dengan sedih

"Thanks" kata Farah tanpa perasaan lantas menembak Grandpa.

"Farah kena ingat yang Farah orang yang Grandpa sayang selama ni and Grandpa buat semua ni tuk Farah" kata Grandpa sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Clean the mess, Alex. You know what to do" kata Farah pada pembantu Grandpa. Alex hanya mengangguk faham dan menemani Farah sehingga masuk ke biliknya sebelum membuat arahan Farah.

"Aku tunggu kau datang cari aku, Ace" kata Farah

Dark Knight pov

Kelihatan Dark Knight yang masih tidak sedarkan diri mereka selepas dua hari merka diculik memandangkan mereka menghidu racun yang dapat membuatkan mereka tidak sedarkan diri lebih dari sehari.

Mereka diikat dan dikumpulkan di satu tempat yang sama. Tak lama kemudian, satu per satu Dark Knight sedarkan diri mereka.

Mereka memandang sekeliling dan melihat ruangan tersebut kosong tanpa sebarang barang di situ kecuali mereka berlima dan sebuah tv yang dipasang di penjuru bilik itu.

"Kenapa kita boleh ada dekat sini?" tanya Aryan yang memandang satu per satu wajah Dark Knight yang masih tidak sedar akan keadaan sekeliling.

"Wow, dah bangun dah hero hero Blue Roses or patut aku kata suami Blue Roses" kata seseorang yang mereka berlima kenal

"Syafiq? Apa semua ni Syafiq?" tanya Nick yang tidak faham dengan situasi itu

"Still tak tahu lagi ke? Aku, Tengku Syafiq Hazim. Kekasih pertama Farah" kata Syafiq yang membuatkan Dark Knight terkejut

"Ta-tapi bukan kau dah meninggal ke 5 tahun lepas" kata Aidil yang tidak percaya

"Tak, kau salah, semua orang salah. Aku still hidup. Selama ni aku koma dan sebaik je aku sedar, aku dapat tahu yang Farah curang belakang aku dengan kau. Kau tahu tak yang dia tunang aku" kata Syafiq dengan kasar

"Aku tahu tapi masa tu kau dah mati. Semua ingat kau dah mati so bukan salah aku yang Farah dengan aku sekarang ni" kata Nick.

Syafiq yang tidak dapat menahan perasaan marahnya lantas menumbuk pipi Nick dengan kuat.

Nick yang berasa sakit di pipinya lantas meludahkan darah. Dia mengesat pipinya yang berdarah dengan bahunya. Dark Knight terkejut melihat tindakan rawak Syafiq itu.

"Kau ok tak ni Nick?" tanya Mieza

"Aku ok je" kata Nick yang sudah mula merasakan kesakitan di pipinya.

"Aku akan biarkan korang hidup selagi aku tak dapat Farah. Tak lupa jugak anak anak korang yang aku culik dulu" kata Syafiq dengan sinis

"Kurang ajar kau Syafiq. Mana anak kitaorang" tengking Aryan

"Jangan risau, aku bukan kejam sangat pun dengan budak budak. Aku upah orang untuk jaga anak korang terutamanya baby tu" kata Syafiq yang menekankan perkataan baby

"Jangan sesekali kau dera anak kami" kata Qalif

"Kenapa? Kau sendiri pun tak fikirkan anak bini kau sejak kau dapat projek besar dari aku kan? Aku nak tanya korang, pernah ke korang spend masa korang dekat Blue Roses dan anak korang lepas je korang dapat projek besar dari aku? Pernah?" tanya Syafiq dengan sinis.

Dark Knight mendiamkan diri mereka, mereka tidak mahu mengiyakan pertanyaan Syafiq itu walaupun hakikatnya memang betul pun apa yang dikatakan oleh Syafiq itu.

Syafiq tersenyum sinis melihat Dark Knight yang mendiamkan diri tidak mengiyakan pertanyaannya.

"Korang memang tak patut lagi suami Blue Roses kalau perangai korang macam ni" sindir Syafiq sbeelum dia keluar dari bilik itu











TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang