*62*

1K 52 1
                                    

"Farah, kau nak pergi mana ni?" tanya Ieqa yang perasan Farah yang tengah bersiap itu. Farah memandang ke arah Ieqa dengan pandangan kosongnya. Ieqa seakan tahu maksud itu lantas pergi dari situ.

Farah lantas menyiapkan dirinya setelah Ieqa pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu melambatkan lagi perkara tersebut. Dia lantas menyusun semula barang makeupnya dan mengambil handbagnya sebelum turun ke bawah.

"Korang, aku keluar jap sebab ada urusan dekat pejabat. Nanti kalau Nick tanya cakap aku ada dekat pejabat aku tau. Mungkin aku balik petang nanti so tolong jagakan tiga beradik tu tau" kata Farah yang melintasi ruang tamu tanpa memandang seorang pun dekat situ.

"Tapi-"

Belum sempat Nureen bertanya, Farah sudah keluar dari rumah itu dan tidak sampai beberapa minit bunyi kereta Farah kedengaran keluar dari perkarangan rumah.

"Kenapa Farah kelam kabut sangat tu?" tanya Nureen yang pelik.

"Tah la weh, aku ada tanya tadi tapi aku tanya dengan Red Rose. Farah spilt masa aku tanya dia tadi" kata Ieqa.

"Kau rasa split Farah makin teruk tak?" tanya Athirah yang perasan sesuatu tidak kena dengan Farah.

"Aku rasa tak kot sebab selama ni dia jarang split ke Red Rose sejak haritu" kata Ayuni yang memandang ke arah yang lain dengan muka biasanya.

"Betul tu, aku tak rasa split dia teruk. Kalau teruk mesti kita nampak dia dah split selalu tiap hari" kata Nureen pula yang yakin.

"Apapun kita kena jaga Farah jugak. Dia dahla banyak simpan rahsia dia dari kita semua. Aku takut kita kehilangan dia je" kata Athirah yang risau itu.

"Jangan risau sngat ok? Aku tahu Farah jenis macam mana, dia tu kuat" kata Ieqa.

Skip

Sebaik saja tiba di perkarangan Blue Roses Com. , Farah lantas memarkingkan keretanya di tempat VVIP miliknya. Dia segera mengambil handbagnya dan keluar dari keretanya. Dia sempat mengunci keretanya sebelum dia masuk ke dalam bangunan miliknya itu.

"Selamat datang, Puan Ain" kata P.A nya sebaik saja dia melihat Farah yang tiba di situ.

"Dah berapa kali saya nak cakap panggil Farah je. Saya masuk dulu nanti kalau KK dengan Mark datang suruh dia masuk terus ke pejabat saya. And lagi satu, saya taknak ada sesiapa datang jumpa saya untuk harini. Saya busy tuk harini" kata Farah yang lantas meninggalkan P.A nya itu.

Dia masuk ke pejabatnya sebelum mencapai fail yang diletakkan di atas mejanya. Dibelek fail itu dengan penuh berminat dan perasaan curiganya sendiri.

"Apa ni?" kata Farah yang loading itu.

~•~

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN MENTAL

NAMA: TENGKU DANIAL ABID

~•~

Farah lantas mengambil teleponnya dan memanggil seseorang.

"Hello?"

"Hello, kau nak apa ni?" tanya orang itu

"Aku nak kau datang ke office aku sekarang jugak. Takde alasan untuk kau tak datang. Aku bagi kau lima minit je mulai dari sekarang" kata Farah yang memandang jam di tangannya sebelum menamatkan panggilan.

Dia membelek fail yang ada di meja kerjanya dengan teliti sementara menunggu yang lain tiba di situ. Tak lama kemudian, pintu pejabatnya diketuk serentak dengan itu Farah memberikan izin untuk masuk ke pejabatnya.

Dia melihat Hantu yang tiba di situ bersama dua cup air di tangannya bersama KK dan Mark.

"Duduk dekat sofa, senang sikit" kata Farah yang lantas bangun dari tempatnya itu. Mereka berempat lantas duduk di sofa yang tersedia di situ.

