RC; DARK KNIGHT VS PUASA

270 20 1
                                    

Di dalam kesunyian mansion Blue Roses, pasti akan ada benda tak kena pada trio yang selalu membuat masalah. Siapa? Takkan tak kenal lagi pada Ieqa, Ayuni dan Farah yang sentiasa membuat masalah tak mengira masa, tempat dan dimana saja mereka bertiga berada. Even salah sorang dalam jamban pun boleh bawak masalah jugak.

1 Ramadhan,

Di mana semua umat islam diwajibkan berpuasa. Jangan ingat tiga pembawa masalah tu tak puasa pulak walaupun mereka macam takde akal yang sihat.

"Weh, sahur ni nak masak apa?" tanya Aryan yang memegang pisau seakan ingin membunuh orang. "Yan, baik kau letak pisau tu dekat atas meja. Seram aku tengok gaya kau pegang pisau" kata Aidil yang seram sejuk dibuatnya.

Puasa kalini, Blue Roses memaksa Dark Knight untuk membuatkan mereka sahur memandangkan mereka kalah dalam pertaruhan game semalam. "Ni semua salah Mieza. Kalau dia tak kalah game semalam, mesti kita semua dah lena tidur." kata Aryan yang mengacah pisau kea rah Mieza yang masih mamai.

"Yan, letak pisau tu kat meja. Bawak mengucap, yan. Setan semua kena ikat time bulan puasa ni" kata Mieza yang takut dengan pisau yang dipengang Aryan. Aryan meletakkan pisaunya itu dan mengambil senduk pulak.

"Ni kalau kena kepala kau memang sedap tau" kata Aryan yang masih marah. "Alah, bukan salah aku pun. Diorang yang hebat sangat. Kita main tipu pun still kalah tau" kata Mieza yang backup dirinya dari disalahkan lagi.

"Dah la korang berdua ni, nak gaduh je. Setan semua kena ikat, jangan sampai aku ikat korang, kurung dekat bilik stor luar sana sebulan. Biar teman setan sebulan ni. takyah makan, minum." kata Qalif yang memotong sayur untuk dibuat lauk.

Pagi tu, mereka ingin masak nasi goreng kampung dan sayur campur saja. Nick memandang saja perangai Dark Knight yang serupa dengan Blue Roses. Nick membuka peti sejuk dan mengeluarkan lauk dinner semalam.

Ayam masak merah dan tomyam seafood diletakkan di dalam microwave untuk dipanaskan semula. Aidil sedang sibuk belajar untuk menanak nasi. Siap bukak youtube, cara menanak nasi dengan betul. Volume pulak kalau boleh bagi satu perumahan dengar.

Mieza dan Aryan sibuk memotong buah tembikai dan membuat air untuk sahur. Mereka berlima bangun seawal 3 pagi untuk masak sahur buat Blue Roses dan mereka semua pertama kali berpuasa sebagai suami isteri yang sah.

Dalam Dark Knight, hanya Qalif dan Nick saja boleh diharapkan dalam bab bab memasak. Qalif dari kecik sudah diajar memasak kerana itu kemahuannya sendiri manakala Nick hanya memasak makanan yang simple, yang boleh dimakan.

Aidil, Aryan dan Mieza hanya pandai masak meggi, goreng telur dan jerang air saja. Pernah sekali, mereka bertiga masuk dapur untuk masak nasi goreng. Bukan nasi digoreng mereka bertiga, kuali yang setia bersama mereka dari mereka duduk serumah sampai ke haritu sudah bersara dijilat api.

Nasib baik rumah mereka tidak dijilat api sekali, kalau tak duduk bawah jambatan la mereka berlima. Tiada rumah untuk bertumpang teduh buat sementara. Lupakan kisah lama, kini jom lihat keadaan dapur sekarang.

Buah tembikai yang dipotong Aryan tidak indah mata memandang. Bukan buah lagi, dah boleh jadi jus tembikai dah rupanya. Nick menolong Qalif memotong bahan nasi goreng kampung manakala Qalif memasak sayur campur dahulu sementara menunggu nasi siap.

Aidil pula menyediakan meja makan, pinggan, mangkuk, cawan diletakkan di atas meja mengikut tempat duduk yang ada di situ. Sebaik saja siap meja makan, dia duduk di meja itu dan sambung tidur.

