"Good morning, miss Farah" sapa petugas di situ.
Farah hanya tersenyum mesra saja disapa oleh pekerjanya. Dia lantas menuju ke officenya dan melihat fail yang dia kumpulkan berada di situ. Dia mengambil tempatnya dan membelek satu per satu fail itu dan menyusun semua petunjuk dan jawapan yang dia dapat.
Lebih setengah jam dia menghabiskan masa memahami apa yang berlaku. Semua petunjuk dan bukti yang dia ada menguatkan lagi sangkaannya. Tanpa dia sedar yang dia belum bersiap sedia dengan meeting yang akan bermula tak lama lagi.
Tok Tok Tok
"Masuk" kata Farah dengan dingin.
"Miss, meeting akan berlangsung dalam masa 10 minit lagi." kata PA Farah
"Kalau macam tu, kamu semua siapkan apa yang patut untuk meeting hari ini" kata Farah. PA nya lantas pergi dari situ.
Farah memandang fail yang akan digunakan dalam meeting nanti. Dia memeriksa semua dokumen dan maklumat penting tentang meeting itu.
Apabila dia merasakan sudah masa untuk ke meeting, dia lantas memakai blazernya dan mengambil benda penting sebelum menuju ke ruangan meeting.
"Hello semua, maaf sebab terlambat. Ada hal yang penting kena siapkan" kata Farah sebaik saja masuk ke ruangan meeting. Farah mengambil tempatnya di tengah tengah dan paling hujung. Dia melihat semua mafia yang hadir pada meeting itu.
"So tunggu apa lagi? Ada yang tak datang lagi ke?" tanya Farah. PA nya membisikkan sesuatu pada Farah yang membuatkan Farah mengangguk saja.
"Apa kata kita tunggu kawan kita lagi sorang. Dia mungkin lambat sikit memandangkan ini meeting pertama mereka dengan kita" kata Farah.
Tak lama kemudian, pintu meeting dibuka dan seorang lelaki masuk bersama PA perempuannya. Lelaki itu segera mengambil tempat kosong yang masih ada.
"Maaf atas kelewatan" kata lelaki itu
"Tak mengapa, kami semua faham" kata Farah.
"So, ktia boleh mulakan sekarang?" tanya lelaki lain
"Silakan, bentangkan apa yang kita mahu bincangkan pada hari ini tapi sebelum tu, kita perkenalkan diri dulu. saya, Red Roses from Blue Roses, The scariest and strongest mafia in this world." kenal Farah
Sesi perkenalan diteruskan sehingga sampai ke lelaki tadi. "Ian from Black Dragon." kata lelaki itu.
Meeting itu diteruskan sampai semua cadangan dan masalah dibincangkan dan mendapat persepakatan dari semua mafia.
"So, itu saja untuk harini. Kalian semua boleh bersurai. Sampai kita jumpa lagi" kata Farah yang meninggalkan bilik meeting itu.
Blue Roses pov
"Haih, bosannya takde Farah" kata Ayuni yang menjaga Alia memandangkan Alia tidak sihat pada hari itu.
"Kau ni ada Farah asyik nak bergaduh je, takde Farah bosan pulak" kata Ieqa.
"Nak buat macam mana, tu la rutin hidup aku" kata Ayuni
"Tapi kau tak rasa ke yang meeting kalini bawak maksud lain?" tanya Nureen dengan tiba tiba
"Kenapa pulak?" tanya Ieqa
"Kau tak rasa ke yang Farah pergi ke sana bukan atas urusan company tapi atas urusan lain?" jelas Nureen
"Betul ke kau ni? Takkan la Farah nak tinggalkan anak dia yang baby ni kalau bukan urusan meeting" kata Ayuni
"Cuba kau tengok jadual kerja Farah yang PA dia kasi dekat aku, meeting yang Farah pergi tu takde dalam jadual kerja dia. Jadi kenapa dia pergi sana dengan sebab meeting?" tanya Nureen
"Cuba kau try call Abid, mintak jadual kerja Farah dari dia" kata Athirah
"Kenapa nak call Abid?" tanya Ieqa yang pelik
"Sebab Abid PA Farah dalam hal mafia. Mungkin Farah masih terlibat dalam hal mafia lagi tanpa pengetahuan kita" kata Athirah
"Ok, aku call Abid" kata Ayuni. Dia lantas call Abid tanpa banyak masa
"Hello?"
