??? pov
"Macam mana dia boleh balik sini lagi?" marah seseorang. Gengnya hanya mendiamkan diri tanda tidak puas hati atas kepulangan Blue Roses.
"Kita kena buat diorang menderita balik la. Dah lama kita tak buli diorang" kata salah sorang kawannya itu
"Betul tu. Kita kena sedarkan diorang yang diorang tu takde level dengan kita even dekat sini" sokong rakannya itu.
"Tapikan, macam mana kita nak buli diorang sedangkan kita sendiri tak pasti tu diaorang" kata yang lain pula
"Lantakla. Kita tunggu je masa yang sesuai tuk balas dendam dekat diorang" kata orang itu.
'Tunggu balas dendam dari aku Blue Roses terutama sekali kau, Farah'
BR VILLA
"Mana Farah ni? Dah lambat ni. Takkan dia tak balik lagi" kata Ayuni yang risau tentang keadaan Farah.
Manakan tidak, Farah pergi dari sekolah dalam keadaan split personaliti. Dia bimbang Farah tak mampu kawal penyakitnya itu.
Dia memandang jam yang menunjukkan pukul 12 tengah malam. Ni kalau dekat main villa memang dah kena bising dengan grandpa mereka lagi lagi Farah dan Ayuni yang merupakan pewaris utama
"Kau tak tidur lagi Ayuni?" tanya Nureen yang baru turun dari tingkat atas
"Tak. Aku risaukan Farah, dah malam dah ni tak kan tak balik lagi" kata Ayuni
"Haah la. Kereta dia pun takde. Mana dia pergi memalam ni. Buat orang risau je la dia ni" kata Nureen yang mula risau.
Tak lama kemudian, Farah masuk ke dalam villa tanpa dia sedar kehadiran Ayuni dan Nureen di ruang tamu.
"Kau dari mana Farah? Lama aku tunggu kau balik sampai tengah malam tahu tak" tegur Ayuni dengan baik. Dia tidak mahu keruhkan keadaan lagi
"Aku tak pergi mana mana pun. Aku ok" kata Farah dengan dingin.
"Farah, kalau kau ada masalah cakap je dekat kitaorang." kata Nureen
"Sorry buat korang terjaga sampai kul 3 pagi tunggu aku balik. Jangan risau pasal aku, aku ok je" kata Farah.
"Kau sure kau ok? Mata kau cakap lain, Farah" kata Ayuni. Dia dapat lihat yang mata Farah still berwarna biru.
"Ok" kata Farah yang lantas menutup matanya. Dia lantas buka matanya dan anak matanya kembali kepada warna asal, warna merah. Nureen dan Ayuni terkejut apabila anak mata Farah bertukar dengan cepat.
"Korang boleh gi tidur. Aku nak naik mandi then tidur. Jangan tidur lambat sangat" kata Farah yang ingin melangkah menuju biliknya namun ditahan oleh Ayuni
"Macam mana kau boleh tukar anak mata kau dengan cepat?" tanya Ayuni
"Macam ni?" usik Farah yang menukar anak matanya tanpa mengelip mata.
"Benda ni berlaku sendiri. Aku dah takleh kawal diri aku" kata Farah yang naik ke biliknya.
Nureen dan Ayuni tergamam seketika sebelum mereka naik ke bilik masing masing untuk tidur.
Keesokan paginya,
Athirah yang bangun awal dari yang lain lantas menyiapkan sarapan buat Blue Roses sambil menunggu semua orang bangun dari tidur. Ieqa yang sudah siap mandi terhidu something yang sedap dari dapur.
Dia lantas mengintai Athirah yang sedang membuat cucur dan pancake dengan leka. Ieqa lantas menuju ke arah Athirah dan mengejutkan Athirah.
"Oh my god, Jhope suami aku" latah Athirah
Ieqa tergelak melihat Athirah yang melatah tu. Athirah yang perasan Ieqa lantas mencubit lengan Ieqa dengan kuat.
"Kau rupanya setan pepagi buta ni. Aku ingat kau dah balik ke kubur, asal boleh sesat dekat sini" marah Athirah.
Orang nak masak sarapan pun tak senang dibuatnya nasib pancake dengan cucur tak hangus dikerjakan oleh Ieqa.
