Ieqa yang panik lantas mengigit tangan orang itu untuk selamatkan diri.
"Auch"
Ieqa lantas mengambil kesempatan tuk tengok siapa yang ugutnya sebentar tadi. Dasar tak serik ini anak. Terkejut dia apabila melihat Mieza yang memegang tangannya yang sakit akibat digigit Ieqa
"Sorry." kata Ieqa yang lantas meredakan kesakitan Mieza. Mieza tersenyum apabila melihat Ieqa yang risau akan dirinya.
"Sakit tahu tak" kata Mieza yang ingin menguji Ieqa
"Sorry sebab aku tak tahu kau yang serang aku. Kalau aku tahu dah lama aku pukul kau" kata Ieqa yang membalut tangan Mieza. Even tak berdarah tapi nampak kesan gigitan Ieqa pada tangan Mieza.
"Kau tunggu nanti, aku balas lagi banyak" kata Mieza yang ingin mengusik Ieqa
"Otak tu jangan fikir benda lain boleh tak" kata Ieqa yang sudah malu.
"Thanks for this" kata Mieza yang menunjukkan tangannya yang dibalut Ieqa tadi
"No need. Memang patut pun aku balut sebab aku yang buat" kata Ieqa yang bersalah
"Sayang jugak kan kau dekat aku? Ingatkan kau tak sayangkan aku" kata Mieza yang ingin menguji Ieqa
"Eee, suka ambil kesempatan dalam kesempitan untuk kesenangan dia je" kata Ieqa yang menepuk peha Mieza
"Kau jangan sampai aku terkam kau dekat sini kang. Dahla tangan aku sakit, sekarang peha aku pulak yang sakit" kata Mieza yang mengurut pehanya yang sakit itu.
"Sorry la. Kau tu yang cari pasal sangat" kata Ieqa yang menahan malu padahal muka dah merah habis.
"So selama ni kau sayang jugak dekat aku kan?" usik Mieza
"Mana ada. Merepek apa kau ni" nafi Ieqa. Dia tak mahu perkara tu kantoi je selama ni
"Kalau kau tak sayangkan aku takkan la kau nak tolong balutkan tangan aku ni" kata Mieza yang tersenyum sinis
"Kau pahal hah. Aku just rasa bersalah sebab buat kau macam tu" kata Ieqa
"Aku pun sayang dekat kau" kata Mieza tanpa segan silu
"Apa kau cakap? Cuba cakap lagi sekali tapi kuat sikit" kata Ieqa yang ingin mengusik Mieza. Mieza tersenyum lantas mendekatkan mukanya dengan muka Ieqa.
"I love you" kata Mieza yang tersenyum sinis. Ieqa pula sudah blushing habis bila dengar perkara itu lantas menolak Mieza jauh darinya.
"Giler la kau ni" kata Ieqa yang sudah hilang kata katanya.
"Haah. Aku gilerkan kau" usik Mieza lagi. Nak balas dendam punya pasal
"Sudahla tu nak usik aku. Kang ada benda lain yang sakit pulak aku kerjakan" ugut Ieqa.
"Kenapa kau terima aku hah?" tanya Mieza yang ingin tahu
"Aku terima kau sebab Farah. Kalau bukan sebab dia, aku tak ingin nak dekat kau" kata Ieqa yang memandang laut.
"Nampak sangat penipu." kata Mieza yang ingin mencungkil isi hati Ieqa
"Betul la. Setiap kali jumpa korang, mesti kita gaduh. Aku tak pernah suka dekat kau" tipu Ieqa. Dia mahukan kejujuran dari jejaka itu.
"Tapi mata kau cakap benda lain. Mulut boleh menipu tapi mata tak boleh" kata Mieza yang memandang Ieqa
"Aku tak tahu nak percayakan siapa. Aku takut tuk bercinta lepas apa yang berlaku pada Farah. Kesannya terpalit dekat kitaorang semua." luah Ieqa dengan sedih
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
أدب المراهقينKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...