Sampai saja mereka bertiga, Mark lantas menghantar grandpa ke rumahnya sebelum dia dan Nick menuju ke hospital. Mark sudah memberitahu segalanya yang berlaku di situ kapada Nick. Mereka menuju ke wad private yang ada di situ.
"Kita lawat Hantu dulu" kata Mark. Dia tahu yang Nick tak sabar untuk lihat Farah tapi dia tak mahu Nick terkejut bila nampak perubahan Farah.
Mark lantas membawa Nick pergi ke wad Abid. Sebaik saja tiba di wad itu mereka berdua melihat Deena yang menyelimuti Hantu.
"Eh, abang Nick pun ada sekali?" tanya Deena yang keliru. Mark hanya mengangguk manakala Nick terkejut dengan perubahan Hantu. Mukanya nampak pucat, lemah dan badannya yang kurang berat badan.
"Abang Nick dengan abang Mark duduk la dulu. Deena nak pergi café kejap" kata Deena yang lantas keluar dari wad Abid itu. Mark lantas mengajak Nick untk duduk di kerusi yang tersedia.
"Kau nampak sendiri kenapa Farah tak nak kau dengan yang lain tahu pasal perkara ni. Mereka bukan bertarung dengan kuman atau virus, mereka bertarung dengan diri mereka sendiri" kata Mark yang cuba menenangkan Nick.
"Tak sangka, benda ni jauh sekali dengan jangkaan aku" kata Nick yang pasrah itu.
Dia tak mampu nak marah Farah atas apa yang Farah buat lepas tahu sebab sebenar Farah. Tak lama kemudian Deena balik ke wad itu sekali dengan beberapa makanan dan minuman ringan.
"Nah, ni tuk abang abang" kata Deena yang menghulurkan satu beg plastic yang berisi roti dan coffee tin. Mark hanya menyambut huluran itu dengan senyuman manisnya. Dia memberikan coffee pada Nick.
"Kenapa abang balik awal ni? Bukan abang nak tinggal dua hari ke dekat sana. Pagi tadi baru je abang balik sana" kata Deena yang terkejut dengan kepulangan Mark yang mengejut itu.
"Abang pergi sana bawak amanah Farah. Abang tak sanggup tinggalkan kak Farah tu lama lama dalam keadaan dia macam tu" kata Mark yang minum coffee itu.
"Abid macam mana sekarang?" tanya Nick.
"Abid? Dia masih macam biasa, takde perubahan. Makin lama makin surut berat badan dia and dia tak berapa kuat sangat dah. Nak berjalan tu susah bagi dia" kata Deena dengan ceria. Dia cuba untuk kekal ceria seperti dirinya dulu tapi dia tak mampu.
"Deena banyakkan bersabar je la. Mark tahu yang Abid tu kuat, doctor cakap dia nampak perubahan dekat Abid. Abid makin baik dari sebelum ni, kita tunggu je sampai dia pulih dengan baik" kata Mark.
"Jangan stresskan diri tu, tak baik untuk baby jugak" kata KK. Mereka bertiga lantas memandang pintu wad itu dan melihat KK di situ.
"Kau dari mana KK?" tanya Mark.
"Dari wad Farah. Doctor cakap dia makin susut and makin lemah." kata KL dengan perlahan.
"Jom kita lawat Farah" kata Mark yang seakan rasa sesuatu yang tak kena dengan Farah.
Mereka berempat lantas menuju ke wad Farah. Hampir jatuh tersungkur Nick apabila melihat Farah yang pucat dan lemah terlantar di tilam hospital itu. Wajahnya juga cengkung dari sebelum ni.
"Ni keadaan Farah yang sekarang. Mungkin kau terkejut dengan perubahan dia tapi aku nasihatkan jangan tunjukkan yang kau lemah depan dia. Dia benci benda tu. Kitaorang ni pun terpaksa tunjuk kuat depan dia" kata Mark yang cuba memberi semangat pada Nick.
Nick memegang lembut ubun ubun Farah dengan perlahan untuk tidak mengejutkan Farah. Tiba-tiba mesin nadi Farah berbunyi menandakan bacaan degupan jantung Farah yang laju. Mark lantas memanggil doctor yang khas merawat Farah. Mereka berempat diminta keluar dari wad itu bagi melancarkan proses rawatan.
