Attention to The diva, please be at discipline room right now
Farah yang mendengar panggilan itu tadi berasa pelik dengan panggilan itu. Setakat ni, dia tak pernah report pasal perkara hari tu dekat sesiapa.
"Aku yang report benda tu" kata Syafiq yang memandang ke arah Farah
"Kenapa kau report benda tu? Kalau dia serang aku lagi macam mana?" marah Farah pada Syafiq
"Aku takkan lepaskan orang macam tu lepas apa dia buat dekat kau. Habis bengkak pipi kau diaorang buat." kata Syafiq
"Masalahnya, yang dia nak Syafiq. Yang dia serang tu kau. Kau boleh faham tak yang apa Syafiq buat ni untuk kepentingan diri kau" kata Nureen
"Ok. Kali ni aku lepaskan kau" kata Farah yang tidak ingin bergaduh.
'Kalau aku boleh buat kau jadi berani, mungkin lepas ni kau takkan kena buli lagi' bisik hati Syafiq
Syafiq hanya memandang Farah yang sibuk mengulang kaji memandangkan sekarang self-study. Farah tidak mengendahkan Syafiq kerana masih merajuk dengan Syafiq.
"Minggu depan kita pergi shopping nak tak?" pujuk Syafiq
"Pergi lah dengan yang lain. Aku busy" kata Farah yang langsung tidak memandang Syafiq
"Jom la. Aku belanja kau makan dekat restoran Korea yang famous dekat sini." pujuk Syafiq
Farah lantas memandang Syafiq untuk mendapatkan kepastian. Syafiq menghulurkan pinky fingernya, maka terjadinya pinky promise.
"Tangan kau masih lagi kecik dari dulu" usik Syafiq yang membezakan tangannya dengan tangan Farah.
"Pinky finger kau still tak berubah sejak dulu lagi" usik Syafiq lagi.
"Sakai. Lepas ni aku nak kikis duit kau. Kau tunggu je minggu depan" kata Farah yang sudah geram dengan Syafiq yang suka mengusiknya.
"Duit aku duit kau jugak. Lepas kita kahwin nanti, kau nak kikis duit aku sampai kita miskin pun aku tak kisah" usik Syafiq.
"Perghh. Aku boleh bau nasi minyak dekat sini la" usik Ayuni
"Haah la. Tak lama lagi mesti kad wangi sampai" kata Ieqa pula
"Aku pulak jadi pengapit dia" kata Nureen yang tumpang menyakat.
"Dahla tu korang usik dia. Sampai merah muka dia korang buat" kata Athirah apabila dia melihat muka Farah yang sudah blushing dengan usikan mereka.
***
"Tak guna punya budak. Siap dia aku kerjakan kalau aku dapat dia" marah orang itu apabila dia dan gengnya dikenakan denda cuci tandas waktu balik
"Tah. Cikgu pun satu, pergi suruh kita cuci tandas. Jatuh saham kita tahu tak" marah kawannya.
"Benda ni takleh jadi dhoo. Aku nak balas dendam dekat dia dan kawan kawan dia" kata orang itu.
"Minggu depan kita balas dendam dekat mereka. Aku nak mereka mati terus dari kacau hidup aku lagi" kata kawannya itu.
"Kita langgar je diorang. Diorang budak miskin, mesti takde sapa nak tolong diaorang" kata kawannya lagi satu.
"Tak lama lagi, kita akan datang jumpa dia dalam bentuk mayat." kata orang itu.
***
"Tak siap lagi ke cik kak oii" panggil Syafiq dari ruang tamu.
Blue Roses lantas turun dari tingkat atas dengan berpakaian perempuan. Selama ni mereka asyik pakai baju t-shirt dan jeans je tapi disebabkan harini Syafiq yang ingin belanja mereka so mereka terpaksa pakai dress terutamanya Farah yang tidak suka pakai dress.
"Wow, you look gorgeous" kata Syafiq yang menangkap beberapa keping gambar Blue Roses.
"Kau nak buat apa dengan gambar tu?" tanya Farah yang pelik.
