Farah memandang Red Roses yang tersenyum menang itu. Dia lantas mengingat semula kenangan dia dan Blue Roses sepanjang kehilangan Syafiq dalam hidupnya.
Satu per satu memori mereka tergambar di fikiran Farah. Dari mereka sedar daripada kemalangan ngeri itu, bertemu dengan Dark Knight buat kali pertama.
Menjadi tunang Dark Knight pada usia muda lagi satu cabaran bagi mereka kerana mereka yang sudah anti kepada lelaki terpaksa menerima Dark Knight dalam hidup mereka.
Kejadian di mana Blue Roses dan Dark Knight diculik dengan King yang mahukan takhta Farah dan Blue Roses Com. cukup membuatkan Farah teringat pasal perkara itu dimana di hampir membunuh Mark, orang kedua yang hadir dalam hidupnya selepas Syafiq.
Mini Flashback ~~
"Aryan, air ketumban aku dah pecah" jerit Ayuni yang melihat kakinya yang basah disebabkan air ketumbannya sudah pecah. Semua yang ada di situ kecoh dengan berita itu, mereka lantas menyuruh Aryan untuk menghantar Ayuni segera ke hospital yang terdekat.
Ni la orang kata jangan degil kan dah susah. Mengada nak duduk rumah time dah dekat dengan due birth kan dah kena. Tanpa sedar, Ieqa jugak turut terasa benda yang sama. Lagi kecoh la Mansion Blue Roses dengan jeritan mereka berdua.
"Mirza, sakit" rintih Ieqa yang menahan sakit bersalin. Mirza dan Aidil lantas memapah Ieqa menuju ke kereta Mirza mengikut kereta Aryan yang baru je 5 minit pergi dari situ. Sampai saja mereka di situ, nurse di situ lantas mendapatkan Ieqa dan Ayuni yang menahan sakit.
"Sabar kejap" kata Aryan yang cuba bagi semangat dekat Ayuni.
"Sabar, sabar. Tengkorak hang la, aku ni sakit tahu tak" balas Ayuni dengan geram. Dia sudah tercungap cungap menarik nafas macam ikan dah nak mati. Dia dan Ieqa ditempatkan di bilik persalinan yang sama kecuali doctor yang menyambut anak mereka berbeza.
"Ok puan, teran dengan kuat ye. Saya dah nampak kepala baby" kata doctor itu pada Ayuni.
Ayuni lantas meneran dengan kuat sampai berpeluh habis dia di situ. Tangan Aryan digengam kuat sehingga Aryan sudah merah mukanya menahan sakit di tangannya.
"Teran dekat bawah bukan teran tangan aku ni" kata Aryan yang kesakitan itu.
"Aku tengah teran bawah la ni, ada nampak aku teran dekat atas ke siak" kata Ayuni yang masih meneran itu.
"Sikit lagi, dah nak keluar dah" kata doctor itu.
"Sikit sikit, lama tahu tak. Dah dekat setengah jam meneran tak keluar keluar lagi." marah Ayuni walaupun dia masih meneran sekuat hatinya.
Athirah dan Nureen yang tiba di situ segera menuju ke bilik persalinan. Jelas kedengaran bunyi carutan Ayuni dari luar bilik itu.
"Haih, bukan main kuat lagi dia carut sampai keluar boleh dengar" kata Nureen yang pasrah.
"Itu la tu, takut sangat la tu kot sampai memekik dia dekat sini" kata Athirah yang ikut serta.
"Aku dengar woii apa yang korang cakap dekat luar tu" jerit Ayuni dari dalam.
"Eh, lain macam bunyi tu" kata Nureen yang terkejut bila Ayuni dapat dengar apa yang mereka bualkan.
"Tu la pasal" kata Athirah yang turut terkejut jugak.
"Oii diamla dekat luar tu. Kau tunggu turn kau nanti, aku yang tukang sambut anak korang" kata Ayuni dari dalam.
Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi bayi yang menangis di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...