"Ni semua salah aku" kata Nick yang menyesal. Dia menyesal sebab tidak tahu perkara itu dari awal lagi.
"Ni bukan salah kau, bukan salah Farah jugak. Benda dah berlaku so kita kena terima dengan hati terbuka." pesan Mark. tak lama kemudian, mereka dibenarkan masuk ke dalam wad itu.
"Kamu semua ni saudara Farah?" tanya doctor itu.
"Haah, saya suami dia" kata Nick. doctor itu menangguk faham sebelum memandang Farah yang diberikan bantuan oksigen.
"Macam ni encik, seperti yang encik dan yang lain tahu puan Farah berada di tahap kritikal. Dia sekarang dalam keadaan koma. Berita baiknya, puan Farah sudah sebulan mengandung. Kami akan kurangkan dos ubat agar tidak beri kesan pada baby yang ada dalam kandungan puan Farah" kata doctor itu.
"Berapa lama Farah koma, doc?" tanya Mark.
"Mungkin sebulan dua. Orang koma ni sedar dan boleh dengar apa yang orang lain bercakap dekat dia tapi dia tak boleh balas je. Kerap bagi dia semangat dan tidak putus mendoakan kesihatan dia" kata doctor itu sebelum pergi dari situ.
Nick lantas duduk di kerusi sebelah katil Farah digenggam erat tangan Farah dengan harapan Farah tahu kehadiran dia di situ. Mark menepuk perlahan bahu Nick sebelum dia dan yang lain keluar dari situ.
"Kenapa? Kenapa Farah buat Nick macam ni? Farah tak sayangkan Ain dengna Airin ke? Farah tak sayangkan anak anak kita lagi" tanya Nick pada Farah walaupun dia tahu yang Farah tak mampu untuk balas.
Farah pov (alam dimensi)
"Kenapa? Kenapa kau kena buang aku dari hidup kau?" tanya Red Roses yang menangis itu. Farah yang duduk lemah di lantai putih itu. Dia tahu yang dia kena kuat untuk buang persona dia lagi satu kalau tidak dia akan mati.
"Aku tak nak buang kau jugak tapi kau dah melampau. Kau kawal badan aku sedangkan kau tu cuma persona yang aku cipta selama ni" kata Farah yang cuba untuk berdiri namun tidak boleh.
"Tak, kau cipta aku sebab kau nak pendam semua kenangan kau dengan Syafiq. Kau masih tak boleh move on dengan Syafiq sampai sekarang kan" kata Red Roses yang tersenyum sinis melihat Farah yang lemah itu.
"Kau dah makin melampau, Syafiq takde kena mengena dengan kau. Red, sejak bila kau berubah ni?" kata Farah yang lemah itu.
"Aku berubah sejak kau tinggalkan aku dekat dimensi ni. Kau tahu betapa susahnya aku dekat dimensi ni, kau kurung aku dekat sini" kata Red Roses.
"Aku buat semua tu untuk kebaikan kita berdua" kata Farah yang cuba bangun.
"Tak, kau buat untuk kebaikan kau sorang je. Kau bahagia dengan Nick sedangkan aku terperangkap dekat dimensi buatan kau sendiri. Kau bukan orang macam yang aku kenal lagi Farah" kata Red Roses yang menolak Farah jatuh smeula.
"Aku tahu yang kau masih sayangkan Syafiq, kau rindukan Hazim. Kau tak sayang pun dengan anak anak kau, kau tak pernah cintakan Nick pun. Kau buat ni dengan harapan yang kau boleh move on tapi kau hanya permainkan perasaan Nick" kata Red Roses yang cuba melemahkan lagi Farah.
"Itu semua tak betul" kata Farah dengan perlahan. Red Roses tersenyum melihat Farah yang lemah di hadapannya.
"Kau simpan kenangan kau dengan Syafiq sampaikan kenangan kau dengan yang lain kau buang macam tu je. Kau susah nak move on dan terima hakikat yang Syafiq sudah tak de di dunia ni" kata Red Roses dengan senyuman sinisnya.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...