.7.

1.8K 83 2
                                    

Farah yang terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising dari bawah. Dia lantas melihat jam loceng di tepi katilnya. Pukul 3 petang dah baru nak bangun anak dara sorang ni. Dia lantas mandi dan siapkan dirinya sebelum turun dari bawah.

"Apa yang bising sangat ni makcik oii?" tanya Farah yang turun dari tingkat atas.

Semua orang di ruang tamu berhenti berborak lantas memandang Farah yang pakai pajama pandanya. Farah memandang mereka semua dengan penuh tanda tanya

"Pahal korang pandang aku macam tu?" tanya Farah yang mengikat rambutnya jadi ponytail

"Kau ni dah mandi ke belum ni ke baru bangun tidur?" tanya Abid yang secara senyap tangkap gambar Farah.

"Terbaik la kau ni. Anak dara bangun kul 3 petang" sindir Farish pulak

"Untuk pengetahuan kau semua, yes. Aku baru bangun tidur sebab aku tidur lambat semalam. Second, aku baru lepas mandi ye and suka hati limpa otak aku la nak pakai apa pun dalam rumah ni sebab rumah ni rumah aku." kata Farah

"Dahla tu. Ni kau ok ke tak?" tanya Athirah

"Aku ok je. Yang Shadow dengan Hunter ada dekat sini pahal? Aku tak rasa korang jemput" kata Farah yang pelik dengan kehadiran Shadow dan Hunter di situ.

"Kitaorang nak melawat kakak kakak kitaorang yang lupakan kitaorang dekat sini" sindir Faiz

"Sebelum kau makan makanan bayi yang tak sedap, baik kau tutup mulut kau" kata Farah yang sudah geram itu.

"Yela kak oii. Akak sihat ke tak ni?" tanya Akmal pula

"Ya tuhanku, kenapa aku dapat sepupu macam ni? Aku kata aku ok je. Dahla korang ni buat mood aku nak makan korang je. Nanti kalau Grabfood dah sampai korang bayarkan tuk aku eh" kata Farah yang lantas naik ke atas.

Mereka yang berada di ruang tamu tercengang. Dia yang order, orang lain yang kena bayarkan tuk dia. Farah hanya menahan gelaknya di tingkat atas. Dia lantas masuk ke biliknya dan mendengar lagu.

***

"Korang dah beli barang sekolah ke belum?" tanya Akmal pada Blue Roses yang sibuk makan nasi goreng kegemaran mereka.

"Belum" kata Farah yang tidak ingin melayan soalan bodoh itu.

"Bila korang nak pergi beli? Lusa korang dah masuk sekolah" kata Faiz.

"Wahai kawan dan sepupu annoying aku, esok kitaorang dah rancang nak beli semua benda or another meaning is shopping. Ada faham?" kata Farah yang lantas menyambungkan sesi makannya yang tergendala.

"Apa kata kita gi shopping sekali" cadang Irdeena.

"Aku setuju" kata Khat

"Me too" kata Aina

"Me three and four" kata Eva bagi pihak Alia

"Kalau macam tu esok dekat Tealive. Pukul 1 tepat mesti dah ada. And aku bawak Hazim sekali" kata Farah yang mencekik lagi.

"Ok boss" kata mereka dengan serentak.

Seusai makan mereka lantas menonton movie terbaru di pawagam di bilik cinema di tingkat 3. Mereka meluangkan masa bersama selepas 2 tahun terpisah tanpa khabar berita.

Keesokannya,

"Mana diorang ni? Lambat giler" marah Farah yang sibuk minum airnya.

"Macam tak biasa mereka tu. Diorang semua ni munafik je" kata Ieqa

"Memandai je kau kata diorang Munafik. Kau pun sama lah munafik jugak" kata Ayuni

"Dahla. Hazim pun rimas dengan perangai korang" kata Farah yang rimas dengan perangai Ayuni dengan Ieqa yang selalu cari gaduh.

"Sorry lambat gaiss. Jalan jem tadi so faham faham la macam mana eh" kata KK yang tiba di meja diorang.

"Hmm, nasib baik tuk korang sebab ada Hazim dekat sini. So jom gerak gi mall" kata Farah yang mengendong Hazim.

