"Masuk"
Farah yang sedang menyemak hal pejabat memandang ke arah Abid yang masuk ke bilik kerjanya memandangkan dia tidak dibenarkan masuk ke pejabatnya ketika dalam pantang.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya Farah yang sibuk menyemak fail di tangannya.
"Ni. Perkara yang kau mintak dari aku. Segala latar belakang The Diva dan atuknya aku dah cari and semua ada dalam fail tu" kata Abid yang menyerahkan fail itu kepada Farah.
Farah lantas membuka fail itu dan menyemak semua latar belakang yang tersedia.
"Wait, bukan King tu ada kumpulan mafia dia sendiri ke? Kenapa dalam ni tulis yang dia just orang kanan je?" tanya Farah yang keliru.
"Tak, King hanya orang kanan kepada Ace, ketua mafia Black Dragon. Kumpulan mafia ni baru je ditubuhkan dan secara automatik King jadi orang kanan Ace pada masa tu. Ace ni bukan calang calang orang. Ramai tak kenal siapa or pernah nampak dia in person" terang Abid
"So macam mana ni? Kau rasa yang Ace ni datang cari aku sebab aku bunuh orang kanan dia je ke?" tanya Farah.
"Mungkin ye mungkin tak. Dia jugak ada kaitan dengan The Diva. Dalam carian aku ni, The Diva ni jadi orang suruhan Ace untuk cari mangsa or someone yang terlibat dengan dia. Or erti kata lain, semua yang ada hubungan dengan dia and buat masalah dengan dia, The Diva akan cari and bawa orang tu dekat Ace" kata Abid
"Wow, aku tak tahu pulak yang The Diva ni ada gunanye" sindir Farah yang sudah tersenyum sinis.
"So kau rasa itu memang Ace yang akan cari aku and bunuh aku. Menarik. Tapi aku nak kau cari maklumat tentang Ace ni. Aku tak sabar nak jumpa dia" kata Farah yang teruja.
"Jangan teruja sangat, mungkin dia lebih kuat dari apa yang kau fikirkan sekarang ni" nasihat Abid.
"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Farah
"Aku rasa Ace ni bukan calang calang orang. Kenapa dia sembunyikan rahsia dia and ambik King tu orang kanan dia sedangkan dia tahu yang King tu tak sekuat mana pun. Aku rasa dia ada plan nak hapuskan kita semua" kata Abid.
"Kau rasa macam tu? Kalau macam tu, arahkan bodyguard untuk ketatkan kawalan and kalau boleh ikut semua orang tanpa mereka sedar. Aku yakin yang ini adalah last misi untuk kita semua" kata Farah
"Kenapa kau rasa macam tu?" tanya Abid. Dia sudah tidak enak badan kalau Farah sudah berkata seperti itu.
"Just ikut firasat aku yang benda ni takkan jadi sesenang yang lepas. Aku tahu yang Ace akan target aku but dia akan serang orang yang dekat dengan aku, Blue Roses, Dark Knight and anak anak kitaorang." kata Farah.
"Kau jangan fikir macam tu. Aku akan suruh pegawal untuk ketatkan kawalan and buat masa sekarang anak anak kau hantar je ke taska seperti biasa. Aku akan ketatkan kawalan dekat taska lebih." kata Abid
"Thanks but kau tak perlu susah nak fikirkan pasal perkara ni. Biar aku je yang fikirkan perkara ni" kata Farah yang tidak mahu melibatkan sesiapa lagi.
"Jangan, kau dah la dalam pantang. Pastu mental kau tak berapa stabil lagi. Aku tak nak ada apa apa berlaku dekat kau." kata Abid
"Nope, aku tekad dengan keputusan aku. Kau akan uruskan pasal kawalan pengawal, yang selebihnya biar aku yang fikirkan. Buat masa ni, just fokus dekat kawalan je" kata Farah
"Kalau macam tu aku pergi dulu. Kau jangan lupa rehat. Nanti makin lama pantangnye" kata Abid yang keluar dari situ.
Farah segera membuka laci yang berkunci dan mengambil laptop yang sudah dia programkan untuk menghack system dan mencari maklumat semua orang tanpa ada halangan.
Dia lantas meletakkan laptop itu di meja kerjanya dan mencari maklumat peribadi Ace. Farah ambik masa lama dari kebiasaannya memandangkan dia tidak mengenali Ace, tahu akan nama sebenar Ace mahupun wajahnye. Dia tidak mahu membuat kesilapan sekali lagi.
Akhirnya dia berjaya jumpa maklumat tentang Ace yang membuatkan dia terkejut dengan apa yang dia jumpa. Air mata mula turun dan mengalir di pipinya, kerinduannya yang selama ini dipendam seorang akhirnya terbalas juga.
"Why?"
Satu persoalan yang tidak dapat dia selesaikan. Semua perkara yang berlaku selama ni mula diragui oleh Farah. apa semua ni dirancang dari awal sampai sekarang?
"Farah"
Tersentak Farah dibuatnye sebaik saja Ayuni mengetuk pintu bilik kerjanya itu. Dia lantas mengesat air matanya sebelum membenarkan Ayuni masuk ke dalam.
"Farah, kau ok ke tak ni? Kenapa mata kau berair ni?" tanya Ayuni yang risau melihat Farah yang seperti baru habis menangis.
"Tak, aku just mengantuk je. Ni kenapa kau datang?" tanya Farah
"Tak, aku ajak kau makan je. Jom, dari pagi kau tak makan. Nanti sakit pulak" kata Ayuni.
"Takpela, korang makan je la. Aku nak tidur dulu" kata Farah yang mengemas semula mejanya dan meletakkan semula laptop yang digunakannya dan dikunci. Ayuni hanya memandang pelik Farah seperti dia tahu yang Farah ada sembunyikan sesuatu darinya.
"Kalau macam tu, kau rehat la eh. Kalau ada benda just bagitahu aku je" kata Ayuni. Dia menemankan Farah sampai ke biliknya sebelum dia pergi ke ruang makan.
"Farah mana?" tanya Mieza yang perasan kehadiran Ayuni yang baru tiba di situ
"Farah, dia nak tdur dulu. Penat katanya" kata Ayuni yang mengambil tempatnya
"Haih, aku tak tahu macam mana nak kata dekat Farah ni. Mentang mentang dia dah nak habis pantang tapi janganla sampai macam ni sekali" kata Athirah yang semakin risaukan Farah
"Tapikan, macam mana kalau Farah ada benda yang dia sembunyikan dari kita semua?" tanya Aryan.
"Mungkin ye mungkin tak. Tapi Farah memang macam tu dari awal lagi." kata Ieqa
"Dahla, tak baik bincang benda tu depan makanan. Jom makan, nanti sejuk tak sedap pulak" kata Qalif.
Mereka lantas makan dan membuat hal masing masing selepas itu.
Farah pov
"Apa yang berlaku sekarang ni? Betul ke apa yang aku cari tadi? Tapi macam mana dia boleh hidup selama ni?" soal Farah.
Banyak persoalan berada di fikirannya dan dia memerlukan semua jawapan itu dengan segera. Dia lantas mencari semua perkara yang ada untuk mendapatkan jawapan sehingga dia menjumpai segalanya yang dia inginkan. Semua cariannya menuju ke seseorang yang amat dia kenal dan rapat. Dia mula tidak percayakan apa yang dia lakukan selama ini.
"Grandpa?"
TO BE CONTINUE ~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...