"TENGKU AIDIL" jerit Aryan yang bengang. Member yang lain penat memasak, menolong dekat dapur, dia boleh pulak buat tahi mata dekat meja makan. "Kalau ye pun jangan jerit kat telinga aku. Boleh pekak aku nanti kang" kata Aidil yang menutup telingannya dari mendengar jeritan Aryan.

"Biar pekak sikit kau. Penat aku panggil kau dekat dapur, yang kau buat tahi mata dekat sini" kata Aryan yang memeluk tubuh. "Dah, dah. Jom kejutkan Blue Roses. Nanti masuk waktu imsak dah takboleh nak makan kang" kata Nick yang meredakan pergaduhan itu.

Dark Knight lantas masuk ke bilik masing masing untuk mengejutkan isteri mereka masing masing. Takkan isteri orang lain kot. Lah risauuu....

"Farah" kejut Nick perlahan. Tiada reaksi dari Farah membuatkan Nick sedikit panik. Dichecknya nadi dan penafasan Farah. Lega hatinya bila mengetahui Farah masih hidup lagi. Sekali lagi, dia mengejutkan Farah dengan perlahan.

Farah mengubah posisinya dan sambung tidur. "Farah, bangun sebelum aku kiss kau" ugut Nick. Tiada reaksi dari Farah lagi. Nick tersenyum sipi sambil mendekatkan mukanya pada Farah.

Terasa Nick mendekatinya, Farah lantas menolak Nick dan membuatkan Nick jatuh dari katil. "IM WAKE" kata Farah yang seakan baru bangun dari mimpi ngerinya. Farah memandang Nick yang jatuh katil tadi dengan muka baru bangun tidurnya.

"Haram tau buat benda tu" kata Farah dengan suara garaunya. Nick tersenyum sipi dan bangun dari lantai. Dicubit pipi tembam Farah sebelum membetulkan rambut Farah yang serabai itu.

"Jom turun, yang lain dah dekat bawah" kata Nick yang menarik tangan Farah dengan perlahan. Mereka berdua turun ke bawah menuju ke meja makan. Nick memapah Farah disebabkan Farah malas nak bukak matanya time berjalan.

Tengah hari,

Terlihat tiga ekor dugong terdampar di ruang tamu, di bawah kipas syiling, aircond dan depan tv. Siapa lagi kalau bukan Ieqa, Farah dan Ayuni. Mereka memandang syiling yang kosong itu seakan memandang straight ke angkasa lepas.

"Weh, lama lagi ke?" tanya Ayuni yang penat itu. Dipandang tv di hadapannya yang tidak dibuka itu. Niatnya nak duduk depan peti sejuk tuk ambik angin sejuk tapi nanti kang 'ter' makan makanan dalam tu.

Bukan boleh caya, ketua setan bukannya kena ikat pun (Farah). "Dah pukul tujuh ke belum" jerit Ayuni yang frust. "Belum. Kau jangan nak menjerit macam khinzir nazak" marah Ieqa.

"Cuba tengok jam tu betul- betul" marah Ayuni. "Nak maki tapi puasa, nak mencarut tapi batal puasa, nak maki tapi pahala kurang" kata Ieqa yang cuba bersabar. "FARAH"

"Nak apa anak manusia" kata Farah yang tidak senang. Member nak insaf bulan puasa ni pun tak jadi. "Farah, dah pukul tujuh ke belum, Farah" kata Ayuni yang menangis. Mengeluarkan air mata palsunya.

Farah mengambil bantal mini di sofanya dan menuju ke Ayuni. Ditekupnya muka Ayuni dengan geram. "Woii, mati anak orang" kata Ieqa yang menolak Farah ke tepi. Ayuni bangun dari baringannya sambil tercungap cungap.

"Kau buat perangai macam tu lagi sekali, aku hantar kau terus ke neraka" kata Farah dengan tegas. "Kenapa bising bising ni?" tanya Athirah dan Nureen yang berlari ke ruang tamu selepas mendengar Ieqa menjerit.

"Ni ha, Ayuni ni. Kau, jangan sampai aku ikat korang, kurung dekat bilik stor luar sana sebulan. Biar teman setan sebulan ni. takyah makan, minum." kata Farah dengan geram. Dia berbaring semula di sofanya tadi, di bawah aircond.

Manakala, Aryan dan Mieza tersedak di office mereka. Seakan terasa seseorang bercakap tentang diri mereka di belakang.





























[C] Blue Roses Where stories live. Discover now