"Aku post dekat Insta. Lepas ni, korang ada instagroup korang." kata Syafiq dengan gembira
"Kenapa kau buat semua ni? Lagi pun, kitaorang ada Insta sendiri la" kata Ayuni yang tidak puas hati
"Nope. Itu tuk diri korang sendiri. Lagipun, aku banyak tengok gambar korang tapi tak nampak muka korang dekat IG" kata Syafiq
"Kitaorang tak giler famous" kata Nureen yang tidak puas hati
"Lepas kita pergi makan nanti, korang post gambar sorang sorang dekat IG korang. Aku nak korang revealkan muka korang tu" kata Syafiq yang sudah tersenyum puas.
"Ok" kata pasrah Blue Roses.
Mereka lantas pergi ke Restoran Hangul yang merupakan restoran terkenal di situ. Farah sudah teruja memandangkan dia sudah lama tidak makan makanan Korea.
"2 set bibimbap, 2 set jjajangmyeon, 2 set gimbab and 6 set bulgogi" pesan Farah pada waiter memandangkan dia lebih arif dengan makanan Korea.
Sementara menunggu makanan sampai, mereka membawang dan Syafiq sempat mengambil beberapa keping gambar Blue Roses tanpa mereka sedar. Syafiq hanya tersenyum gembira melihat senyuman Farah yang ceria itu.
'Adakah senyuman ni akan pudar bila aku dah takde nanti?' bisik hati Syafiq.
Farah yang perasan perangai pelik Syafiq hanya mendiamkan diri saja. Dia tidak mahu merosakkan keadaan mereka yang sedang bergembira. Dia dapat rasakan yang ada benda buruk berlaku namun dia hanya menghiraukan perasaan itu.
Mereka menikmati makanan tanpa banyak bunyi. Seperti yang dijanjikan oleh Syafiq, Blue Roses post gambar mereka bagi merevealkan diri mereka yang sebenarnya. Mereka lantas menuju ke mall yang berdekatan bagi shopping.
Ketika mereka berada di parking kereta mall itu, sebuah kereta lalu di hadapan mereka dan menembak mereka semua. Syafiq lantas memeluk Farah bagi melindunginya dari terkena tembakan manakala Farah terdiam kerana tidak mengetahui keadaan sebenar.
Farah melihat kereta itu berlalu saja lepas melepaskan tembakan pada mereka semua. Syafiq yang memeluk Farah meleraikan pelukan dan terbaring di lantai dengan berlumuran darah. Ieqa dan Ayuni yang terkena tembakan di perut mereka manakala Athirah dan Nureen terkena di bahu mereka.
Farah ingin mendapatkan bantuan apabila melihat sepasang pasangan suami isteri berada di situ namun dia tidak perasan yang ada kereta melanggarnya dari belakang. Kereta itu lantas berlalu pergi seakan tiada apa yang berlaku di situ.
"Bangun Farah." rayu Nureen yang segera mendapatkan Farah yang terkulai di lantai dengan berlumuran darah.
Ambulans lantas datang sebaik saja pasangan suami isteri yang berada di situ menghubungi ambulans. Farah dan Syafiq yang cedera parah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Blue Roses yang lain juga dikejarkan ke hospital atas bantuan suami isteri itu.
Grandpa datang ke hospital sebaik saja dia mendapatkan panggilan dari pihak hospital. Dia lantas menuju ke bahagian kecemasan. Athirah dan Nureen yang menunggu di depan bilik pembedahan dipeluknya.
"Macam mana benda ni boleh berlaku?" tanya grandpa
Nureen dan Athirah hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Mereka tidak tahu punca berlakunya perkara itu sampai la siapa dalang semua ni.
Tidak lama kemudian, doktor mula keluar dari bilik pembedahan
"Kamu semua ni keluarga mangsa?" tanya doktor itu.
"Saya datuk mereka, doktor" kata grandpa
"2 cucu encik yang ditembak di perut selamat apabila peluru berjaya dikeluarkan. Diorang bernasib baik kerana peluru itu tidak mengena bahagian organ dalaman mereka" kata doktor itu.
"Macam mana dengan dua lagi cucu saya?" tanya grandpa yang sudah risau
"cucu-"
TO BE CONTINUE~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...