"Sakai ye kau cakap aku setan. Ni la sepupu, kalau aku setan, kau pun setan jugak kan" usik Ieqa yang mengusap lengannya di baru dicubit Athirah.
"Dahla. Nah, makan ni. Jangan banyak bunyi pepagi ni" kata Athirah yang letakkan sepinggan pancake depan Ieqa bagi menutup mulut Ieqa dari banyak bunyi.
"Mana yang lain ni? Lambatnya diorang bangun" kata Ieqa yang baru perasan kehilangan Ayuni, Nureen dan Farah di meja makan.
"Diorang tidur lagi kot or buat kerja masing masing." kata Athirah yang menyuapkan pancakenya.
"Tak mungkin la. Kalau Farah dengan Ayuni, aku boleh caya diorang dekat bilik tapi Nureen bukan eh" kata Ieqa.
Nureen yang baru bangun tidur tiba di meja makan untuk sarapan.
"Panjang umur kau. Aku baru je mengumpat pasal kau" kata Ieqa yang sudah tambah 3 kali pancake.
"Woii, tinggal kan tuk Ayuni dengan Farah sikit. Kang diorang bangun nak makan" tegur Athirah yang sudah biasa dengan Ieqa yang minat makan tu.
"Tak yah tinggalkan. Diorang mesti bangun lambat punya." kata Nureen yang sedang makan
"Korang buat apa semalam sampai bangun lewat ni?" tanya Athirah yang pelik
"Semalam aku tidur macam biasa tapi aku terjaga nak minum air then aku ternampak Ayuni yang tak tidur lagi sebab tunggu Farah. Aku pun risau la sekali sebab Farah tak pernah balik lambat. Sebab tu kitaorang tidur lambat" terang Nureen.
"Farah macam mana? Dia dah ok dah" tanya Ieqa
"Dia ok je." kata Nureen.
Ting..ting...ting...
Mereka memandang ke arah pintu utama. Bunyi loceng berbunyi menandakan ada orang datang ke villa mereka. Athirah yang sudah siap makan lantas membuka pintu melihat tetamu tidak diundang mereka tu.
"Amboii, balik tak bagitahu" kat Eva yang merajuk
"Masukla Hunter, Shadow" pelawa Athirah.
Shadow dan Hunter masuk dan duduk di ruang tamu. Tak lama kemudian, Nureen dan Ieqa datang membawa air buat mereka semua.
"Dah lama tak jumpa akak semua tau" kata Irdeena.
"Lama mananya. Kejap je pun" kata Ieqa
"Yelah kak oii. Mana kak Farah dengan kak Ayuni?" tanya Aina
"Diorang tidur lagi" kata Nureen
"Amboii, anak dara ke sampai bangun lambat sangat" kata Farish
"Kau jangan memacam Farish. Semalam baru je Farah buat comeback" pesan Abid pada Farish
"Kak Farah macam mana? Dia dah baik dah?" tanya Alia
"Dah. Dia dah ok dah." kata Nureen
"Macam mana benda ni boleh berlaku? Selama ni ok je?" tanya KK
"Sebab kejadian tu la. Dia hilang Syafiq depan mata dia" kata Athirah yang sedih itu.
"Siapa Syafiq?" tanya Khat
"Syafiq kawan sejak kecik Farah" kata Faiz
"Akmal rasa la kan, Farah mesti tahu pembunuh Syafiq tu. Kalau tak diorang takkan macam ni" kata Akmal
"Betul tu. Tapi apa yang korang semua buat dekat sini?" tanya Athirah yang pelik.
"Takdela. Kitaorang nak singgah jumpa akak semua je. Yela, diorang balik pun tak bagitahu sesiapa pun" rajuk Eva dengan Deena.
"Sudahla tu dengan merajuknya. Naik cuti nanti, kitaorang masuk sekolah balik. Bukannya kitaorang pindah sekolah lain pulak" kata Nureen
Mereka berborak sampai tak ingat dunia. Dari cerita gossip dalam sekolah sampai la cerita terkini di dunia habis mereka bualkan mengalahkan makcik bawang tanpa mereka sedar masa sudah berlalu.
TO BE CONTINUE~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...