"Hello, Abid? Aku nak jadual kerja Farah dari kau" kata Ayuni. Ayuni sudah setkan panggilan itu kepada loud speaker.
"Aku takde jadual kerja dia la. Kenapa kau tetiba mintak dekat aku ni?" tanya Abid yang mula rasa curiga.
"Takde la, biasanya kau ada jadual kerja extra dia" kata Ayuni
"Takde, dahla. Aku ada banyak kerja nak buat" kata Abid yang menutup panggilan itu.
"Betul la Athirah, aku rasa yang diorang berdua ni ada simpan sesuatu dari kita" kata Nureen yang turut meragui Abid.
"Amboii, seronok sembang. Sembang pasal apa tu?" tegur Dark Knight yang baru saja pulang dari kerja mereka
"Takde la, saja kacau Abid tengah kerja" kata Ayuni.
"Dah, mana anak anak semua?" tanya Qalif
"Ada tu dekat belakang tengah main dengan pembantu. Macam tak biasa pulak kalau tempat ni sunyi kejap" kata Ieqa.
"Dah, Dark Knight pergi mandi semua. Baru masing masing dah macam apa tah" kata Nureen.
"Yela, kitorang naik atas dulu" kata Dark Knight.
"Lepas ni jangan kantoi macam tadi" kata Athirah.
"Mana la aku tahu yang diorang nak balik" kata Ayuni
"Dah la, hari dah malam ni. Makan malam pun tak masak lagi" kata Athirah yang mengajak Blue Roses bersiap untuk masak makan malam mereka.
Hunter pov
"Ni semua yang Farah jumpa setakat ni." kata Abid yang memberikan fail kepada Hunter.
Setiap fail itu sudah berisi maklumat Ace dan maklumat tentang Black Dragon serta kelemahan mereka.
"Kenapa dengan Black Dragon ni? Dia ada cari masalah dengan kita ke?" tanya Faiz yang tidak tahu apa apa.
"Farah dapat ancaman dari leader mereka iaitu Ace. Korang boleh baca sendiri pasal Ace ni and Black Dragon ni adalah group mafia yang baru je lagi wujud. King and The Diva adalah salah seorang orang bawahan Black Dragon ni" kata Hantu
"So kau nak cakap yang Black Dragon ni bagi ancaman dekat Farah sebab bunuh The Diva and atuk mereka yang tak guna tu?" tanya KK
"Lebih kurang macam tu tapi yang lebih penting sekali siapa ketua mereka" kata Abid yang menunjukkan maklumat peribadi Ace
"Tak, bukan-"
"Aku tahu, ktia semua sangka dia dah takde selama ni tapi macam mana dia boleh hidup lepas kejadian haritu" kata Abid
"Jadi kau nak cakap yang Farah pergi sana bukan semata mata dia nak meeting and jumpa Black Dragon tapi nak cari tahu siapa dalang dalam semua benda ni?" tanya Faris
"Betul apa yang kau cakap. Kita semua sangka dia sudah mati tapi ternyata dia masih hidup lagi tapi macam mana dan siapa yang tolong dia dan sembunyikan dia dari pengetahuan ktia semua. Farah pergi sebab dendam barunya dan dia nak rungkaikan semua benda yang terjadi selama ni" kata Abid
"Kenapa dia pergi sorang diri? Kau tak rasa ke dia memang nak dirinya ditangkap oleh Black Dragon kalau takde pengawal or sesiapa yang ikut dia dekat sana" kata Akmal
"Tapi orang kuat Grandpa ada dekat sana kan? Takkan mereka tak boleh jaga Farah" kata KK dengan tenang.
"Kalau Ace tu orang dalam and kenal Grandpa, tak mustahil yang orang kuat Grandpa sendiri akan belot dengan Grandpa and culik Farah macam tu je" kata Faiz.
"So kita nak buat macam mana? Meeting tu dah habis dah and Farah pun akan balik tak lama lagi" kata Akmal
"Kita kena siap sedia dengan orang kita. Farah arahkan ktia untuk jaga keselamatan Blue Roses, Dark Knight dan anak mereka. Mungkin mereka akan jadi target terbesar Black Dragon buat masa ni" kata Abid
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...