"Hazim ni berapa bulan?" tanya Eva

"2 tahun." kata Ayuni

Mereka lantas bergerak ke mall yang berdekatan. Mereka masuk ke Popular sebaik saja mereka masuk ke mall. Sudah jadi tabiat mereka untuk melepak di Popular atau MPH untuk cuci mata mereka.

Jangan risau sebab Blue Roses ni bukan cuci mata pandang laki. Blue Roses ni selalu cuci mata tuk tengok buku novel or komik baru

Hazim yang digendong dari tadi diserahkan ke Alia yang mampu dipercayai oleh Farah. Farah khusyuk melihat buku komik yang baru dikeluarkan. Penuh satu bakul dengan komik sahaja manakala satu baku lagi penuh dengan alat tulis dan buku rujukan memandangkan mereka form 5 tahun ni

"Banyak ye kau beli ni Farah. Baik kau borong satu kedai" kata Farish yang terkejut melihat dua buah bakul yang dijinjing Farah ke kaunter penuh.

"Kau bayar ye Farish. Or gaji kau aku tolak" kata Farah yang pergi ke arah Alia, Hazim dan Eva.

Farah mengambil balik Hazim dari Alia. Dia tidak pernah kasi Hazim ke orang lain selain Blue Roses dan keluarganya. Dia lantas menuju ke kaunter menjenguk Farish yang terpaksa membayar semua barangnya di ditu.

Rm 500 habis dibelanjakan oleh Farah hanya di kedai Popular saja. Farish sudah memandang geram pada Farah kerana duitnya sudah pokai.

"Siapa yang nak angkat barang kau ni? Hazim?" sindir Farish yang tak puas hati

"Kau bawak la. Kau kan kuat" kata Farah dengan selamba

"Mana boleh macam tu, aku bayar then aku bawak. Baik aku beli tuk diri aku" kata Farish

"Dah tu diam je. Faiz dan Akmal jadi bogyguard aku tuk harini." kata Farah dengan bangga

"Bodyguard or bibik?" tanya Farish

"Kau senyap sebelum aku kerjakan kau" kata Farah yang menahan geram

"Korang dah siap ke belum ni? Yang lain baru je siap" kata Faiz disitu.

Dia lantas mengambil plastik barang Farah di kaunter dan berlalu pergi. Farah pula menjelirkan lidahnya pada Farish. Mereka lantas menuju ke café untuk makan.

"Kita nak makan dekat mana?" tanya Alia

"Depan tu ada kedai Korea so kita pergi situ jela. Tak payah nak pusing sangat" kata Khat.

Blue Roses memandang Farah yang sibuk melayan Hazim. Farah yang perasan dirinya dipandang hanya mengangkat bahunya tanda tak kisah. Mereka lantas masuk ke kedai itu dan mengambil tempat duduk. Memandangkan mereka ramai, jadi mereka berpecah ke dua meja.

"Nak order apa ye?" tanya waiter di situ

Farah lantas melihat menu dan memesan mengikut citarasa mereka semua.

"Bagi saya 2 set tteobokki, 2 set bibimbap, 4 set bulgogi, 2 set jjampong, 2 set japchae, 2 set naengmyeon dan 1 dakjuk untuk si kecil ni. Meja sebelah pun sama" kata Farah

Waiter itu lantas pergi membawa order mereka. Farah pulak sibuk bermain dengan Hazim.

"Amboi, bukan main lagi kau pesan macam bawa satu keluarga ye." kata Ayuni yang terkejut melihat Farah order banyak.

"Kau diam boleh tak? Kalau aku order sikit kang korang kata tak kenyang. Lagipun kita kan sepupu so no wonder la macam satu keluarga" kata Farah

"Lepas ni korang nak pergi memana tak?" tanya Faiz

"Kitaorang nak beli barang dekat Aeon then balik terus kot. Korang lak?" tanya Nureen

"Kitaorang ikut korang la. Takut nanti jadi bukan bukan lak lagi lagi Hazim tu" kata Akmal yang memandang Hazim dan Farah.

"Sayang betul Farah dekat Hazim" kata Eva dari meja sebelah.

"Kalau Syafiq hidup lagi, mesti dia happy yang Farah boleh senyum lagi" kata Athirah.



















TO BE CONTINUE~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now