"Apa benda yang kau nak bincang dengan kitaorang ni?" tanya Hantu yang menghulurkan cup yang berisi air teh susu itu kepada Farah.

"Aku nak bincang pasal perkara ni" kata Farah yang memberikan Hantu dan Mark fail. KK mencuri pandang fail yang diberikan oleh Farah.

"Ni bukan keputusan mental kau dengan Abid ke?" tanya Mark yang membelek fail itu. Abid terkejut lantas mengambil fail dari tangan Mark dan menghulurkan fail yang berada di tangannya.

"Severe" kata Hantu dengan perlahan.

"Yes, kita berdua perlu buat treatment tu dengan cepat or risiko nya akan makin tinggi dan bahaya tuk yang lain" kata Farah dengan tenang.

"Tapi macam mana dengan yang lain? Diorang tahu tak pasal perkra ni?" tanya KK yang memandang Farah dengan riak terkejutnya.

"Tak, kalau boleh jangan bagitahu sesiapa pasal perkara ni. Benda ni risiko untuk aku dengan Abid if kitaorang buat treatment tapi ia jugak risiko tuk yang lain terutamanya anak kitaorang" kata Farah.

"Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni, aku takkan tinggalkan Dina macam tu je. Kau tahu kan aku dah start sayangkan Dina" kata Hantu.

"Aku tahu tapi kalau kita libatkan Dina, aku takut dia tak takut tuk lihat situasi kau nanti masa treatment" kata Farah dengan sedih. Dia tahu rasa sakit dan lemah badannya semasa melakukan treatment tersebut.

"So kau nak lari lagi macam haritu?" tanya Mark yang memandang Farah dengan serius.

"Bukan lari kalau bole. Lagipun, Hazim kena balik ke US sana tuk tinggal dengan Grandpa dan yang lain. And kau jugak yang kena hantar dia dekat sana" kata Farah.

"So kau nak rancang yang-"

***

"Farah mana?" tanya Nick yang tidak melihat kelibat isterinya yang selalu bermain dengan anak mereka.

"Oh, Farah ada hal penting so dia dekat pejabat sekarang ni. Dia cakap mungkin petang ni dia balik kalau urusan tu habis awal" kata Nureen yang mendukung Danial. Sekarang turn dia pulak yang menjaga anak anak mereka semua. Seperti kebiasaan Blue Roses, mereka akan buat turn mereka masing masing untuk semua benda termasuklah jaga anak anak mereka.

"Dia dah makan ke belum lunch tadi?" tanya Nick dengan risau.

"Hmmm, rasanya belum kot. Sebab tadi kitaorang tengah prepare lunch and dia nampak tergesa gesa je nak keluar" kata Nureen lagi.

"Kalau macam tu tak pe la" kata Nick yang lain ke biliknya. Dia memandang biliknya dan Farah itu terasa kosong tanpa dia sedar seakan ada benda yang akan berlaku tak lama lagi.

"Apa yang kau sorokkan dari aku, Farah? Kenapa aku rasa kau nak tinggalkan aku dengan anak anak dekat sini?" tanya Nick pada dirinya sendiri. Instinct nya kerap merasakan ada sesuatu yang akan berlaku tapi dia tidak mahu memikirkan sangat perasaan itu.

"Dia ni kan, dah tahu ada gastrik still taknak makan. Dah dah la tu dietnya" kata Nick yang membebel snediri apabila teringat yang Farah belum makan lunch lagi. Dia segera masuk ke closet walk in nya dan mencari fail yang dia perlukan.

Secara tak sengaja dia terjatuhkan fail kuning milik Farah apabila dia mencapai fail penting miliknya itu.

"Fail apa ni? Tak pernah nampak pun" kata Nick dengan curiga.

Dia ingin melihat isi fail itu namun terhenti akibat panggilan dari Aryan yang menyuruhnya cepat untuk gerak sama sama ke pejabat. 















TO BE CONTINUE~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now