.28.

1.4K 67 0
                                    

Aireen pov

"Cepatla gaiss, nanti lambat pulak" jerit Ieqa yang sudah bersemangat nak snorkel. Dark Knight dan Blue Roses lantas menuju ke bot yang ditempah mereka untuk pergi ke port snorkeling. Sebaik sahaja tiba di checkpoint snorkeling, Blue Roses lantas masuk ke dalam laut dengan teruja.

Dark Knight hanya memandang Blue Roses yang kebudak budakkan. Mereka gembira dapat melihat sisi lain Blue Roses yang jarang orang lihat. Mereka menikmati pemandangan bawah laut dengan teruja sekali.

"Gaiss, selfie" jerit Ieqa yang menangkap gambar mereka.

Mereka lantas naik ke darat apabila penat snorkeling dan berhenti rehat sebelum ke checkpoint seterusnya.

"Hai, boleh duduk dekat sini?" tanya Aidil apabila melihat Nureen yang duduk berseorangan

"Dudukla, lagipun yang lain sedang sibuk main air" kata Nureen pada Aidil.

Aidil lantas duduk di sebelah Nureen yang sibuk mengelap rambutnya yang basah itu.

"Cantik kau harini" puji Aidil

"Apa? Thanks for that" kata Nureen yang blushing. Aidil tersenyum melihat Nureen yang blushing

"Kenapa tak join diorang?" tanya Aidil yang memandang ke arah Blue Roses yang sibuk bermain air.

"Tak nak la, penat. Lagipun lagi seronok tengok diaorang gembira" kata Nureen yang tersenyum melihat gelagat sepupunya itu.

"Aku tak pernah nampak Blue Roses segembira ni" kata Aidil yang menyokong kata Nureen

"Aku pun" kata Nureen perlahan

"Maksud kau?" tanya Aidil yang memandang Nureen untuk penjelasan.

"Lepas je Syafiq dah takde, Blue Roses tak macam dulu. Kitaorang berubah 180 darjah dari diri kitaorang. Farah paling banyak berubah dalam kitaorang memandangkan dia rapat dengan arwah" terang Nureen.

"Aku dapat rasakan benda tu pada korang. Mesti susah nak terima benda ni" kata Aidil yang cuba memberi semangat pada Nureen

"Kitaorang pada mulanya memang tak dapat terima perkara tu tapi lepas Farah sedar, kitaorang terima perkara tu dengan redha." kata Nureen yang cuba mengukir senyuman

"Kalau kau rasa nak berhenti, kau berhenti je. Aku tak paksa kau cerita kalau kau tak nak" kata Aidil apabila dia dapat rasakan yang Nureen akan menangis

"Tak. Aku kuat sama macam yang lain tapi Farah, dia lain dari aku jangka." kata Nureen yang melihat Farah bermain air dengan riang

"Kenapa kau terima pertunangan ni?" tanya Nureen dengan tiba tiba

"Aku sendiri tak tahu kenapa aku terima kau dalam hidup aku. Aku dapat rasakan yang ada perkara akan berlaku and aku mesti lindungi kau" kata Aidil dengan jujur

"Aku tak mintak kau lindungi aku tapi aku mintak kau jangan sia siakan peluang yang aku bagi dekat kau" pesan Nureen dengan tegas

"Aku cuba tuk tidak sia siakan peluang yang ada bersama dengan kau." kata Aidil yang tersenyum sipi

"Aku bagi kau hati aku tapi jangan kau pulangkan balik dalam keadaan pecah" kata Nureen yang pergi bermain air dengan Blue Roses yang lain

"Takkan. Sama sekali aku takkan pernah hancurkan hati kau" kata Aidil yang berjanji dengan dirinya sendiri

No one pov.

"Tolong ambikkan gambar aku" kata Farah yang berikan teponnya pada Nureen. Nureen lantas bersedia untuk tangkap gambar Farah.

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now